Setiap awal tahun hijri akan berkumandanglah laungan2 hijrah; anugerah-anugerah tokoh ma’al hijrah; akan terungkaplah ucapan2 yang menyeru perubahan, perpindahan, kesatuan, kemajuan, dsb; maka akan berulanglah kita memupuk azam baru yg ingin kita laksanakan serta-merta dengan penuh semangat. Kita juga akan diperingatkan kembali kpd kisah-kisah mukjizat2 & bantuan Allah melalui labah-labah, pigeon yg bersarang, kuda Suraqah bin Malik; moga2 miracle yg sama terjadi kpd kita dlm usaha kita memperbaiki diri (hijrah).
Ingin saya tegaskan di sini bahawa, dalam kita mengamati peristiwa hijrah, hakikat hijrah ini tidaklah tertumpu kpd peristiwa perjalanan Rasulullah S.A.W. & Abu Bakr semata-mata, di samping kisah ketibaan mereka di Madinah, mempersaudarakan Ansar & Muhajirin. Namun, hakikat terbesar hijrah ini terletak pada rijal-rijal generasi hijrah itu sendiri. Rijal-rijal hijrah itu adalah sahabat-sahabat secara kolektif yang telah mengorbanankan hampir segala2nya hanya utk taat kepada Allah & Rasul. Malah, generasi hijrah ini juga melibatkan masyarakat Yathrib yg siap sedia menerima, mengorbankan harta & kemewahan demi hijrah ini.
Pengajaran mengenai pengorbanan ini secara umum kita semua sedia ketahui. Pengorbanan itu satu elemen besar dalam peristiwa hijrah itu sendiri baik dari pihak Muhajirin mahupun Ansar. Namun, sekiranya kita diletakkan dalam situasi tersebut hari ini, belum tentu kita mampu melakukannya (Ikram DHL, 2007). Ada sesiapa di sini yg sanggup membahagi dua hartanya & berikan secara free kpd saya? Atau menceraikan isterinya utk diberi kpd saya? Kalau anda disuruh berjalan kaki 300km tanpa membawa apa2 kecuali beg yg berisi sedikit keperluan perjalanan, adakah anda sanggup? Atau soalan mudah: sanggupkah anda sekarang ini meninggalkan segala2nya utk berhijrah demi Allah & Rasul ..cuba kita listkan ‘segala2nya’: career, kenderaan, family, mak ayah, duit, bisnes, pakaian, rumah, radio, tv, perfume, etc.. x terlist.. Siapa di sini telah bersedia? Belum tentu ada..
Namun apakah yang menjadikan generasi hijrah ini mampu melakukan pengorbanan agung ini? Betapa telusnya kalimah syahadah mereka sehingga comparatively barangkali kita ini sekadar mengucap2 sahaja sedangkan mereka telah hidup atas syahadah itu (Ali Izzetbegovic, 1970’s). Namun, resepi mencipta generasi hijrah ini sudah lama didedahkan melalui Quran & sirah. Hijrah itu bukan sesuatu yg instantaneous. Tetapi satu persiapan lama dan proses yg hebat utk melahirkan generasi yg kental. Pendidikan aqidah, iman, ketaqwaan & tawakkal dilalui dengan intensive sekali oleh golongan ini. Ujian demi ujian dihadapi daripada penghinaan kepada penindasan & penyeksaan kepada pemboikotan, malah ada yg berhadapan dgn kematian & kehilangan orang2 tersayang. Kenangilah episod-episod yang mereka tempuhi. Begitulah susah & payahnya hijrah. Namun disebalik semua ini, itulah hikmah Allah mempersiapkan tentera-tenteraNya yang akhirnya sanggup melakukan apa sahaja utk Tuhan mereka. Dan akhirnya, di tangan generasi inilah agama Allah berkembang.
Hijrah itu bukan angan2; ianya satu kembara menuju Ilahi. Namun utk kita menempuh hijrah dlm erti kata sebenar, perlu juga kita melalui proses pembinaan sama yg dilalui generasi Hijrah; perlu juga kita tanamkan ciri2 generasi hijrah, dari aspek kerohanian mereka, mental & rasional mereka, sehinggalah kekuatan fizikal mereka. Itulah matlamat agung pendidikan Islam; Utk reproduce generasi hijrah ini! Sifat2 yg samalah perlu dipupuk kpd kita melalui pelbagai wasilah2 yg mana kita harapkan akhirnya dapat melahirkan semula, ie duplicate, generasi hijrah tersebut yg akan membawa kpd kemenangan Islam sbgmana Allah memenangkannya di tangan generasi Hijrah pertama.
Utk mengulang hijrah sebagaimana generasi pertama dulu, maka hijrah kita juga perlu bermula dgn titik yg sama, pengorbanan sulong yg sama; yakni bersedia ditarbiyah dengan acuan agama Allah yg sebenar. Di sini bermula hijrah sebenar kita.
Jadi apakah azam tahun baru hijrah anda?