Pernah tak sesekali anda merasakan Allah S.W.T sungguh2 meletakkan perhatianNya kpd anda?
Kisah saya:
Satu hari, saya berjalan berdua dgn Umar Hakim utk keuar makan tghhari, sepatutnya kami berjalan beramai2, ditakdirkan Allah hanya kami berdua sahaja yg setia dalam pakatan keluar makan tersebut. Kami melalui sebuah kedai serbaneka, biasanya, kalau jalan beramai2, pasti x kan singgah. Namun, saya tertarik dgn sebuah majalah Islam kanak-kanak yg saya kurang kenali, menyebabkan saya memaksa Umar utk singgah bersama.. Majalah itu adalah “Ana Muslim”.. sudah jilid 23, ia berkulitkan gambar kartun seorg anak solehah berhijab.. sebenarnya kulit ini yg menarik minat saya.. saya amati kulitnya dan tajuk2 yg terpapar didepan, saya belek sepintas muka2 lembarannya yg berkartun dgn tema Islamik, artikel2 dan gambar2 Islamik, saya dapati ternyata sgt sesuai utk anak2.. Saya berminat utk membelikan utk anak saya, yg baru berusia 2 bulan ketika itu. X sabar nak tunggu dia besar.. saya juga berhajat, mungkin bila dia sudah boleh memegang pensel, boleh la dia menconteng2 buku tersebut.. mewarna-warna.. juga sebagai buku khas miliknya.. hehe.. Saya nak beli.. Akhi Umar juga menggalak-galakkan saya utk beli.. akhirnya saya beli 2 jilid sekaligus.. 23 & 24.. khas utk anak saya..
Isteri saya gembira melihat saya pulang bersama hadiah utk anak tersayang. Selang beberapa minggu, rupa2nya di dalam jilid 23 tersebut, ada satu artikel kisah sgt menarik, dan sgt kena dgn anak saya.. iaitu kisah Khaulah Al-Azwar.. tokoh yg saya namakan anak saya.. MasyaAllah.. bentuk kisahnya juga sesuai utk mendorong anak2 mencontohinya.. Alhamdulillah.. bila lagi barangkali artikel sebegini akan diterbitkan, jilid ini tepat utk anak saya.. Subhanallah yg menemukan ku dgn jilid tersebut.. Akan kusimpan jilid tersebut khas utk anakku Khaulah dan akan aku kisahkan kpd dia dgn mudah dan menarik akan harapanku memilih nama tersebut utknya.
Kisah lain: Satu hari aku di dalam lif di office-ku di twin towers, lif agak sesak, lif sudah hampir tertutup, masuk org terakhir bergegas, seorg polis bantuan. Lengkap pakaiannya dan peralatannya. Terpampang juga nametag / pas PETRONASnya… aik?!!.. terkejut saya kerana namanya sama dgn nama saya.. setiap huruf ejaan. Dia berdiri disebelah kiriku. hehe.. ok.. “kebetulan”.. Aku melihat dia terpaksa berdiri rapat dgn org dibelakangnya, mungkin kerana kelewatannya memasuki lif. Aku melihat org dibelakangnya, juga disisi kiriku.. aik?!! nama org itu pula sama dgn nama ayahku.. setiap huruf dlm ejaannya.. Subhanallah.. Di sebelahku, ada seorang manusia yg sama nama dgn aku dan dibelakangnya yg sama nama dgn ayahku.. di sisi mereka pula ada gabungan kedua nama mereka (Saya).. hehe.. Subhanallah.. aku menceritakan kpd isteriku.. “Allah telah menghiburkanku”.. Alhamdulillah.. Subhanallahil Aziim..
Saya rasa, pasti anda juga ada kisah2 “kebetulan” yg benar2 menyentuh hati anda, yg mana semuanya sebenarnya merupakan penyusunan Allah Taala utk menguji hamba2nya..
67:2 “(Dia) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”
Sedikit Ulasan: Pernah x sesekali anda merasakan Allah S.W.T sungguh2 meletakkan perhatianNya kpd anda? Perasankah anda bahawa sudah berapa byk do’a yg anda pohon kpd Allah telah pun Allah makbulkan. Tidakkah anda mengetahui bahawa kadang-kala apa yg kita hajatkan tidak semestinya terbaik utk kita, lalu Allah mentakdirkan opposite kpd kehendak kita. Pernah kita merasakan musibah yg melanda diri kita itu adalah ujian dari Allah, utk menguji respon kita? Perasankah kita bahwa kebaikan yg menimpa diri kita itu juga adalah ujian dari Allah, juga utk menguji respon kita? Sedarkah kita yg setiap ketentuan ke atas diri kita, setiap saat, baik, buruk, duka, cita, kelakar, sedih, sebenarnya adalah di bawah perencanaan Allah S.W.T.?
4:78 “…dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: “”Ini adalah dari sisi Allah””, dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: “”Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)””. Katakanlah: “”Semuanya (datang) dari sisi Allah””. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun?”
Kadang kala kita melupai attention yg Allah berikan ini. Inilah sifat Allah yang Maha Melihat & Maha Halus. Attention yg sgt detail & rapat. Sgt hampir & cermat. Sedangkan tiada satu kejadian pun yg boleh lari dari manipulasi Allah Taala.
6:59 “Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata”
50:16 “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya,”
Maka dari nikmat Allah yg manakah kita berpaling?