Satu objektif pernikahan adalah utk melahirkan zuriat. Namun, apa pula objektif melahirkan zuriat? Adakah sekadar sebagai penerusan keturunan? Atau sekadar sebagai penyejuk mata? Atau utk dibanggakan dihadapan kawan2 dan masyarakat? Atau sekadar bukti kesuburan pasangan?
Objektif zuriat yang lebih tinggi disisi Islam adalah utk mewarisi agama & perjuangan Islam, menyambung rantaian perjuang Rasul, & merealisasikan cita2 baginda. Kerana itu, Rasulullah bergembira dengan ummatnya yg ramai.
Apa gunanya ummat yg ramai tetapi kebanyakkannya hanya sekadar seperti buih-buih dilautan? Tak bermanfaat sedikit pun kpd Islam.. Apakah dgn itu Rasulullah berbangga? Jelas kalau kita tidak meletakkan objektif agama sbg agenda membesarkan anak2, dikhuatiri perkahwinan kita tidak seiring dgn kehendak Rasul dan kita tidak meninggalkan zuriat bermanfaat untuk masa depan agama,
Maka, bagi yg belum berkahwin, fahamilah apakah hakikat berkahwin kerana Allah.. Ia lebih daripada sekadar menghalalkan nafsu melalui syariat, atau menambahkan bilangan ummat Muhammad.. atau mengikut2 menyempurnakan fitrah manusia yg perlu berkahwin. Ia datang dengan tanggungjawab lebih besar.
Yang sudah berkahwin, sentiasalah “perbaharui” perkahwinan anda dengan meluruskan cita2 perkahwinan anda sbgmana seorang ‘abid membetulkan niat ibadahnya.. Jangan jadikan rumahtangga anda satu kitaran generasi yang tidak menyumbang kepada perkembangan sosiologi manusia.
Bagi yang sudah berkahwin dan beranak-pinak pula, haruslah monitor anak2 anda akan iman mereka, bukan semata2 sekolah, mainan dan makan minum mereka; Ciptalah suasana yg Islami di rumah, jauhilah perkara2 yg merosakkan aqidah, jauhilah perkara2 yg memesongkan anak2 daripada cenderung kepada Islam, dan galakkanlah anak2 anda terlibat dalam majlis2 ilmu & aktiviti kemasyarakatan. Jadikan kewujudan anda dan anak2 anda bererti kepada Islam..
Ingatlah, anak itu amanah dari Allah. Tak mungkin Allah menghendaki hambaNya dibesarkan dengan nafsu dan angan-angan kosong lagi remeh. Sesungguhnya, objektif Allah mengutus manusia ke bumi itu jelas.
Semoga dengan niat yang benar dan amal yg lurus, akan lahirlah institusi2 keluarga Muslim sejati seterusnya membina masyarakat Islam yg sebenar.