Satu hari di Madinah, ketika Rasulullah SAW bercerita mengenai pembukaan kota2 luar, Rasulullah memberi khabar tentang pembukaan kota Hirah di Iraq. Lalu seorang Arab Muslim bernama Shuwail (dalam riwayat lain, namanya Khuraim bin Aus), dtg kpd Rasul lalu berkata, “Ya Rasulullah, apabila kita menguasai Hirah, bolehkah aku memiliki Kiramah binti Abdul Masih?” Rasulullah lalu tersenyum dan menjawab, “Dia bakal menjadi milikmu”. Kiramah binti Abdul Masih adalah seorang puteri Hirah yang terkenal dengan kecantikannya. Apabila, Khalid bin Al-Walid bersama tenteranya menawan Hirah, ketika mereka sedang menyiapkan syarat-syarat penyerahan Hirah, datanglah Shuwail meminta habuannya yang dijanjikan Ar-Rasul. Shuwail membawa saksi2nya lalu Khalid meletakkan syarat tersebut dalam perjanjian penyerahan Hirah.
Rupa2nya, ketika itu, puteri Kiramah yang terkenal dgn kecantikannya telah pun berumur 80 tahun!! “..(mungkin Shuwail) ingat keremajaan itu kekal”, kata Kiramah. Kiramah lantas memohon utk dibebaskan. Shuwail enggan membebaskan kecuali dengan syarat tebusan; iaitu… 1000 dirham (~RM1000; sgt sikit sbg tebusan seorg Puteri).
Kiramah dgn mudah membayar, lalu kembalilah Shuwail bercerita kepada para Sahabat & tentera Muslimin kisahnya. Tentera Muslimin terkejut “1000 dirham jer? Utk Kiramah, kamu patut minta berkali2 ganda lagi!”. Jawab Shuwail, yg lebih kurang dalam Melayu, “(Ye ke?) tak tau pulak ada jumlah yang lagi besar dari seribu”. Tentera Muslim mentertawakan Shuwail dalam gurauan; Khalid juga tertawa lalu berkata, “Manusia menginginkan sesuatu, tetapi Allah menginginkan yang lain”.
Kisah ini dipetik dari Tareekh-ul-Umam wal Muluk tulisan Tabari. Pasti saje ada byk pengajaran yg boleh dipetik dari kisah ini, eg. janji Rasul yg benar, etc.. tp Mungkin sbb saya masih baru pulang dari “Kem Bond Of Ukhuwwah” dan masih basah dalam ukhuwwah bersama kawan2, saya nampak penghujung dari kisah tersebut sebagai satu kisah ukhuwwah. Pertama: contoh gurauan generasi Salaf; Kedua: para tentera dan sahabat menginginkan sesuatu yang lebih baik utk saudara mereka Shuwail. Ketiga: Mengingati Allah tatkala bergurau.
Begitulah satu contoh kehidupan ber-ukhuwwah dalam Jamaatul Muslimin. “Perli-memerli” tetapi merapatkan barisan. Dengan ukhuwwah ini, kabilah-kabilah Arab bersatu; dgn ukhuwwah ini, orang Arab menakluk para penzalim sekeliling mereka; dgn ukhuwwah ini tentera kuffar gentar kpd Muslimin; kerana ukhuwah ini untuk Allah, lalu jadilah mereka Ikhwanul Muslimin. Sebuah jemaah yg diikat dgn iman. Dalam jamaah iman ini mereka berjaya.
Ikhwah & Akhawat, marilah kita menghidupkan wasilah-wasilah yg dapat mengeratkan ukhuwwah kita, x kira la dgn makan bersama, selalu berziarah, saling bergurau, berbalas email, atau sekadar dgn seraut senyuman; lalu kita sandarkannya kepada Allah, semoga Allah mengurniakan ukhuwwah fillah yang sejati, lantas dengannya kita menggegarkan dunia!
“Demi Allah, waktu malam terasa begitu panjang bagiku jika aku teringat saudaraku seagama, lalu aku berharap segera tiba waktu pagi sehingga aku bisa memeluknya, karena kerinduanku kepadanya.” – ‘Umar bin Al-Khattab
اللهم انك تعلم أن هذه القلوب قد اجتمعت على محبتك، والتقت على طاعتك، وتوحدت على دعوتك، وتعاهدت على نصرة شريعتك، فوثق اللهم رابطتها…