Legasiku: Sang Penakluk (The Conqueror)

AbbasAssalamualaikum,

InsyaAllah, anak ke-4 ini saya akan namakan sempena nama tokoh-tokoh Islam yg telah meninggalkan legasi mereka tersendiri dalam peradaban manusia.

Anak saya ini saya namakan Abbas, pertamanya sempena sahabat Rasulullah SAW, Al-Abbas b Abdul Mutalib, yang juga merupakan bapa saudara baginda. Abbas merupakan sahabat yg terkenal sebagai seorang yang banyak membela Nabi SAW ketika di Makkah, dan kemudian banyak mengirimkan informasi mengenai musyrikin Makkah kepada Nabi di Madinah. Beliau seorang yang sangat rapat, disayangi, dihormati dan dipercayai oleh Rasulullah SAW sendiri.

Continue reading Legasiku: Sang Penakluk (The Conqueror)

Advertisement

Simbol Penghijrahan: Anak ke-3

Sempena hari ke-7 kelahiran anak lelaki saya, sebagaimana sunnah, saya akan mengurniakan nama buatnya.

Kali ini saya ingin memetik nama dari satu golongan awal yang memeluk Islam, yang telah melalui banyak kepayahan dalam mempertahankan iman dan agama mereka. Mereka walaupun lemah dan terhina dalam kehidupan dunia, tapi Islam telah mengangkat mereka menjadi manusia yang berjiwa merdeka dan dimuliakan disisi agama. Golongan yang saya maksudkan adalah para sahabat Rasulullah dari kalangan hamba. Antara contoh nama yang masyhur adalah Bilal bin Rabah, Khabbab bin Al-Arat, Sumayyah dan Zinnirah.

Continue reading Simbol Penghijrahan: Anak ke-3

Nama Ibn Aizuddin: Inspirasi dari Abu Bakr R.A.

Alhamdulillah, Segala puji & kesyukuran bagi Allah SWT yg, dgn limpah & rahmatNya, mengurniakan saya cahaya mata yang kedua; anak lelaki. Hari ini merupakan hari ketujuh kelahirannya, maka menjadi sunnah untuk saya mengumumkan nama anak ini. Antara hak kepada anak yang perlu ditunaikan oleh seorang bapa, menurut Umar Al-Khattab, adalah memberikannya nama yang baik. Saya akan menamakan anak saya dengan nama yang penuh makna berdasarkan inspirasi seorang tokoh Islam dan aspirasi saya kepada anak saya ini.

Saya menamakan anak lelaki pertama saya ini bersempena seorang tokoh sahabat Rasulullah SAW yang sangat saya cintai, bahkan beliau merupakan sahabat yang paling dicintai Rasulullah SAW sendiri. Ulama’ juga mengatakan sebaik-baik manusia selepas para Anbiya’ adalah beliau. Beliau adalah Abdullah bin Uthman (Abu Quhafa’) bin Amir bin Amru bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihr al-Quraisy at-Taimi, atau lebih popular dengan nama kuniyyahnya, Abu Bakr.

Continue reading Nama Ibn Aizuddin: Inspirasi dari Abu Bakr R.A.

Bidadari Besi

BabyJazakumullah kepada semua yang telah hadir ke kenduri aqiqah anak saya. Semoga anak ini terus dibesarkan dalam sunnah Nabi dan suasana ketaatan kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW menuntut agar umat Islam memberi nama-nama yang baik kepada anak mereka. Ini kerana nama merupakan visi bapa kepada anak tersebut. Harapan dan cita-cita ke atas anak tersebut dipahatkan pada nama yang diberi. Lantas kita lihat umat Islam sepanjang zaman memberi nama-nama yang indah dan penuh makna kepada anak-anak mereka. Ada yang menamakan sempena nama-nama Anbiya’, para sahabat RA, tabi’in dan tokoh-tokoh Islam sepanjang zaman. Ada juga yang menamakan anak mereka dengan kuniyah-kuniyah sahabat Nabi SAW seperti Abu Bakr & Abu Hurairah, moga-moga anak-anak ini sehebat nama tokoh yang diberi.

Continue reading Bidadari Besi