Salamatus-Sadr: Serendah Ukhuwwah, Setinggi Syurga

Disebutkan dalam sebuah riwayat bahawa Nabi SAW pernah duduk di dalam masjid di tengah-tengah para sahabat, lalu beliau bersabda kepada mereka, “Sekarang akan masuk ke tengah-tengah kalian salah seorang calon penghuni syurga.”

Lalu muncullah seorang lelaki yang bekas air wudu’nya masih menetes dari janggutnya, lalu ia mengerjakan solat dua rakaat dan duduk. Ketika datang hari kedua, Nabi mengatakan hal yang sama, lalu lelaki itu muncul seperti hari semalam. Dan demikian pula pada hari ketiga.

Abdullah Ibn ‘Amru pun mengikuti orang ini dan menginap di rumahnya untuk mengetahui puasa dan solat malamnya. Namun ternyata Ibn Amru tidak mendapatinya melakukan hal itu. Ia pun menanyakan perihal tersebut kepadanya. Lalu orang itu menjawab, “Sesungguhnya setiap aku tidur di malam hari, maka dalam hatiku tidak pernah menyimpan rasa khianat dan dengki kepada seorang pun di antara kaum Muslimin.” Ibnu ‘Amru berkomentar, “Inilah yang membawamu sampai ke darjat seperti itu, sementara kami tidak mampu meraihnya.”

Continue reading Salamatus-Sadr: Serendah Ukhuwwah, Setinggi Syurga

Advertisement

Mengelakkan Dengki, Memelihara Ukhuwwah

love-you Satu hadith yg boleh kita amalkan utk memelihara ukhuwwah: “Ada tiga sifat yang dengannya hati seorang Muslim tidak akan merasa dengki selama-lamanya, iaitu mengikhlaskan amal kerana Allah, memberi nasihat kepada pemimpin, dan menetapi jamaah. Sesungguhnya semua doa mereka itu menyelimuti dari belakang mereka” (Hadis Sohih riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dari Zaid bin Tsabit)

Continue reading Mengelakkan Dengki, Memelihara Ukhuwwah

Tips Ukhuwwah: Kembalikan Gurauan Kepada Allah

Satu hari di Madinah, ketika Rasulullah SAW bercerita mengenai pembukaan kota2 luar, Rasulullah memberi khabar tentang pembukaan kota Hirah di Iraq. Lalu seorang Arab Muslim bernama Shuwail (dalam riwayat lain, namanya Khuraim bin Aus), dtg kpd Rasul lalu berkata, “Ya Rasulullah, apabila kita menguasai Hirah, bolehkah aku memiliki Kiramah binti Abdul Masih?” Rasulullah lalu tersenyum dan menjawab, “Dia bakal menjadi milikmu”. Kiramah binti Abdul Masih adalah seorang puteri Hirah yang terkenal dengan kecantikannya. Apabila, Khalid bin Al-Walid bersama tenteranya menawan Hirah, ketika mereka sedang menyiapkan syarat-syarat penyerahan Hirah, datanglah Shuwail meminta habuannya yang dijanjikan Ar-Rasul. Shuwail membawa saksi2nya lalu Khalid meletakkan syarat tersebut dalam perjanjian penyerahan Hirah.

Continue reading Tips Ukhuwwah: Kembalikan Gurauan Kepada Allah