January 2013 – Kembara kali ini ke Phan Thiet & Mui Ne, pesisiran pantai Vietnam dengan perjalanan 5-6 jam dari Ho Chi Minh City. Ianya satu tempat makan angin, jauh dari kesibukan kota dan mempunyai daya tarik tersendiri. Kami menyewa apartment dengan private pool di Pegasus Resort, di teluk Ke Ga, yang terletak dalam 30 km dari Bandar Phan Thiet.
Tempat berkunjung pertama kami adalah Masjid di Xuan Loc di Dong Nai, yang merupakan masjid terbesar di Vietnam. Kami sempat solat dan bermesra dengan beberapa penduduk tempatan yang sudi melayani kami sambil kami makan tengahhari. Masjid ini dibangunkan dengan biaya dari tokoh2 & masyarakat Saudi yang prihatin terhadap nasib masyarakat Islam Cham di Vietnam. Walaupun negeri asal Vietnam adalah negara Cham, masyarakat Cham hidup terpinggir bahkan teramat substandard, ditekan, dan disekat banyak hak asasi. Mereka juga rata2 jauh ketinggalan dari sudut ilmu sehingga penekanan tentang pelajaran baru sahaja diterapkan dalam generasi anak2 sekarang. Namun, berkat bantuan dan kunjungan kaum Muslimin dari serata dunia, masyarakat Cham sedikit demi sedikit dilihat berkembang dan merebut peluang membangunkan diri & kaum mereka, terutama dalam bidang ekonomi.
Selain itu, di sepanjang perjalanan ke Phan Thiet, kami melalui dusun2 buah naga yang ditanam untuk dijual secara komersil. Ini kali pertama saya melihat tanaman pokok buah naga. Kami singgah untuk membeli dan mendapati harganya teramat murah; hanya 10,000 VND atau RM1.50 sekilogram. Kami membeli 6kg dan memberikan sekilo kepada pemandu keluarga kami.
Phan Thiet & Mui Ne merupakan bandar perikanan dan pelancongan, getaway terbaik dari hiruk pikuk bandaraya.
Dari sudut geologi, ia kelihatan sebagai pusat pengumpulan pasir yang besar. Bahkan, terdapat bukit2 pasir atau sand dunes sekitar Mui Ne yang boleh dikunjungi. Kami berpeluang mendaki dan bermain gelongsor pasir menuruni sand dunes di sini. Ia merupakan satu kelainan yang tak disangka wujud di Vietnam. Kami dibawa jalan di padang pasir oleh anak2 kecil tempatan yang fasih berbahasa Inggeris. Mereka tidak bersekolah tapi mereka ke kelas belajar bahasa Inggeris dan menggunakan kemampuan mereka untuk mencari rezeki dengan mengiringi pelancong di padang pasir. Mereka caj mengikut setiap kali gelongsor. Walaupun cajnya agak mahal, namun kita boleh tawar menawar dengan kanak2 berkenaan.
Mui Ne juga terkenal dengan makanan laut dan makanan dari haiwan air yang exotic. Di sini pertama kali saya melihat buaya dipanggang. Di sepanjang jalan di tepi pantai Mui Ne terdapat banyak gerai makanan laut. Kami makan di salah satu gerai, tetapi gerai2 tepi jalan sini hanya menghidangkan makanan laut bakar sahaja, tiada masakan mahupun apa2 resipi. Namun, kesegaran makanan laut membuatkan kami merasai kemanisan semula jadi makanan tersebut.
Di sepanjang pantai Mui Ne terdapat kedai2 dan gerai2 souvenir, butik pakaian, kedai peralatan surfing & mandi laut serta banyak restoran.
Demikian serba sedikit yang mampu saya coretkan utk perjalanan kali ini. Kembara Phan Thiet – Mui Ne kami ini membawa banyak ilmu & pengalaman baru yang meluaskan pandangan kami terhadap kemampuan2 yang boleh dicapai dalam hidup.