Disebutkan dalam sebuah riwayat bahawa Nabi SAW pernah duduk di dalam masjid di tengah-tengah para sahabat, lalu beliau bersabda kepada mereka, “Sekarang akan masuk ke tengah-tengah kalian salah seorang calon penghuni syurga.”
Lalu muncullah seorang lelaki yang bekas air wudu’nya masih menetes dari janggutnya, lalu ia mengerjakan solat dua rakaat dan duduk. Ketika datang hari kedua, Nabi mengatakan hal yang sama, lalu lelaki itu muncul seperti hari semalam. Dan demikian pula pada hari ketiga.
Abdullah Ibn ‘Amru pun mengikuti orang ini dan menginap di rumahnya untuk mengetahui puasa dan solat malamnya. Namun ternyata Ibn Amru tidak mendapatinya melakukan hal itu. Ia pun menanyakan perihal tersebut kepadanya. Lalu orang itu menjawab, “Sesungguhnya setiap aku tidur di malam hari, maka dalam hatiku tidak pernah menyimpan rasa khianat dan dengki kepada seorang pun di antara kaum Muslimin.” Ibnu ‘Amru berkomentar, “Inilah yang membawamu sampai ke darjat seperti itu, sementara kami tidak mampu meraihnya.”
Ikhwah & Akhawat, alangkah bahagianya hidup sahabat ini… alangkah lapangnya dadanya dari kesempitan tekanan hasad.. Inilah contoh Salamatus-Sadr yg paling luas kelapangannya.. yg paling subur dan damai rentangannya.. Masalah2 yg ditimbulkan kawan2 sekelilingnya akhirnya menjadi kuncinya di tombol Syurga.
Walaupun, ada segelintir manusia yg mmg mudah berlapang dada dan memaafkan, namun, sifat sebegini boleh kita sama2 pupuk dgn usaha2 insani seperti menjaga batas2 dan berusaha utk memudahkan urusan ikhwah lain. Kita juga perlu berusaha mengelakkan dari menimbulkan sebarang kerumitan dan isu terutama yg puncanya bersifat peribadi; atau kdg kala kerana perbezaan pendapat diri kita yg masih mentah lalu bertentangan dgn keputusan kepimpinan; atau perbezaan pandangan kita yang sudah ‘alim yang bertentangan sedikit dengan ikhwah lain. Ini semua perlu diurus dalam keadaan lapang dada & kasih sayang.
“Kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain,” kata Hasan Al-Banna berkenaan ukhuwwah. Maka berlapang dadalah! terutama dikalangan mujahid dakwah. Dialah yg pertama skali yg perlu belajar berlapang dada. Ia dapat mencipta suasana ukhuwwah yg melancarkan urusan dakwah, tanpa digugat hasad & sangka buruk yang biasa menenggelamkan manusia dalam kemelut & percakaran.
Disamping itu, saling mendoa dan memaafkan juga dapat membebaskan diri dari beban-beban pergaulan (eg. hasad, terasa hati, etc) lalu mencipta suasana tenang utk berhadapan dgn sahabat dalam pertemuan seterusnya. Berterusan dalam amal ini, InsyaAllah dapat melahirkan individu yg tidak panas baran, sabar, seterusnya redha dan akhirnya mencapai darjat seperti sahabat Nabi ini. Para ulama menceritakan kebiasaan Ibn Sirin. Setiap kali beliau beranjak ke tempat tidur, maka beliau selalu membersihkan diri dari debu, lantas membaca Al-Ikhlas tiga kali dan juga ayat-ayat mu’awwidzat (perlindungan), kemudian memanjatkan doa, “Ya Allah, berikanlah ampunan kepada orang yang mencelaku, yang menzalimiku, dan yang mencaciku. Ya Allah, berikanlah ampunan kepada orang yang melakukan hal itu kepadaku dari kalangan muslimin.”
Jadi, ketahuilah kekurangan sesama manusia adalah lumrah. Ia adalah ujian utk siapa yg ingin berlapang dada, atau siapa yg ingin berpisah daripada siapa; kukuhkah alasannya? Basysyar bin Burd bersyair:
Jika engkau selalu mencela dalam segala hal
Engkau tidak akan mendapatkan temanmu yang tidak engkau cela
Berlapang dada harapnya menjadi pendirian kita sebagai bukti minimum setia dan thiqah kita kepada manhaj dakwah ini, yg di dalam mengharunginya, kita bertemu dengan pelbagai karenah manusia.. Ia juga mesti menjadi pendirian kita terhadap kecenderungan2 metod taghyir yang lain. Teringat juga kata Ust Fauzi Asmuni: “..Kita bersahabat sampai hari qiamat” 🙂
Begitu juga pendirian kita kepada insan2 yg menyimpan hasad, mencaci, mengata, merendah dan menzalimi kita.. baik yang kita ketahui, mahupun yg kita tidak ketahui.. Mudah2an rahmat & keampunan Allah ditebarkan kepada orang2 beriman seluruhnya.. Mudah2an dgn mengosongkan jiwa dari sebarang kedengkian mampu mencalonkan diri kita ke Syurga Allah, setinggi ganjaran dengan serendah ukhuwwah, sebagaimana kisah sahabat yg dinyatakan tadi.
Katakan kepada orang yang dengki kepadaku
Apakah engkau tahu, kepada siapa engkau berbuat jahat
Sebenarnya engkau berbuat jahat kepada Allah
Kerana engkau tidak rela atas apa yang Allah berikan kepadaku
Maka kuucapkan terima kasih kepadamu kerana pahalaku akan bertambah
Dan aku tidak perlu repot-repot memelas kepadamu
Allahu’a’lam..
Yglast skali tu nta tuliske din.mmg puitis.
tu translation syair Arab.. tulisan Aidh Al-Qarni.. amik dari buku Fi Rihabil Ukhuwwah
ok addin tak tido lagi.
malam penuh ilham.. esp utk buat reservoir simulation
Jazakumullahukhairan khathira
peringatan untuk diri yang sering terlanjur dalam ber’dzon’ sesama ikhwah…
adik enta jadi datang sydney? 😉
..dia kata nak pegi sydney ker?
lepas berkurun baru perasan daa ini mesej.
dia x kata. ana assume je, sebab dulu dia buat USNW foundation.
sekarang semua dah terjawab. hehehe