January 2005 – Kami, rombongan Ikhwah Australia, berjaulah beramai-ramai ke Terengganu utk urusan dakwah. Di sini, aku cuba singkap kembali peristiwa2 yg masih aku ingat dalam jaulah tersebut agar memori jaulah tersebut tidak akan hilang. 1 Januari (2008) lalu, di majlis aqiqah anakku, aku berbicara dgn akh Ihsan (yg ketika itu baru kahwin), bagaimana kami boleh sgt mesra sdgkan pertemuan kami boleh dibilang dgn jari. Aku teringatkan pertemuan pertama kami dalam jaulah keliling Australia, namun dia teringat akan jaulah Terengganu ini (mungkin itu lebih mengesaninya), sdgkan aku tidaklah berapa ingat sgt jaulah tersebut. Hari ini, aku membelek nota2 lama, sewaktu baru berkecimpung dalam arena gerakan Islam ini. Aku terbuka satu nota catatan nasihat daripada seog akh Terengganu sewaktu jaulah tersebut yg aku pun x ingat namanya. Maka, aku cuba kenang2 kembali pengalaman jaulah tersebut, dan ternyata, byk sungguh pengalaman manis yg menjadi sebahagian episod2 yg build-up kpd hidupku skrg & akan dtg. Maka aku x nak lepaskan memori ni & aku cuba coretkan di sini apa2 yg aku ingat dari jaulah tersebut, walaupun tiada sekeping gambar pun, moga2 pengalaman2 tersebut tak lenyap ditelan masa.
- Aku x brapa pasti brapa ramai Ikhwah yg turut serta. Yang aku ingat turut serta adalah: Syauqi, Hakim, Firdaus Shah, Alwi, Abg Rahim, Ihsan, Sani, hmm.. tu je yg aku ingat
- Aku ingat Akh Syauqi datang dari Penang/Kedah dgn kereta kenari-nya, x salah aku. bersama2nya adalah anak2 ikhwah Kedah yg tgh tunggu result SPM.
- Aku juga ingat kereta Abg Rahim yg rosak dipermulaan jalan sehingga kami terpaksa bergerak dahulu. Dia sampai lewat malam.
- Jaulah tersebut adalah kali pertama aku drive ke Pahang & kali pertama aku melawati Terengganu dalam masa 12 tahun.
- Aku dipertemukan dgn “Masjid Terapung” dan sign board besar “Allah Peliharakanlah Terengganu”.
- Aku x ingat di mana kami tinggal, & nama2 Ikhwah yg entertain kami.. MasyaAllah.. mungkin waktu tu aku muda sgt dalam dakwah ni..
- Aku bangun mlm pertama melihat Akh ** (& beberapa Ikhwah lain) qiamullail (bersendirian) walaupun malam tersebut kami mmg penat sgt, ie awal bangun?. Aku x ingat bangun-ku sempat x mengejar solat sunnat malam. Tp aku ingat kami semua bangkit sblm subuh.
- Kami bersarapan pagi Nasi dagang. Mungkin itu kali pertama aku conciously makan nasi dagang.
- Kami melihat nama2 kuih Terengganu yg pelik di gerai tersebut.. yg aku ingat kuih ropa.. smp skrg aku x tau tu kuih apa..
- Aku mendengar khutbah Jumaat dalam telo Terengganu.. fuhhh..
- Akh Zhafi membawa kami berjalan2 di KT.. membeli keropok leko yg fresh (di kilang) selepas solat Jumaat.
- Ada sekali, kami pulang ke tmpt penginapan kami, aku & Akh Hakim dlm kereta.. sesampainya kami.. tiba2 berkumandang di IKIM.fm lagu Suara Felda; kami x mau kluar kereta sehingga lagu tersebut habis. Akh Syauqi Adelaide mentertawakan kami. Akhirnya inspirasi daripada tema lagu felda tersebut “Satu Hati Satu Suara”, kami hampir memberi moto MISSA, wadah kami di Adelaide, “One Heart, One Voice”.. Namun, aku kemudian mencadangkan “One Vision One Voice” & lekatlah tema tersebut smp generasi skrg. Visit http://mymissa.net.
- Aku tiba2 dipanggil oleh akh ** ke sebalik tirai surau, beliau mengajak aku duduk di depannya.. lalu beliau buat kali pertama.. & dialah org yg pertama dlm hidupku.. bertanya ttg soal perkahwinanku.. beliau meng-offer seorg ukht kpd-ku utk dijadikan isteri.. adakah aku mahu serius dlm urusan ni? dug dab dug dab.. Subhanallah wa lillahil hamd.. Hujung tahun tersebut aku mendirikan rumah tangga dgn ukht tersebut yg tercinta & Alhamdulillah, kami kini baru dikurniakan seog anak perempuan, Azimah Khaulah.
- Akh Ihsan memandu kereta (ayah)ku utk menunaikan solat Jumaat. Aku menjadi penumpang kerana terlampau penat (or saje nak bg org lain drive). Tanpa sengaja, Ihsan telah melanggar kereta Akh Zhafi dari belakang. Inna lillahi wa inna ilahi raji’un.. xper.. kita tanggung bersama.. Agaknya kerana itu Akh Ihsan mmg ingat jaulah tersebut & kami menjadi rapat semenjak peristiwa tersebut. Kini, beliau baru mendirikan rumahtangga.. Alhamdulillah.. Oh ye.. kereta (ayah)ku tu dah la xde road tax.. kami semua risau utk pandu kereta tu.. terpaksalah kami bertawakkal.. Ayahku lantas membayarkan road tax & menyuruh kami bertenang sekiranya ditahan polis & just bgtau yg roadtax telah dibayar. hehe
- Dalam perjalanan pulang, aku bersolat dibelakang Akh ** di Masjid Negeri Pahang, Kuantan. Nyaring sungguh bacaan Qur’annya. Tetapi, dia tidak menyaring2kan takbir2, sami’a Allah.. & salamnya. Some how selepas itu, aku juga meng-adapt approach tersebut sedikit di mana aku tidak meng-over-panjang2kan & over-nyaring2kan takbir ketika solat.. Cukuplah utk mengungkap & merasa kebesaran Allah dan supaya ma’mum dengar seruan kita utk mengubah posisi solat.. Namun bacaan Quran-ku x mampu dinyaringkan senyaring akh tersebut krn suara-ku yg biasa2 jer.. hehe..
- Akhir sekali, yg di dalam memoir-ku (or catatanku) adalah tips dari seorang akh, yg sayang aku x ingat namanya:
|
Begitulah betapa Jaulah tersebut mengesani aku dan hidup org2 sekelilingku. Aku ingin memohon maaf di atas sebarang kelalaian & kealpaan daripada jaulah tersebut. Barangkali Syaitan telah melupakanku supaya aku tidak mengenang kembali peristiwa jaulah tersebut yg sgt bermakna dalam hidupku. Namun, aku menukilkan kini sisa2 ingatanku, semoga memori manis ini xkan hilang lagi. Mungkin selepas ini, adalah sangat baik sekiranya setiap Ikhwah & Akhawat menyimpan diary atau sentiasa mencatat peristiwa2 yg berlaku atau keputusan2 yg diambil sepanjang mengharungi hidup akan datang. Catitkan nota2 buku2 yg dibaca, sejarah Islam yg significant, ceramah2 yg didengar, kawan yg kita jumpa, program yg kita anjur, jaulah yg kita ikut. Jangan kita “take for granted” ilmu, kenalan, mahupun sejarah kita. Rugilah sekiranya ia hilang begitu sahaja atau tidak dikongsi kepada sesiapa. Peliharalah catatan tersebut. Jika anda rasa ia tidak berguna utk anda, mungkin ia berguna utk generasi dakwah akan datang. Semoga ia menjadi satu sumbangan kita kepada penegakkan agama ini. Allahu’alam.

Inni Uhibbukum Fillah, Ya Ikhwati.. Barakallahufiikum Wa maghfiratuhu..
Kpd Akh Ihsan (& Muna).. Baraka alaika, wa jama’a bainakuma fii khair
Kpd Akh Ihsan (& Muna).. Baraka alaika, wa jama’a bainakuma fii khair

-Abu Khaulah-
..yakin kita takkan kalah!
:: 1230 am, 9 Februari 2008 ::