Gaza & Sambutan Tahun Baru 2009

gaza08Saya ingin menyatakan kekecewaan yang teramat sangat terhadap penyambut-penyambut tahun baru 2009 dari kalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Sedih, terutama dalam keadaan saudara-saudari Muslim kita di Gaza yang sedang dizalimi, dibelasah, disembelih, dan dihancurkan negara mereka seteruknya dalam massacre rakyat tidak berdosa dan  pertempuran dahsyat yang tidak seimbang, paling teruk yang belum pernah disaksikan sejarah.Tiba-tiba, jauh di sudut timur dunia, terdapat segolongan manusia yang mengaku bersaudara dengan mangsa pembunuhan ini sedang bersoronok merayakan hari kebesaran penyokong & penyumbang terbesar musuh yang sedang melakukan aksi barbarik paling jijik dalam sejarah kemanusiaan. Format dan metod sambutannya juga tiada beza sebagaimana ia disambut oleh mereka di negeri-negeri mereka yang mengkufuri Allah. Apalah gunalah gunanya kenyataan-kenyataan simpati dan bantahan. Apalah gunanya kesukarelaan menyebarkan sms-sms memohon sumbangan. Apalah gunanya qunut nazilah. Namun, bila tibanya peluang untuk menzahirkan keikhlasan, yang tersingkap hanyalah hipokrisi.

Continue reading Gaza & Sambutan Tahun Baru 2009

You’re So Special

You’re special.. and so is everyone else!

malcolm-podiumAllah SWT menciptakan manusia semuanya berlainan baik dari segi fizikal, rezeki, dan laluan hidup. Allah juga meletakkan keistimewaan tersendiri kepada setiap individu untuk ia exploitasikan untuk manfaatnya di dunia. Ada individu yang pandai bercakap, cepat pickup, banyak menghafal, pandai dalam multimedia, pandai dalam muzik, mahir dalam fotografi atau mempunyai skill2 tersendiri. Ada juga yang mempunyai karisma, mudah tersentuh dan cepat bertindak, muka hensem, rezeki murah (banyak duit), kuat tubuh badan dan macam-macam lagi keistimewaan kurniaan Tuhan yang pasti kita come across pada seseorang.

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً


Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan [17:70]

Semua orang ada keistimewaan tersendiri. Ia juga mungkin istimewa disebabkan kombinasi beberapa kelebihan, contohnya pandai melukis dan berpidato, atau pandai business disamping multimedia, atau mahir dalam management disamping pandai bermuzik.

You are very special
There’s no one else like you
Created by the Master
Allah created you
You are very special
Exclusively designed
(Zain Bikha)

Continue reading You’re So Special

Perutusan Eid Al-Fitr

Satellite

Di dalam keberkatan 10 malam terakhir Ramadhan, dan dalam menuju Hari Lebaran umat Islam sedunia, saya mulakan perutusan ini dengan nama Allah yg Maha Pemurah, Maha Penyayang
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Kehadapan keluarga, sahabat-sahabat, kenalan-kenalan, para pembaca dari segenap pelusuk dunia, dan terutama Ikhwah & Akhawat yang dekat di hati saya,

Assalamu’alaikum wrt wbkt

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca tulisan ini. Di sini, saya ingin menyampaikan jutaan terima kasih kerana telah memberi sebahagian dari kehidupan anda untuk saya. Saya yakin bahawa interaksi dengan anda sedikit sebanyak telah membentuk diri saya sebagaimana kedudukan saya hari ini. Terima kasih juga kepada anda yang sentiasa mengikuti perkembangan keluarga saya. Semoga Allah membalas anda semua dengan baik sebanyaknya.

Continue reading Perutusan Eid Al-Fitr

Zuriat Muslim

dsc00744

Satu objektif pernikahan adalah utk melahirkan zuriat. Namun, apa pula objektif melahirkan zuriat? Adakah sekadar sebagai penerusan keturunan? Atau sekadar sebagai penyejuk mata? Atau utk dibanggakan dihadapan kawan2 dan masyarakat? Atau sekadar bukti kesuburan pasangan?

Objektif zuriat yang lebih tinggi disisi Islam adalah utk mewarisi agama & perjuangan Islam, menyambung rantaian perjuang Rasul, & merealisasikan cita2 baginda. Kerana itu, Rasulullah bergembira dengan ummatnya yg ramai.

Continue reading Zuriat Muslim

Tips Ukhuwwah: Kembalikan Gurauan Kepada Allah

Satu hari di Madinah, ketika Rasulullah SAW bercerita mengenai pembukaan kota2 luar, Rasulullah memberi khabar tentang pembukaan kota Hirah di Iraq. Lalu seorang Arab Muslim bernama Shuwail (dalam riwayat lain, namanya Khuraim bin Aus), dtg kpd Rasul lalu berkata, “Ya Rasulullah, apabila kita menguasai Hirah, bolehkah aku memiliki Kiramah binti Abdul Masih?” Rasulullah lalu tersenyum dan menjawab, “Dia bakal menjadi milikmu”. Kiramah binti Abdul Masih adalah seorang puteri Hirah yang terkenal dengan kecantikannya. Apabila, Khalid bin Al-Walid bersama tenteranya menawan Hirah, ketika mereka sedang menyiapkan syarat-syarat penyerahan Hirah, datanglah Shuwail meminta habuannya yang dijanjikan Ar-Rasul. Shuwail membawa saksi2nya lalu Khalid meletakkan syarat tersebut dalam perjanjian penyerahan Hirah.

Continue reading Tips Ukhuwwah: Kembalikan Gurauan Kepada Allah

Pengalaman Menakjubkan: Dari nikmat Allah yg manakah kita berpaling?

Pernah tak sesekali anda merasakan Allah S.W.T sungguh2 meletakkan perhatianNya kpd anda?

Kisah saya:

Satu hari, saya berjalan berdua dgn Umar Hakim utk keuar makan tghhari, sepatutnya kami berjalan beramai2, ditakdirkan Allah hanya kami berdua sahaja yg setia dalam pakatan keluar makan tersebut. Kami melalui sebuah kedai serbaneka, biasanya, kalau jalan beramai2, pasti x kan singgah. Namun, saya tertarik dgn sebuah majalah Islam kanak-kanak yg saya kurang kenali, menyebabkan saya memaksa Umar utk singgah bersama.. Majalah itu adalah “Ana Muslim”

Continue reading Pengalaman Menakjubkan: Dari nikmat Allah yg manakah kita berpaling?

Tazkirah: Muhasabah Nafs

Walaupun kerap kita dengar, walaupun jemu telinga menerima kritikan-kritikan dan arahan-arahan yang sama berulang-ulang (macam ayat ni), namun sebenarnya ia memang menjadi kunci kemajuan prestasi dan potensi diri. Iaitu Muhasabah. Ianya penting dalam menentukan langkah-langkah seterusnya dan magnitud energy atau focus yang diperlukan untuk mengharungi hari-hari esok. Ia menjadi pembuka kepada Mu’aqabah, Mu’atabah ataupun Mujahadatun Nafs.

jam

Kenangan Jaulah Terengganu 2005

January 2005 – Kami, rombongan Ikhwah Australia, berjaulah beramai-ramai ke Terengganu utk urusan dakwah. Di sini, aku cuba singkap kembali peristiwa2 yg masih aku ingat dalam jaulah tersebut agar memori jaulah tersebut tidak akan hilang. 1 Januari (2008) lalu, di majlis aqiqah anakku, aku berbicara dgn akh Ihsan (yg ketika itu baru kahwin), bagaimana kami boleh sgt mesra sdgkan pertemuan kami boleh dibilang dgn jari. Aku teringatkan pertemuan pertama kami dalam jaulah keliling Australia, namun dia teringat akan jaulah Terengganu ini (mungkin itu lebih mengesaninya), sdgkan aku tidaklah berapa ingat sgt jaulah tersebut. Hari ini, aku membelek nota2 lama, sewaktu baru berkecimpung dalam arena gerakan Islam ini. Aku terbuka satu nota catatan nasihat daripada seog akh Terengganu sewaktu jaulah tersebut yg aku pun x ingat namanya. Maka, aku cuba kenang2 kembali pengalaman jaulah tersebut, dan ternyata, byk sungguh pengalaman manis yg menjadi sebahagian episod2 yg build-up kpd hidupku skrg & akan dtg. Maka aku x nak lepaskan memori ni & aku cuba coretkan di sini apa2 yg aku ingat dari jaulah tersebut, walaupun tiada sekeping gambar pun, moga2 pengalaman2 tersebut tak lenyap ditelan masa.

Continue reading Kenangan Jaulah Terengganu 2005

Hijrah Itu Pengorbanan

maal-hijrah
Alhamdulillah, kita telah pun melangkah ke tahun 1429 hijriah, bermakna sudah 1429 tahun berlalu selepas peristiwa pengorbanan besar2an generasi sabiqun awwalun dalam peristiwa hijrah yg kita sedia maklum. Sejarahnya teramatlah penting & mengesani umat Islam sehingga Khalifah Umar Al-Khattab memulakan kalender Islam kita dgn tahun berlakunya peristiwa tersebut.

Setiap awal tahun hijri akan berkumandanglah laungan2 hijrah; anugerah-anugerah tokoh ma’al hijrah; akan terungkaplah ucapan2 yang menyeru perubahan, perpindahan, kesatuan, kemajuan, dsb; maka akan berulanglah kita memupuk azam baru yg ingin kita laksanakan serta-merta dengan penuh semangat. Kita juga akan diperingatkan kembali kpd kisah-kisah mukjizat2 & bantuan Allah melalui labah-labah, pigeon yg bersarang, kuda Suraqah bin Malik; moga2 miracle yg sama terjadi kpd kita dlm usaha kita memperbaiki diri (hijrah).

Continue reading Hijrah Itu Pengorbanan