Pengembaraan Ke Sempadan Vietnam-China

April 2015 – Sebahagian daripada kerja kejuruteraan subsurface & geologi adalah mengkaji pembentukan muka bumi, sistem pemendapan sedimen, peristiwa tektonik, dan mengkaji singkapan batu.

Saya bersama rakan-rakan sepasukan berkesempatan mengembara selama 6 hari ke utara Vietnam sehingga ke sempadan China untuk mengkaji formasi-formasi batu pergunungan dan pemendapan di sana. Kami mengembara merentas 2 provinsi: Ha Giang & Cao Bang, untuk mengkaji bumi Allah demi menyingkap secebis dari rahsia-rahsianya buat manfaat sejagat. Kawasan melintas 2 provinsi ini diiktiraf sebagai taman geologi negara & kesemulajadiannya dipelihara dengan baik & juga menjadi tarikan buat pencinta keindahan alam.

_DSC5155 _DSC5053

Saya tak pasti sama ada sudah pernah ada orang Malaysia menjejaki pergunungan ini. Namun, dalam catatan ini, saya akan bercerita dari sudut pengembaraan, dan tempat-tempat menarik untuk dilawati biarpun bukan dari ahli kaji bumi. Mungkin akan ada lagi orang Malaysia yang tertarik untuk datang menikmati keunikan utara Vietnam ini.

Field trip map, credits to Lam Son

Field trip map, credits to Lam Son

Penjelajahan Bermula.

IMG_2167 IMG_2195

Kami bertolak dari Saigon menaiki kapal terbang seawal 6 pagi untuk ke Hanoi. Penerbangan mengambil masa 2 jam. Setibanya, di Hanoi, rombongan menaiki 2 kenderaan 16-seater untuk memulakan perjalanan darat. Hari pertama kami menuju bandar Ha Giang sejauh 320 km dari Hanoi. Perjalanan mengambil masa 10 jam termasuk berhenti makan di bandar Tuyen Quang & melawat outcrop geologi dari zaman Oligocene di Phu Tho. Kami melalui provinsi Yen Bai sebelum memasuki Ha Giang. Kami singgah di tepi jalan sahaja untuk menunaikan solat jamak Zuhur-Asar. Bandar Ha Giang merupakan pekan kecil, ibu kota buat provinsi Ha Giang yang bersempadan dengan China. Ia juga merupakan pintu masuk kepada taman geologi (carbonate) Dong Van yang bakal kami jelajah selama 3 hari. Jarak perjalanan hari ini sejauh 320 km.

Dong Van Karst Plateau Global Geopark

_DSC4940Keesokannya, kami bergerak seawal pagi untuk memulakan perjalanan berkenderaan menaiki pergunungan plateau karbonat Dong Van. Kawasan seluas 2356 kmini diikiraf sebagai salah satu dari rangkaian geopark global, yang juga termasuk Langkawi Geopark. Tanah tinggi ini berada pada altitud purata sekitar 1400 – 1600 m dari aras laut. Ia mengandungi banyak tapak khazanah geologi serta kaya dengan ekosistem yang pelbagai.

Jalan yang dibina sepanjang pergunungan adalah teramat bersimpang siur & berselekoh bahaya mengikut alunan & lengkungan bukit. Tujuan akhir perjalanan hari ini adalah pekan Dong Van yang mengambil masa 8 jam untuk tiba. Sepanjang perjalanan adalah pemandangan pergunungan karbonat yang sangat indah & majestik yang menyempadani negara Vietnam & China. Di samping itu, kami melewati perkampungan penduduk tempatan di pergunungan yang rata-ratanya bekerja sebagai petani atau pesawah. Kerbau-kerbau bajak juga banyak berkeliaran & diternak sekitar perkampungan. Kebanyakan penduduk di sini adalah dari kaum H’mong & Dzao yang terkenal kerana menduduki pergunungan di sempadan. Kami berkampung di provinsi Dong Van ini selama 3 hari untuk melawat tempat-tempat tarikan serta membuat jelajah kajian bumi. Saya akan perincikan tempat-tempat menarik yang kami bertandang sepanjang 3 hari di Dong Van.

_DSC4955 _DSC5356

Quan Ba Heaven’s Gate adalah satu persinggahan di puncak bukit yang mempersembahkan lanskap pemandangan lembah dan pergunungan yang cukup magikal. Ia hampir-hampir seperti lukisan indah yang mempesonakan. Tempat ini merupakan puncak bukit yang diletakkan pencawang, tapi orang ramai boleh mendaki bukit tersebut melalui tangga yang disediakan. Kami singgah di sini untuk menikmati pemandangan disamping menghayati pelajaran geomorfologi pergunungan ini.

_DSC4972

Nui Co Tien atau Fairy Bosom pula adalah persinggahan seterusnya di Quan Ba yang memaparkan pemandangan unik pergunungan utara Vietnam. Tempat tersebut dinamakan Fairy Bosom kerana dua bukit karst yang cantik & hampir serupa, yang muncul dilapangan sawah padi. Ia dikatakan mirip buah dada bidadari, lalu dinamakan sedemikian berdasarkan cerita-cerita lagenda tempatan. Apapun, keindahan lanskap di sini memang menawan dan mempesonakan sehingga menjadi destinasi landmark daerah Quan Ba ini.

_DSC5013

_DSC5113H’Mong King Vuong’s Palace merupakan tinggalan istana Vuong Duc Chinh, seorang berketurunan Cina yang diangkat menjadi raja kaum H’Mong kerana pengaruh dan kekayaannya pada zaman pengamalan feudalisme. Istana ini terletak berhampiran pekan Dong Van di lembah Sa Phin. Istana yang dibina dengan fusion konsep Cina, Perancis & Vietnam kini sudah berusia lebih 100 tahun. Ianya dibina daripada batuan mahal, kayu berkualiti dan jubin terracotta dan dikatakan menelan belanja USD4 juta ketika itu. Istana tersebut mengandungi 64 bilik dan dipenuhi ukiran-ukiran halus dari hasil  kerja tangan terbaik orang H’Mong. Tour guide yang membawa kami mengunjungi sekitar istana ini merupakan generasi ke-4 dari keluarga Vuong. Kedudukan istana ini di lembah pergunungan dikatakan dipilih dengan ilmu Feng Shui dan merupakan tempat strategik dari serangan musuh. Istana ini dikelilingi tembok keselamatan dan taman yang indah yang mententeramkan pengunjung.

_DSC5267Lung Cu Flag Tower merupakan tiang bendera paling tinggi di negara Vietnam dan menjadi landmark kedaulatan negara serta tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa. Ia terletak di atas bukit Rong (naga) pada ketinggian 1468 m dan akses ke puncak bukit adalah melalui jalan raya dan lebih 283 anak tangga yang perlu di daki. Menara setinggi 33 m boleh dinaiki melalui tangga yang disediakan. Dari balkoni menara, pengunjung berada begitu hampir dengan bendera Vietnam seluas 54m2 dan kami berkesempatan menangkapnya ketika angin berhenti bertiup. Ukuran keluasan bendera Vietnam itu adalah simbolik kepda 54 kaum yang terdapat di Vietnam. Bendera tersebut dikibarkan pada tiang setinggi 12.9 m di puncak menara. Pemandangan dari atas tiang bendera di atas puncak bukit melihat lembah perkampungan Lung Cu yang dikelilingi gunung amat menggamat hati, meskipun perasaan bercampur-baur dengan gayat ketinggian.

_DSC5413Berhampiran penginapan kami di tengah bandar Dong Van terletak satu jalan lama Pho Co (Ancient Street) yang dikatakan berusia lebih 100 tahun. Kami berjalan melaluinya, melewati rumah-rumah lama yang diperbuat dari tanah liat serta beberapa bangunan dengan arkitektur lama. Di hujung jalan juga adalah sebuah bukit karst yang mengandungi sumber air semulajadi buat bandar Dong Van ini. Kami juga bersarapan di kedai-kedai di jalan ini untuk menikmati juadah sarapan tradisional mereka. Sebuah kedai kopi di jalan ini yang berusia hampir 100 tahun juga menjadi tempat persinggahan kami untuk mengopi di waktu malam. Saya juga sempat membeli belah buah tangan untuk keluarga saya di kedai-kedai sekitar jalan ini.

Ma Pi Leng Pass terletak 15 km dari pekan Dong Van dalam perjalanan ke Cao Bang di timur laut Vietnam. Pada ketinggian 1500m, ia merupakan kawasan geoheritage yang membentangkan lanskap lembah sungai Nho Que serta lapisan-lapisan gunung yang mesmorizing. Rata-rata pengunjung sibuk & asyik bergambar sambil mengagumi ciptaan ajaib Tuhan ini. Di tempat ini sahaja terdapat banyak fitur & singkapan geologi seperti bukti fault, karst, stratigrafi, dan sebagainya.  Kami turut diberi penerangan mengenai formasi geologi di kawasan ini, sebahagian dari misi perjalanan kami. Pemandangan gunung-ganang di sini yang berlapis-lapis pasti memukau sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.

_DSC5471 _DSC5427

Provinsi Cao Bang

Bandar Cao Bang terletak 250 m dari pekan Dong Van dan mengambil masa 7 jam perjalanan. Dalam perjalanan ke Cao Bang, kami bersinggahan ke beberapa tempat geoheritage untuk menambahkan pemahaman kami tentang geologi regional di persempadanan ini. Kami bahkan makan di tepi jalan sahaja berbekalkan makanan ringkas dari Dong Van.

Bandar Cao Bang merupakan bandar tersusun dan jauh lebih moden dari pekan-pekan di pergunungan. Di sini kami tinggal di hotel yang lebih elok. Di sini terdapat pasar Cao Bang yang dikatakan pasar paling besar di Vietnam. Saya banyak juga membeli pakaian buat isteri & anak-anak dari pekan Cao Bang ini.

Air terjun Ban Gioc merupakan air terjun terbesar di Vietnam. Ia juga merupakan air terjun ke-4 terbesar di dunia yang menyempadani 2 negara. Tanah di seberang kolam & sungai di Ban Gioc adalah negara China. Ban Gio terletak 100 km dari bandar Cao Bang dan mengambil masa sejam setengah untuk ke sana.

_DSC5548

Air terjun yang bertingkat ini menjadi tarikan pengunjung dari kedua-dua sempadan. Pengunjung dari kedua negara dibenarkan menaiki rakit di kolam/sungai di bawah air terjun, namun tidak dibenarkan naik ke darat negara jiran.

Keindahan suasana & kejernihan air amat memukau & menyejukkan mata yang memandang. Lensa kamera saya juga bekerja keras untuk menangkap setiap perincian dan warna-warni suasana di sini.

_DSC5603 _DSC5671

Kami berkesempatan menaiki rakit buluh hingga ke air terjun untuk bergambar dan menikmati sendiri percikan shower air yang menuruni bukit tersebut. Kami turut mendekati darat negara China tapi tidak dibenarkan turun walaupun paras air berhampiran darat sudah cetek. Saya sempat mendayung rakit tersebut untuk merasai pengalaman baru.

Tidak jauh dari Ban Gioc Waterfall adalah Gua Nguom Ngao yang juga menjadi tarikan pengunjung dan pencinta alam yang mengujakan. Ia merupakan antara gua tercantik dalam rangkaian gua di negara Vietnam. Pengalaman menjejaki gua ini seperti kemuncak perjalanan kaji bumi kami di mana kami dapat masuk sendiri ke dalam bukit limestone yang menjadi sajian mata sepanjang perjalanan ini.

_DSC5735 _DSC5812

Pengunjung perlu berjalan dalam 10 minit dari tempat letak kereta ke gua. Pemandangan tanaman kacang soya di lembah bukit-bukit limestone dalam perjalanan ke gua juga merupakan satu keindahan & kenikmatan yang tak disangka.

DSC_0773Berjalan menelusuri gua Nguom Ngao merupakan pengalaman menakjubkan. Sebuah laluan sepanjang 1 km telah dibangunkan, lengkap berlampu untuk pengunjung menyaksikan kehebatan ciptaan Tuhan di dalam gua ini. Stalaktit & stalagmit cantik dan pelbagai bentuk bertebaran & bergantungan seperti pameran masterpiece interior design. Sungai yang mengalir di dalam gua juga membawa udara sejuk & menjadikan suasana dalam gua nyaman. Seorang Muslim yang berjalan dalam gua ini pasti tak putus-putus memuji Tuhan dalam hatinya menyaksikan marvel Tuhan yang dipersembahkan buat manusia yang bertuah.

Kami tak jemu berhenti untuk bergambar bersama fitur-fitur menarik dalam gua ini sebagai ingatan dan cubaan merakamkan pengalaman ini. Tidak semua keindahan dalam gua ini dapat ditangkap dengan lensa kamera. Bahkan banyak lagi ruang di dalam gua ini yang tak dapat kami jejaki. Cukuplah mata & persaksian kami bahawa Maha Hebat & Maha Halus ciptaan Allah SWT.

Makan & Minum

_DSC5183Bagi yang bertanya tentang makanan sepanjang perjalanan, tentulah tidak ada daging halal. Kami makan di kedai makan tempatan yang bersih & berkualiti. Di pergunungan, kami sekadar makan ikan sungai, nasi, telur & sayur-sayuran. Kami akan pastikan tiada campuran daging, ayam, babi dan alkohol. Di bandar Cao Bang, lebih mudah mendapatkan makanan laut, maka ia memberi variasi sikit buat kami. Selain itu, kami juga membawa bekalan makanan segera halal seperti Brahim’s & mi segera.

Penghujung Pengembaraan

Perjalanan pulang ke Hanoi dari Cao Bang mengambil masa 7 jam termasuk berhenti makan di Thai Nguyen.

Pengembaraan kali ini sangat unik dan mengujakan. Terlalu banyak ilmu ditimba & pengalaman berharga yang dikumpul. Pemandangan-pemandangan indah sepanjang penjelajahan benar-benar menundukkan dan melembutkan hati. Terasa amat berbaloi untuk menerjah jalan yang panjang, berliku-liku dan berbukit-bukit. Kami kira barangkali kami merupakan antara rakyat Malaysia terawal membuat pengembaraan route ini. Trip sebegini tidak semestinya dibuat oleh pengkaji bumi sahaja, tapi juga para pencinta alam semulajadi, pelancong dan sesiapa sahaja yang ingin mencari pengalaman baru dan ingin diasyikkan oleh keagungan ciptaan Tuhan.

DSC_0528 _DSC4961

  _DSC5122 _DSC5187  _DSC5224  _DSC5311  _DSC5383 _DSC5396   _DSC5443  _DSC5520  _DSC5561  _DSC5627  DSC_0706   DSC_0642 DSC_0714 _DSC5719  _DSC5765 _DSC5773  _DSC5838   DSC_0747     DSC_0751 _DSC5768 _DSC5759 _DSC5758 DSC_0736

   DSC_0442 DSC_0441DSC_0452 DSC_0482 DSC_0486 IMG_2196

Advertisements

About Addin Khalid

Just your average guy next door neighbour. Jack of all trades, master of none
This entry was posted in Travelogue and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s