Masjid Musulman terletak di jalan Dong Du (say: Dong Yu). Ia dibina sekitar 1930an oleh Jemaah dari India. Disebabkan lokasinya di tengah2 bandaraya, ia merupakan masjid kunjungan utama orang Islam terutama pelancong yg dtg ke HCM. Lokasinya juga strategik di mana terdapat banyak hotel di sekitarnya dari hotel 5 bintang hingga kurang bintang. Di sekelilingnya pula telah beroperasi paling kurang 7 restoran halal. Jadi, tak salah saya katakan masjid ni atau kawasan ini merupakan satu tempat “mesti ziarah/must visit” di HCM bagi Musafir Muslim.
Masjid ini dikendalikan oleh masyarakat Melayu Cham di sini. Khutbah Jumaat pertama dibacakan dalam bahasa Melayu, khutbah kedua dalam Tieng Viet. Mazhab rasmi Masjid adalah Hanafi, walaupun ramai Melayu Cham lebih berpegang dgn Syafie. Namun Subuhnya tetap berqunut. Dasar kerajaan yang lebih terbuka bermula 1980an, memudahkan upacara agama berjalan dengan bebas terutama di Masjid ini yang letaknya di tengah bandar.
Saya mempunyai pengalaman manis tersendiri di Masjid Dong Du ini. Pertama kali saya ziarah masjid ini adalah pada 2007, sewaktu mahu ke satu operasi percubaan telaga (well test) selepas gerudi di luar pantai Vung Tau. Ketika itu tak putus2 saya mengambil gambar masjid ni. Cantik walaupun simple. Syok pulak khutbah dibacakan dalam Bahasa Melayu.
Pada hujung 2011, saya bertugas secara tetap di sini Vietnam (hampir2 bertugas tetap di Turkmenistan… fuhh). Hidup bersendirian, saya hidup berpindah randah dari hotel ke hotel. Tapi saya memilih kawasan Dong Du supaya dapat hidup berdekatan Masjid yg saya rindu ini. Mula2 saya tinggal beberapa malam di Sheraton. Tapi untuk menjaga isi poket, saya mula tinggal di hotel 3 bintang yg saiz biliknya macam kotak kasut, tapi cukup selesa, asalkan dapat tinggal di kawasan tersebut. Lebih kurang 7 kali saya berpindah dalam 2 bulan pertama saya di Saigon. Alhamdulillah, memandangkan jarak yg dekat dgn masjid, saya mudah melazimi solat Jemaah di masjid tersebut, terutama Subuh dan Isya’. Kadang kala I’tikaf di hujung minggu di masjid, sambil buat kerja atau membaca buku. Jemaah rata2 sudah mengenali wajah saya, ada yang bertanya nama. Saban hari saya bertemu orang baru, businessman2 yg dtg utk urusan kerja, pelancong, dan sebagainya.
Biasanya satu saff dapat dipenuhi ketika solat Subuh dan Maghrib pada hari biasa. Orang2 yg dtg solat bukan tinggal berhampiran, kerana kawasan ini kawasan mahal, tapi mereka datang dari jauh menaiki motor untuk mengimarahkan masjid, termasuk imam. Tuyet Voi! Saya kira sayalah orang yg tinggal paling dekat sebenarnya. Kadang2 saya datang terlalu awal untuk Subuh/Qiam ketika pagar masih berkunci. Satu pengalaman indah bagi saya berlaku pada satu Subuh, ketika semua masih menantikan imam tiba, diberitakan imam tak dapat hadir ke masjid pada hari tersebut. Entah kenapa, Muazzin lalu mendatangi saya dan memberi saya portable mic set, dan memohon saya menjadi imam pada Subuh tersebut. Saya tersenyum dan menerima amanah tersebut. Usai solat saya berwirid sebagaimana mereka biasa berwirid dan mendoakan rahmat dan keampunan Allah buat semua.
Selain itu, saya juga berkesempatan untuk solat Hari Raya Eidul Adha di masjid ini. Namun aktiviti korban dijalankan di tempat berasingan, mungkin tak sesuai untuk sembelih di tengah2 bandar. Saya mengikut rombongan bersama rakan2 ke tempat penyembelihan untuk menyaksikan korban. Lebih 60 ekor lembu akan dikorbankan dalam 4 hari di situ. Ada sebahagian besar yang dikorbankan oleh rakyat Malaysia melalui NGO2 Islam.
Di samping itu, saya juga berkesempatan untuk menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di masjid ini. Jemaah menyambut maulud Nabi dengan majlis berzanji dan selawat diikuti jamuan makan. Menurut imam, acara ini merupakan acara biasa masyarakat sini ketika Maulidur Rasul. Ia bermula selepas Asar dan berakhir dengan Solat Isya’.
Saya sebenarnya terpaksa berpindah dari Dong Du bila keluarga saya tiba di HCM. Namun saya sering ke masjid ini untuk solat Jumaat dan pada hujung minggu ketika keluar bersama keluarga. Saya juga akan membawa keluarga ke sana sekiranya ada apa2 acara istimewa.
Pada masa yang sama, saya dan keluarga saya mempunyai hubungan baik dengan Imam Azim dan isterinya Ramlah. Mereka teramat amicable dan kordial (ada ke perkataan ni?). Kami betul mula ta’aruf bila duduk semeja dalam satu majlis pernikahan rakan Vietnamese kami. Kami juga duduk semeja dengan ibu bapa pengantin. Ketika itu saya membawa mak saya dan keluarga saya. Mak saya seronok berkenalan dengan family imam serta family pengantin. Sesudah itu, setiap kali Mak saya dtg ziarah, bila kami ke masjid, Mak akan bertemu dan berborak dengan Pn. Ramlah. Ust Azim dan Pn Ramlah juga selalu menyapa kami ketika berjumpa di mana2, termasuk berhentikan motor ditepi jalan utk mengucapkan salam kepada kami kalau terserempak. Apa2 permasalahan mengenai kehidupan di HCM sering kami tanyakan kepada mereka, seperti restoran halal, halal butcher, kenalan beliau di kawasan lain, dsb. Mereka juga boleh bantu carikan pembantu rumah, siap nasihatkan saya ambil 2 pembantu rumah utk jaga anak2 dan kemas rumah. Mereka sepasang juga sering membawa rombongan2 besar mahupun kecil yg datang ke Vietnam untuk ziarah melancong atau misi kemanusiaan.
Apabila berborak dengan Ust Azim, beliau sering menceritakan perihal nasib bangsa Melayu Cham yang kurang membangun di sini. Pendidikan, termasuk pendidikan agama juga, tidak betul2 dikuasai masyarakat tempatan menyebabkan mereka amat terkebelakang. Rata2, orang bekerja sebagai buruh atau petani atau bekerja di kampung. Ramai juga sekadar mengharapkan keajaiban untuk menurunkan rezeki yg melimpah dengan usaha yg sedikit. Ust Azim sendiri menekankan bahawa kurang pendidikan merupakan punca kemunduran bangsa. Mendengarkan pandangan beliau ini, saya doakan anak2 Melayu Cham diberi peluang menikmati kehebatan ilmu dan membangunkan bangsa mereka kembali. Mereka2 yang sudah pun berjaya perlu kembali ke pangkuan komuniti mereka untuk membela nasib keluarga mereka.
Saya harap masih banyak pengalaman menanti saya bersama warga Masjid Dong Du ini.