Sempena Ramadhan tahun ini, kami komuniti Malaysia di Ho Chi Minh City mengadakan lawatan amal ke perkampungan Cham di Xa Phu Rieng. Perjalanan ke sana dari HCMC mengambil masa dalam sejam. Sesudah menyimpang dari jalan utama, kami terpaksa mengharungi jalan yang berdebu melalui ladang2 dan tanah kebun sebelum sampai ke kampung Cham.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami menghulurkan bantuan asas untuk menghadapi bulan Ramadhan seperti beras & kurma, juga bantuan kewangan.
Tentu saja pilu hati menyaksikan nasib kaum Islam yang terpinggir dari kemudahan dan kemajuan zaman. Namun, kita hanya mampu membantu semampunya. Kalau ada peluang, sesuatu yang saya ingin berikan kepada anak2 Cham bukanlah semata-mata gula-gula, tetapi ilmu.