Phuket: Hidayah Hidup Dicelah-celah

_DSC1574Phuket merupakan pulau percutian yg terkenal, yg sering dikunjungi pelancong dr serata dunia. Pantainya teramat cantik, paling cantik retina saya pernah jenguk sendiri. Byk benda menarik boleh dibuat. Menaiki ferry cruise, kita akan di bawa ke pulau2 lain di sekeliling Phuket, seperti Phi Phi Island, dan dibawa snorkeling bersama ikan di teluk2 kecil2 spt Maya Bay atau Monkey Bay, etc.

Saya amat tertarik dgn geology pembentukan pulau2 tersebut yg pd pengamatan saya nmpk sbg carbonate reef. Kelihatan juga garisan2 erosion dari tide levels yg berbeza. Nampak jelas karstification, caverns & fractures di outcrop tebing2 pulau. Saya rasa pembentukan pulau yg terpisah2 itu sendiri adalah kesan faulting event. Anyway, Subhanallah.. majestic view..

Selain itu, kami sempat menaiki safari gajah- melihat Phuket dari puncak bukit, pegi taman ular- boleh masuk sangkar & join snakeshow, lawat tempat buat madu, lawat kilang product cashew, shopping2, enjoy the sunset, mandi di pantai, para-sailing above Phuket, dsb..

Saya menginap di Impiana Resort di Patong, bandar percutian utama Phuket, i.e. tmpt plg “lively” di Phuket. Hotel terletak di tepi pantai, senang nak mandi. Makanan halal banyak di Patong; Ada kedai India, Arab & local Thai.

_DSC2011Di Phuket, 40% penduduknya Muslim, katanya, penduduk asal Phuket majoritinya Muslim. kini di Phuket berdirinya 53 buah masjid, kata pemandu pelancong saya (maybe inc “balai” i.e Surau). Sbnrnya negeri2 & bandar2 di semenanjung Thai berhampiran Phuket spt Phang Nga & Krabi mempunyai populasi Muslim yg besar, & telah dibangunkan beratus2 masjid. Cuma mungkin mereka hidup harmoni tanpa konflik, tidak seperti di Pattani & Yala, yg banyak bertempur dgn kerajaan Siam, jadi kurang sikit cerita yg kita tahu berkenaan mereka di sini.

Saya mengambil tourguide Muslim yg membawa saya keliling selatan pulau menaiki Tuk Tuk kepunyaannnya. Selain membawa saya ke tempat-tempat pelancongan, beliau membawa saya ke perkampungan majority orang Islam, di Rawai, ziarah dan melalui (pass-by) masjid2 sekitar pulau. Kami juga sengaja makan di restoran biasa orang tempatan untuk menikmati hidangan tempatan yg asli. Kami juga melawat ke bisnes2 yg dimiliki org Islam, khususnya.

_DSC1851Org Islam sini mempunyai byk peluang pekerjaan & mereka sendiri mempunyai banyak bisnes berkisarkan pelancongan yg subur di Phuket. Sepanjang kami di sana, kami byk berjumpa/terserempak dgn Muslimin/Muslimah yg mempunyai pekerjaan baik2 spt guru, tour guide, pemilik kedai makan, pemilik kilang & kedai t-shirt & souvenir, manager kilang, dsb. Tp still nmpk org Islamlah yg plg hidup miskin. Sigh..

Di Phuket, aktiviti dakwah jemaah tabligh menghidupkan suasana ilmu & qudwah soleh di masjid dan di klgn penduduk tempatan. Ketika saya menziarahi masjid Nurul Islam di Patong, rombongan tabligh sedang berprogram 40 hari di masjid tersebut. Saya sempat berborak dgn salah sorg ahli jemaah. Dia yg asalnya beragama Buddha, kini bergiat aktif dlm aktiviti dakwah. Kata beliau, antara keindahan Islam adalah kita semua bersaudara tak kira bangsa. Pada masa yg sama, beliau menerangkan lokasi2 majoriti Muslim di sekitar west coast semenanjung Thai. Kami juga berkongsi simpati dgn nasib kaum Rohingya di Myanmar yg mana belum ada penyelesaian buat konflik semasa mereka, apatah lagi nasib bangsa mereka yg x bertanah.

Di samping itu, kami mengambil kesempatan menziarahi kubur org2 Islam di Rawai. 1st time bawa anak ziarah kubur, beri pengenalan tentang kubur & tazkirah buat diri & isteri.

Bahasa utama penduduk tempatan tentulah bahasa Siam, tidak 100% penduduk Islam boleh bercakap Melayu. Tour guide saya, En. Kaman, pun cakap Melayu sket, English sket. Tp x la smp communication breakdown. Pelat dia ckp English, mcm Vietnamese cakap English juga. So kinda used to it by now.

Tsunami evacuation system amat baik, menurut org tempatan. Signboard muster point ada merata2, alarm juga dipasang. Ketika tsunami melanda 2004 dulu, ada masa 4 jam antara aftershock dgn tsunami di Phuket. Jadi mostly sempat menyelamatkan diri. Area pantai Patong mmg habis musnah (termasuk hotel saya duduk). Muslimin banyak masuk ke Masjid, sanctuary terakhir.

Overall, had another amazing trip, expanded my Muslim tourism contacts, met many nice ppl, didn’t get to go to Mecca, but feels like Mecca at heart when you’re with fellow Muslims (Even if u’r at Phuket!).

Noktah2 lain:

– Ramai tourist Jepun. Dlm ferry cruise, dgr org cakap Jepun jer.. Dan dan kokoro hikareteku.. sono mabushii egaoni.. hehe..

– Perkara yg sgt mengejutkan adalah berkeliarannya golongan pondan, bahkan berpakaian seksi. 1st time interact dgn pondan masa dia buka pintu teksi ana masa singgah HQ teksi.. gua tgk mata dia pun x sanggup.. Ada juga kami terserempak dgn pasangan gay (sorg omputih, sorg local, yg sedang bercinta ditepi pantai). Saya mmg hampir termuntah dpn2 diorg. Mana la x kena tsunami…

– sepanjang menaip ni, ada kucing dok tercegat kat sebelah, dia baru bangun tido. Stretching2.. Minta garu.. klo x garu, dia ugut utk cakar laptop..

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s