Byk saya jmp term “Arab & Islam” utk culture, history, arts, etc. Saya baru balik dari Turki, di sana juga penuh dgn “Turk & Islamic” culture center, museum, etc. Bangga sungguh bangsa mereka dgn keIslaman mereka. Dgn izin Allah, merekalah yg mengangkat Islam di rantau mereka.
Tp di Malaysia, bila sebut “Melayu & Islam”, dikatakan “ini racist”, “Islam utk semua”, “persetankan bangsa”, “abis, bangsa lain macam mana?”, “Melayu x semestinya Islam” dan mcm2 lg statement utk jauhkan simbiosis bangsa Melayu dgn Islam. Ketahuilah bangsaku, mendekatkan agama kpd bangsa dan keluarga kita adalah tanda kita sayangkan bangsa dan mahu memahatkan identiti Islam dlm bangsa kita. Allah tentukan dari bangsa inilah Islam dijulang di nusantara ini. Bersyukurlah dgn ketentuan Tuhan ini dan pertahankanlah sejarah dan kekuatan ini.
Universaliti Islam bukan penyamarataan mutlak, tp akomodasi terhadap kepelbagaian ragam manusia.