Bidadari Besi

BabyJazakumullah kepada semua yang telah hadir ke kenduri aqiqah anak saya. Semoga anak ini terus dibesarkan dalam sunnah Nabi dan suasana ketaatan kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW menuntut agar umat Islam memberi nama-nama yang baik kepada anak mereka. Ini kerana nama merupakan visi bapa kepada anak tersebut. Harapan dan cita-cita ke atas anak tersebut dipahatkan pada nama yang diberi. Lantas kita lihat umat Islam sepanjang zaman memberi nama-nama yang indah dan penuh makna kepada anak-anak mereka. Ada yang menamakan sempena nama-nama Anbiya’, para sahabat RA, tabi’in dan tokoh-tokoh Islam sepanjang zaman. Ada juga yang menamakan anak mereka dengan kuniyah-kuniyah sahabat Nabi SAW seperti Abu Bakr & Abu Hurairah, moga-moga anak-anak ini sehebat nama tokoh yang diberi.

Saya juga memberi nama anak perempuan, yang juga anak sulong saya berdasarkan nama seorang tokoh yang saya amat kagumi. Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Skil & teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Malah, pada ilmu saya, barangkali beliau merupakan wanita yang paling handal berlawan dalam sejarah Islam.

Episod-episod penglibatan Khaulah dalam perang-perang Islam tercatat dalam Maghazi Rasulillah hasil kompilasi Muhammad bin Umar Al-Waqidi Al-Aslami. Dalam perang Yarmuk, perang utama yang menjadi pembuka Syam, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus. Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya , “Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.

Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. Beliau meluncur laju ke arah barisan Rom, membunuh seorang dengan tombaknya, lalu meluncur ke arah barisan Rom di bahagian lain dan mencederakan atau membunuh tentera Rom yang lain. Pertempurannya secara solo itu ibarat menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang. Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya). Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin. Kisah masyhur ini turut di komikkan di Indonesia bertajuk ‘Bidadari Besi’.

Secara ringkasnya, begitulah ketokohan seorang Mujahidah Islam yang berani, handal, bijak, berakhlaq, tawadu’ & berjihad di jalan Allah. Semoga keazamannya terus subur dalam diri anak saya dan keluarga saya. Kerana itu, saya menamakan anak saya dalam Arabnya Azeematu Khaulatin (Semangat/Keazaman Khaulah). Semoga anak saya Khaulah, menjadi seorang Mujahidah, sehebat Khaulah Al-Azwar, yang bertungkus-lumus memartabatkan Islam di bumi ini sehingga akhir hayatnya. Para pembaca sekalian, saya perkenalkan Bidadari Besi saya, Azimah Khaulah.

Originally published at ISMA DHL

Advertisement

4 thoughts on “Bidadari Besi

  1. Definitely imagine that that you said. Your favourite justification appeared to be at the web the simplest factor to keep in mind of.
    I say to you, I certainly get irked at the same time as folks
    think about concerns that they just do not understand about.

    You managed to hit the nail upon the highest and outlined out the whole thing without having side effect , other
    people can take a signal. Will likely be again to get more.
    Thanks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s