Perutusan Eid Al-Fitr

Satellite

Di dalam keberkatan 10 malam terakhir Ramadhan, dan dalam menuju Hari Lebaran umat Islam sedunia, saya mulakan perutusan ini dengan nama Allah yg Maha Pemurah, Maha Penyayang
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Kehadapan keluarga, sahabat-sahabat, kenalan-kenalan, para pembaca dari segenap pelusuk dunia, dan terutama Ikhwah & Akhawat yang dekat di hati saya,

Assalamu’alaikum wrt wbkt

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca tulisan ini. Di sini, saya ingin menyampaikan jutaan terima kasih kerana telah memberi sebahagian dari kehidupan anda untuk saya. Saya yakin bahawa interaksi dengan anda sedikit sebanyak telah membentuk diri saya sebagaimana kedudukan saya hari ini. Terima kasih juga kepada anda yang sentiasa mengikuti perkembangan keluarga saya. Semoga Allah membalas anda semua dengan baik sebanyaknya.

Dalam kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf zahir dan batin di atas segala kesilapan saya terhadap anda yang saya sedari mahupun tidak sedari. Saya ingin memohon setinggi-tinggi kemaafan di atas kesalahan-kesalahan yang saya lakukan ke atas anda dihadapan anda mahupun dibelakang anda tanpa anda sedari. Saya ingin memohon maaf kepada anda sekiranya saya telah berlaku zalim ke atas anda. Saya juga ingin memohon maaf kepada kenalan-kenalan yang gagal saya luangkan masa untuk bergaul mahupun rakan-rakan yang terputus komunikasi, mungkin kerana faktor jarak, masa dan kesibukan.

Sekiranya ada hutang yang belum terlangsai, ada janji yang belum tertunai, saya mohon anda tuntut dari saya sesegera mungkin. Percayalah, saya tidak pernah berhasrat memanjang-manjangkan hutang saya, mahupun memecahkan janji-janji saya. Namun, saya teramat berharap sekiranya anda menghalalkan atau membebaskan bebanan ke atas saya jika anda tidak keberatan dan berhati mulia. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik anda.

“Sesungguhnya manusia itu diciptakan dengan tabiat cepat tergopoh (halu’a)” [Maksud 70:19]. Masakan dia tidak berbuat silap. Ketahuilah “setiap anak Adam berbuat dosa..” (Maksud Hadis, au ka ma qaala). Maka sama-samalah kita saling bermaafan dan memohon keampunan hakiki dari Allah yang Maha Pengampun akan dosa-dosa hamba-hambaNya.

Teruskan beramal dan teruskan peningkatan iman dan taqwa! Semoga Ramadhan tahun ini membawa keberkatan yang melimpah ruah kepada kita. Dan semoga Eid Al-Fitr tahun ini kita raikan dgn takbir & semangat kemenangan yang sebenar!

Allahu Akbar wa lillahilhamdu..

Taqabbal Allahu minna wa minkum
Kullu am wa antum bikhair

Eid Mubarak dari saya sekeluarga!


Abu Khaulah

ﻋﺰﺍﻟﺪﻳﻦ ﺑﻦ ﺧﺎﻟﺪ


DSCF1608
Green Birds Of Paradise (InsyaAllah)


Note: Eid Al-Fitr 1429: Tahun ke-3 raya sejak kahwin, Tahun ke-2 raya dengan isteri, Tahun pertama raya dengan baby..

Advertisements

About Addin Khalid

Just your average guy next door neighbour. Jack of all trades, master of none
This entry was posted in General. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s