In memory: Hjh Yang bt Hj Jamil (1928-2008)

Dialah nenek saya.. sebelah ayah saya.. yg melahirkan ayah saya.. sayalah waris mereka.. Beliau menghembuskan nafasnya dalam jam 5-6am pagi 14 April 2008 di Hospital Serdang. Beliau didiagnos mempunyai kanser rahim. Usianya 80. Dilahirkan pada 1928, satu tahun yg cukup bermakna buat gerakan Islam terutama di Mesir, sempena penubuhan Ikhwan Al-Muslimin.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un..

Keluarga saya memanggilnya Atok. Begitulah panggilan kebanyakkan org Melayu. Atok saya berketurunan Bugis, bangsa dinasti kesultanan Selangor. Lineage-nya bertemu Sultan Abdul Samad. Saya catatkan lineage-nya di sini, sbgmana Atok ceritakan kpd saya pd tahun 2001. Harap sahih sbgmana diceritakan dan semoga x dilupakan.

Sultan Sir Abdul Samad merupakan Sultan Selangor ke 4. Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bersempena namanya. Salah seorg anaknya yg tidak mewarisi tahta adalah Tengku Abdul Ghani (ipar of the famous Tengku Kudin). Tengku Abdul Ghani pula mempunyai anak bernama Abdul Samad. Abdul Samad pula ada anak bernama Daeng Jamil. Up to this lineage, mereka hidup di Istana Sultan Selangor di Klang. Lalu pertelingkahan dan huru-hara dalam istana memaksa Jamil melarikan diri dari Istana ke Johor. Dia masih remaja ketika itu, lalu menetap di Tanjong Selabu, Muar Johor. Namun, masih org berada, dia memiliki kebun2 dan tanah2 di Tg Selabu yg sebahagiannya masih di tangan keluarga saya (kebun di Selabu.. mmg besar). Anak bongsu (Daeng) Jamil adalah (Daeng) Yang. **For the record, nama Daeng x tercatat dalam IC** Dia berkahwin pada usia belasan tahun dgn seorg Melayu berketurunan jawa bernama Abdul Rahim b Hj Rais (Atok saya). Anak ke-4 mereka adalah ayah saya dan seterusnya muncullah saya di dunia ini. Subhanallah walhamdulillah..
Bangunan-Abdul-Samad-dayC

Atok juga pernah menceritakan asal-usul bandar “Bangi”. Dlm period masalah di Istana Klang, sebahagian dari warga istana telah dihalau oleh pihak Istana keluar. (Jamil lari ke Johor kerana menyaksikan masalah2 ini). Mereka yg dihalau telah ditempatkan ke sebelah tenggara Selangor di Daerah Hulu Langat. Tempat itu lalu dikenali sbg tempat org istana terbangai atau terbuang, seterusnya dipanggil Bangai. x pasti bangai tu bahasa apa. British pula dalam huruf ruminya mengeja “B-A-N-G-I”. Lalu jadilah Bangi sbgmana kita kenali hari ini. Extension kpd Bangi adalah Bandar Baru Bangi, di mana hari ini merupakan bandar cendekiawan dan intelek Malaysia, menempatkan lebih 10 institusi pengajian tinggi serta banyak akademi serta pusat2 research spt NIOSH, MINTR (nuclear), IKP, etc, serta menjadi tumpuan pusat research & latihan pelbagai company besar (antaranya PETRONAS, TNB & TM) serta bank2 besar. Byk juga NGO2 dakwah Islam membuka pejabat utamanya di sini. Satu keberkatan buat Bangi. Allah berkatilah bumi Bangi. Solehkan penduduk2nya. Permudahkan usaha2 murni dibuminya.

Begitulah yang Atok ceritakan kpd saya sewaktu menziarahi saya di sekolah sains di Penang pada 2001. Waktu itu, kami dalam perjalanan ke Pulau Pinang utk makan angin. Kami menaiki van merah kami, yang kini giat digunakan oleh Aman Palestin. Semoga Allah menyediakan ganjaran buat empunya van & keluarganya.

Atok saya seorang yg kuat menghafal. Beliau tidak nyanyok. Beliau byk menghafal doa2, mengimamkan majlis2 wanita di kampung. Menjadi rujukan kejiranan. Meminjamkan wang kepada jiran2. Men-sedekahkan tanah. Penyabar dan menyayangi. Taat kpd suami. Seorang yg bijak. Beliau byk membantu dalam berhubung dgn keluarga mertua saya sblm saya berkahwin. Beliau juga memahami English walaupun x dapat bertutur, tp mmg dia faham English. Sewaktu hospitalized, masih bersemangat utk bercakap sambil menjaga suaminya (Atok saya) yg juga sakit tua. Keturunannya mmg pemurah & penyayang agaknya, sepertimana Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yg dikatakan Yang Di-Pertuan Agong yang paling mesra rakyat, dan paling disayangi rakyat sepanjang kemerdekaan Malaysia. Semoga sifat2 mulia ini diwarisi oleh saya, yang sgt memerlukannya terutama dalam tugas2 mengajak manusia kpd Allah.

Selepas jenazah dimandikan dan dibungkuskan dgn kain kapan, suaminya (Atok lelaki) diusung menghadap wajah penuh sang isteri buat kali terakhir. Beliau melihat dari satu jarak. Tak mampu utk mendekati kerana keuzuran. Beliau bersaksi yg Atok Yang seorang isteri yang baik. Sesudah seketika, beliau ditanya oleh anak2nya, “sudah ye abah?”, maksudnya, sudah puas melihat mak buat kali terakhir? Setelah beberapa saat, Atok lelaki dgn tenang menjawab, “Dah”. Namun, saya yg mendgr ucapan “Dah” itu bergetar jantung, hampir2 runtuh kesedihan, kerana saya tahu, masakan ada suami yg sanggup berpisah begitu mudah dgn isterinya. Mungkin itulah perkataan paling ringkas, tp paling berat utk diucapkan dlm hidupnya. Mana mungkin kehidupan bersama lebih kurang 60 tahun berakhir dgn sesaat renungan dan sekumit “Dah”. Namun, terpaksa direlakan kerana ia dipanggil Tuhan. Beliau diusung menghampiri mayat isterinya yg wajahnya sudah separuh balutan, mencium dahi isterinya buat kali terakhir. Saya dan cucu2 lain serta anak2 Atok menyusuli.

Terlalu ramai orang datang menziarah, penuh rumah sehingga ke luar, seingat saya tak pernah saya melihat org berkumpul seramai itu di rumah Atok pada satu ketika. Nak dianggarkan seratus, mungkin lebih. Ada yg datang dari sejauh Perak. Saya yakin, Atok Yang seorang yg byk beramal, kecintaan org2 kpdnya bukan sebab keturunannya. Tapi amal2 dan budi seseorang itulah yang mendorong dirinya dimuliakan.

Mungkin seronok kalau kisah ini berakhir dgn kami kembali ke Istana Selangor utk claim kembali darjat istana yg terpisah 3 generasi lalu. DNA tracking insyaAllah confirm ada. Namun, saya ada ending yg lebih menarik yg saya harapkan. Istana yg lebih Agong yg diimpikan (Syurga Allah). Kehidupan lebih mewah dari gambaran minda. Dan ingin saya tinggal di sana bersama keluarga saya yg tercinta.

رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
“Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam surga” [66:11]

Kepada Atok, Hjh Yang bt Hj Jamil, Atok sentiasa dlm doa dan ingatan cucu-mu.. Semoga Allah meluaskan kuburmu dan memudahkan hisabmu.. Semoga Allah menerima segala amalanmu & mengampunkan dosa2mu.. Cucu-mu bakal menyusuli pula.. Semoga kita sama2 sentiasa dalam rahmat Allah Taala. Semoga kita bertemu semula di Syurga-Nya, tempat berhimpun orang-orang beriman..

Allahummaghfirlaha, warhamha, wa’afiha, wa’fu’anha..

“Ya Allah, ampunilah ia, rahmatilah ia dan berikanlah maaf kepadanya, luaskanlah tempat masuknya dan mandikanlah ia dengan air, es dan embun, serta bersihkanlah ia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran. Gantilah untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya di dunia, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, pasangan yang lebih baik daripada pasangannya, masukkanlah ia ke dalam syurga dan lindungilah dari siksa kubur dan siksa neraka.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s