Asal Usul Bangi: Arwah Atok Hjh Yang bt Jamil Jadi Rujukan

http://www.bharian.com.my/node/39267?m=1

Bangi tempat putera terbuang

AHAD, 8 MAC 2015 – 12:04AM
OLEH BENNIE ZIE FAUZI

bennie@bh.com.my

BANGI terletak kira-kira 40 kilometer (km) ke selatan Kuala Lumpur semakin pesat membangun.

Lokasinya semakin strategik kerana berhampiran Kajang dan Bandar Baru Bangi serta tidak jauh daripada Putrajaya, Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta banyak pusat pengajian tinggi dan swasta yang berpusat di sini.

Banyak versi menceritakan pemilihan nama Bangi, namun bukan semua direkodkan kerana gagal mengemukakan sumber sahih selain bukti meragukan.

Ditambah pula, Bangi kini semakin berkembang pesat sekali gus menggamit orang luar memilihnya bukan sahaja sebagai tempat untuk menetap malah membina perniagaan.

Salah seorang penduduk asal, Zainal Harun, 76, mengaku sukar mencari sumber tepat yang boleh dijadikan rujukan kukuh bagi mengenal pasti asal usul Bangi, namun seingatnya, sebelum pembukaan ladang getah Broome milik seorang Inggeris sekitar 1905, nama itu terlebih dulu meniti dari bibir ke bibir.

“Nama Bangi itu sudah wujud sebelum zaman penjajahan Inggeris lagi dan kawasannya sangat luas meliputi Kampung Buah, Kampung Sungai Kembung, Kampung Rinching Hilir hingga membawa ke Batu Lima, ” katanya yang juga keturunan ketiga Melayu Deli iaitu antara penduduk awal bandar Bangi.

Menurutnya, satu cerita turun temurun yang hingga kini melekat di hatinya adalah Bangi dipercayai berasal dari perkataan `bangai’ yang membawa maksud terbuang atau disingkirkan sebagaimana pernah diceritakan oleh Allahyarhamah Yang Jamil (1928 – 2008) iaitu anak kepada Daeng Jamil yang cucu kepada Daeng Abdul Ghani, anakanda Sultan Abdul Samad.

Continue reading Asal Usul Bangi: Arwah Atok Hjh Yang bt Jamil Jadi Rujukan

The Malay third force defend the sanctity of Islam

Sumber: http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=theMessenger&y=2012&dt=0220&pub=theMessenger&sec=Bisik-bisik&pg=bb_02.htm

 

The third force is a term coined for a movement which is free from political parties in fighting for the social agenda including on political matter. Political analysts are of the view that the third force is the voice of arbiter and struggle to resolve real issues on the ground which is often sidelined or politicized by mainstream politics.

The third force among the Malay Muslims movement, voices out the concern of the shortcoming and incapacity of the government and even the opposition on issues affecting the position of the Malays and Islam in the country.

Continue reading The Malay third force defend the sanctity of Islam

Pembina gesa hentikan keganasan

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/7362-pembina-gesa-hentikan-keganasan

oleh: Aizuddin Khalid

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) merasa kesal dengan tragedi buruk yang berlaku antara polis dan sekumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di Tg. Malim pada awal pagi 1 Januari 2012.

Difahamkan sekumpulan 60 mahasiswa telah berkumpul untuk membantah dan menyeru pemindaan AUKU serta menuntut pengguguran hukuman UPSI ke atas Adam Adli. Setelah diberi ruang untuk berucap, mahasiswa yang enggan bersurai dilaporkan telah berdepan dengan penahanan dan tindakan bersurai secara kasar oleh pihak polis. Akibat insiden tersebut, 2 orang dilaporkan cedera termasuk Pengerusi BEBAS, Muhammad Safwan Anang, penganjur perhimpunan tersebut, manakala 17 lagi siswa ditahan di lokap dan kemudiannya dibebaskan petang tadi.

PEMBINA berpendirian bahawa sebarang bentuk kekasaran atau reaksi melampau dari mana-mana pihak adalah tidak perlu dalam apa jua keadaan. Sebarang bentuk provokasi juga adalah tindakan yang tidak berhemah dalam keadaan demonstrasi yang cukup tegang.

Dalam hal ini, UPSI sepatutnya mampu untuk berperanan lebih sebagai institusi pengajian tinggi yang matang, dimana pihak UPSI sepatutnya berinteraksi dan berunding  dengan pelajar-pelajar ini dan tidak semata-mata berlepas tangan dengan menyerahkan urusan mereka kepada polis dan anggota keselamatan.

Continue reading Pembina gesa hentikan keganasan

Promosi kesukanan Islam

 BANDAR BARU BANGI – Karnival Futsal Islami (Kahfi) yang memfokuskan pengisian nilai Islam anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) berjaya penyertaan seramai 200 peserta.

Ketua Cawangan Pembina Bangi, Aizuddin Khalid berkata, kejohanan ini diadakan antara lain bertujuan mempromosikan semangat kesukanan Islam dalam kalangan belia termasuk etika berpakaian semasa bersukan.

“Nilai-nilai Islam hanya akan mampu dihayati sekiranya ia diamalkan dalam setiap keadaan tanpa mengira sebarang aktiviti kemasyarakatan ataupun ketika bersukan.

“Sememangnya sebagai umat Islam, kita amat diharuskan supaya menjaga etika pemakaian kita bagi mengelakkan pandangan segelintir masyarakat terhadap generasi muda dari segi etika berpakaian”, katanya.

Menurutnya, Pembina adalah sebuah persatuan yang berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan yang sentiasa fokus mempromosikan nilai-nilai Islam dalam kalangan belia Muslim di negara ini.

Hadir merasmikan program itu adalah Timbalan Yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Ghazali Abbas.

Sementara itu, pada edisi kali ini, juara kejohanan milik Kipas Angin diikuti naib juara Sentuhan Kecundang manakala ketiga dimenangi BBC.

Kesemua pasukan berkenaan menerima medal, hamper dan hadiah wang tunai daripada pihak penganjur.

 

Sumber: Sinar Harian http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story8079411.asp

Addin @ Salam Perantauan Utusan 2006 – 1

Original Page

Al-Khalil Mosque, Adelaide, Australia

prev31
Caption:
Kami mengucapkan Selamat Berpuasa, Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat kedua ayah bonda, sanak saudara dan sahabat handai terutama di Mukah, Sitiawan, Kajang, Ipoh dan Tapah. Semoga Ramadhan yang mulia ini disambut dengan penuh kerendahan kepada-Nya, mudah-mudahan terbina takwa.

Dari kiri, Lufti Abbas Bidin, Ekram Alias, Aizuddin Khalid, Mahfuz Mohmad Ghuffri dan Mohd Faizal Uzairi, pelajar-pelajar tahun akhir Universiti Adelaide, Australia.