Mengelakkan Dengki, Memelihara Ukhuwwah

love-you Satu hadith yg boleh kita amalkan utk memelihara ukhuwwah: “Ada tiga sifat yang dengannya hati seorang Muslim tidak akan merasa dengki selama-lamanya, iaitu mengikhlaskan amal kerana Allah, memberi nasihat kepada pemimpin, dan menetapi jamaah. Sesungguhnya semua doa mereka itu menyelimuti dari belakang mereka” (Hadis Sohih riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dari Zaid bin Tsabit)

Mengikhlaskan amal kerana Allah

Ini mengelakkan kita membanding2kan amal kita dgn orang lain. Klo kita bandingkan dgn org yg lebih baik dari kita, tidak mengapa.. harapnya ia menjadi inspirasi utk kita berlumba2 dalam kebaikan.. Fastabiqul Khairat. Tp apabila kita membandingkan amal kita dgn orang yg kelihatan lebih perlahan dari kita, ia boleh menimbulkan perasaan2 yg x elok, lalu ia menghasilkan dengki dalam membandingkan kelapangan dan keberatan tulang yg dibanting.

Kata Isa Al-Imad (Ikhwah Mesir): “Berhentilah membanding secara zalim.. ..kerana perbezaan itu akan tetap berterusan (eg. kurus-gemuk, berdiri-duduk). Jangan bandingkan diri kamu dengan orang lain selama2nya.. ..Kita insan tersendiri, Allah ciptakan kamu unik! Kamu (masing-masing) mesti gerakkan kekuatan kamu; bila kita membanding, biasanya kita yang akan dizalimi..”

Oleh itu, sandarkanlah setiap amal anda kepada Allah. Perbetul & selalulah memperbaharui niat. Semoga ia dapat menyatukan amal2 besar dan amal2 kecik ke arah matlamat menegakkan Al-Haq di muka bumi

Memberi nasihat kepada pemimpin

Berilah nasihat.. kerana “ad-deenu nasihah ..lillahi walikitabihi walirasululihi wali a’immatil Muslimina wa ammatihim..”

Memberi nasihat itu kewajipan mukmin sesama mukmin. Orang yg tidak mahu memberi nasihat bererti telah berbuat khianat, curang dan dusta. Orang yg memendam rasa dendam terhadap kaum mukminin, kerana urusan keduniaan, maka bererti ia menyandang sebahagian cabang kemunafikan.

Berilah nasihat. Sebagaimana Jarir bin Abdullah Al-Bajali dari Yemen yang bahkan menasihati Rasulullah sendiri, “Wahai Jarir, tidak pernah seorang pon yg mengingatkanku kecuali selalu saja kurang dari apa yg mesti disebutkan kepadaku kecuali engkau. Kerana engkau menyebutkan apa adanya.” sabda Nabi SAW kepada Jarir. (Bukhari & Muslim)

Ia boleh mengelakkan dengki dikalangan orang beriman. Ia boleh mengelakkan dengki yang timbul dari dada kita. Dengki sebegini bahkan boleh menganjur kita mengajak orang lain dengki sama. Berbincanglah dgn pemimpin. Bahkan klo rupa2nya kita yg salah, terimalah nasihat tersebut kembali, kerana ramai saja golongan bersemangat yg pd pandangannya ingin memperbetulkan pemimpin, tp akhirnya tersalah kira kerana pandangan peribadinya yg tidak menyeluruh, lalu enggan menerima hakikat kesalahannya sendiri..

Tetap bersama Jemaah

“…Fainnama ya’kulu zi’bu minal ghanamil qasiah” (Abu Dawud)

Mungkin selalu kita mendengar translasi hadis ini sbg “..kerana sungguh serigala itu akan makan kambing yang bersendirian.” ..Namun, klo dihayati maksud Al-Qasiah itu, menurut Ust Fauzi Asmuni, sebenarnya ia bermaksud “yang mengasingkan diri dari kumpulan” atau literally jauh dari kumpulan.

Ibarat seekor wildebeest yg tertarik dgn satu padang rumput yg hijau, lalu ditinggalkan kawanannya utk ke padang tersebut; kerana itu dia dibaham singa. Kelihatan dia duduk di dalam kawanannya, tetapi apabila kawanannya bergerak ke satu arah, dia bergerak ke arah lain, lalu dibaham singa. ATAU ibarat seekor wildebeest yg sakit yg x dapat berlari ketika kawanannya dikejar singa. Kelihatan dia duduk di dalam kawanannya, tetapi apabila kawanannya bergerak ke satu arah, dia tidak dapat bergerak kerana penyakit2nya, lalu dibaham singa. Wildebeest ini boleh jadi seekor mahupun berekor2, maka jadilah ia santapan sang raja rimba.

“…Fainnama ya’kulu zi’bu minal ghanamil qasiah” (Abu Dawud)

wildebeestKita selalu menterjemah hadis ini sbg duduk sorang2. Maka kita mengajak mad’u2 kita, “Jgnlah duduk sorg2, duduklah dgn ikhwah akhawat, etc..” Itu mungkin satu maslahah juga. Tp dengan hadis ini, yg menggunakan kata Qasiah (menjauhkan diri), mungkin nasihat kita sepatutnya berbunyi, “Janganlah meninggalkan Ikhwah & Akhawat”. Ini kerana bahayanya lebih besar. Seseorg akh/ukht mungkin duduk bersendirian, tp dia tidak pernah meninggalkan kumpulan ikhwah akhawat-nya. Manakala seseorg akh/ukht mungkin kelihatan duduk bersama ikhwah akhawat-nya tetapi hakikatnya dia sudah berjauhan dari mereka. Syaitan menyerang orang yang duduk sorang2 dengan agenda tersendiri, eg. futur, Syaitan pula menyerang orang yang meninggalkan jamaah dengan agenda berbeza, yang mungkin lebih berbahaya lagi kpd dakwah. Ia mungkin menyuntikkan dengki (spt hadis), ghurur, merasa hebat, ego dan penyakit2 seumpamanya (malah futur juga), lalu mampu menimbulkan isu dan memecah-belahkan jamaah.

Jadi, sentiasa bersama dengan jamaah dari sudut fizikal, ruh, pemikiran dan tasawur, adalah satu solution yang holy dari Rasulullah untuk memelihara ukhuwwah, hence iman dan amal.

Ketiga-tiga sifat yg disebutkan Rasulullah ini harus ada bagi menghindari perkara buruk yang boleh menyakiti orang-orang beriman. Ketiga sifat ini disebut sebagai Takholli (pengosongan), iaitu mengosongkan diri dari akhlak-akhlak buruk.

Lantas, marilah kita beristighfar dan merapatkan saf kita agar tidak berlaku penyimpangan dari jalan yang suci ini. Lalu berdoalah agar Allah memenangkan dakwah ini. “..Sesungguhnya semua doa mereka itu menyelimuti dari belakang mereka”. Semoga Allah mengukuhkan barisan mujahidin ini dgn ukhwah yg sejati..

“Sungguh cinta kerana Allah merupakan bahagian dari ikatan iman yang paling kukuh dan pondasi-pondasi yang mendasar. Cinta itu merupakan jambatan yang dibentangkan oleh Rabb kita antara sesama kaum beriman. Dengan cinta ini pula hati mereka tersambung..” (Dr. Aidh Al-Qarni)
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s