http://www.bharian.com.my/node/39267?m=1
Bangi tempat putera terbuang
AHAD, 8 MAC 2015 – 12:04AM
OLEH BENNIE ZIE FAUZI
bennie@bh.com.my
BANGI terletak kira-kira 40 kilometer (km) ke selatan Kuala Lumpur semakin pesat membangun.
Lokasinya semakin strategik kerana berhampiran Kajang dan Bandar Baru Bangi serta tidak jauh daripada Putrajaya, Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta banyak pusat pengajian tinggi dan swasta yang berpusat di sini.
Banyak versi menceritakan pemilihan nama Bangi, namun bukan semua direkodkan kerana gagal mengemukakan sumber sahih selain bukti meragukan.
Ditambah pula, Bangi kini semakin berkembang pesat sekali gus menggamit orang luar memilihnya bukan sahaja sebagai tempat untuk menetap malah membina perniagaan.
Salah seorang penduduk asal, Zainal Harun, 76, mengaku sukar mencari sumber tepat yang boleh dijadikan rujukan kukuh bagi mengenal pasti asal usul Bangi, namun seingatnya, sebelum pembukaan ladang getah Broome milik seorang Inggeris sekitar 1905, nama itu terlebih dulu meniti dari bibir ke bibir.
“Nama Bangi itu sudah wujud sebelum zaman penjajahan Inggeris lagi dan kawasannya sangat luas meliputi Kampung Buah, Kampung Sungai Kembung, Kampung Rinching Hilir hingga membawa ke Batu Lima, ” katanya yang juga keturunan ketiga Melayu Deli iaitu antara penduduk awal bandar Bangi.
Menurutnya, satu cerita turun temurun yang hingga kini melekat di hatinya adalah Bangi dipercayai berasal dari perkataan `bangai’ yang membawa maksud terbuang atau disingkirkan sebagaimana pernah diceritakan oleh Allahyarhamah Yang Jamil (1928 – 2008) iaitu anak kepada Daeng Jamil yang cucu kepada Daeng Abdul Ghani, anakanda Sultan Abdul Samad.
Continue reading Asal Usul Bangi: Arwah Atok Hjh Yang bt Jamil Jadi Rujukan