Sempena ulangtahun perkahwinan ke-10 saya & isteri.
Janjiku pada dia
Aku tak berani janji..
Seperti org2 yg yakin
Akan kubinakan bahtera tersergam
Yg kan berlabuh menyambutmu
Berlayar penuh ketenangan
Gagah menongkah arus
Dengan aku sebagai jaminan
Menuju destinasi impian
Yg aku cuma tahu..
Aku kan bina sebuah sampan
Dari angan2 kecilku
Kita tuju pulau kesepian
Yg tidak diketahui orang
Kita sama2 nakhoda
Kau bantu aku mendayung bersama
Bila penat, kita berehat
Lentang menghadap angkasa
Bertemankan camar & bintang
Aku tak tahu..
Sejauh mana kita mampu pergi
Sama ada kita kan kesampaian
Adakah kita akan bertahan
Dek pukulan ombak badai
Dan hanyut melayu dibawa arus
Atau sama2 ditelan pusaran
yg membawa kita ke dasar
Dan dilupakan lautan
Yg aku mampu janji..
Bukanlah bahtera idaman
Bukan jua angin yang tenang
Tapi sebuah voyage pelayaran
Dan kemestian berkorban
Dan aku tetap kan bersamamu
Walau dalam mata taufan
Dengan segenggam janji
Aku takkan putus harapan

Oleh:
Aizuddin Khalid
2/12/2015
Palace Of Golden Horses, Kuala Lumpur