Puisi Buat Sahabat Kemalangan

Puisi ini saya tujukan buat Saudara Nu’man & Shahril yg kemalangan pd awal Ramadhan. Saya menziarahi mereka pada 14 Ogos di Hospital Kajang bersama sahabat2 lain. Semoga mereka berdua tabah dan cepat sembuh.
————————-

Sahabat,

Lukamu di badan, sebakku di hati
Tika kau terlantar, di luar ramai menanti
Ingin melihat raut senyummu sekali lagi
Sebagai pelita kerunsingan hati

Di kala musibah melanda
Kematian adalah putus asa
Kehidupan adalah semangat waja
Sabar rahsia mengharunginya

Setiap kisah adalah pengalaman
Untuk menyinarkan lagi pedoman
Kerna kata-kata mati dari pengertian
Kiranya darah kita tidak dialirkan

Sahabat,

Kugenggam tanganmu erat
Ibarat kekasih menyalur azimat
Moga dikau kan terus kuat
Dan di jalan dakwah kau tsabat

——-

Juga diterbitkan di: http://ismadhl.wordpress.com/2010/08/20/puisi-buat-sahabat/

Promosi kesukanan Islam

 BANDAR BARU BANGI – Karnival Futsal Islami (Kahfi) yang memfokuskan pengisian nilai Islam anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) berjaya penyertaan seramai 200 peserta.

Ketua Cawangan Pembina Bangi, Aizuddin Khalid berkata, kejohanan ini diadakan antara lain bertujuan mempromosikan semangat kesukanan Islam dalam kalangan belia termasuk etika berpakaian semasa bersukan.

“Nilai-nilai Islam hanya akan mampu dihayati sekiranya ia diamalkan dalam setiap keadaan tanpa mengira sebarang aktiviti kemasyarakatan ataupun ketika bersukan.

“Sememangnya sebagai umat Islam, kita amat diharuskan supaya menjaga etika pemakaian kita bagi mengelakkan pandangan segelintir masyarakat terhadap generasi muda dari segi etika berpakaian”, katanya.

Menurutnya, Pembina adalah sebuah persatuan yang berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan yang sentiasa fokus mempromosikan nilai-nilai Islam dalam kalangan belia Muslim di negara ini.

Hadir merasmikan program itu adalah Timbalan Yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Ghazali Abbas.

Sementara itu, pada edisi kali ini, juara kejohanan milik Kipas Angin diikuti naib juara Sentuhan Kecundang manakala ketiga dimenangi BBC.

Kesemua pasukan berkenaan menerima medal, hamper dan hadiah wang tunai daripada pihak penganjur.

 

Sumber: Sinar Harian http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story8079411.asp

Nama Ibn Aizuddin: Inspirasi dari Abu Bakr R.A.

Alhamdulillah, Segala puji & kesyukuran bagi Allah SWT yg, dgn limpah & rahmatNya, mengurniakan saya cahaya mata yang kedua; anak lelaki. Hari ini merupakan hari ketujuh kelahirannya, maka menjadi sunnah untuk saya mengumumkan nama anak ini. Antara hak kepada anak yang perlu ditunaikan oleh seorang bapa, menurut Umar Al-Khattab, adalah memberikannya nama yang baik. Saya akan menamakan anak saya dengan nama yang penuh makna berdasarkan inspirasi seorang tokoh Islam dan aspirasi saya kepada anak saya ini.

Saya menamakan anak lelaki pertama saya ini bersempena seorang tokoh sahabat Rasulullah SAW yang sangat saya cintai, bahkan beliau merupakan sahabat yang paling dicintai Rasulullah SAW sendiri. Ulama’ juga mengatakan sebaik-baik manusia selepas para Anbiya’ adalah beliau. Beliau adalah Abdullah bin Uthman (Abu Quhafa’) bin Amir bin Amru bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihr al-Quraisy at-Taimi, atau lebih popular dengan nama kuniyyahnya, Abu Bakr.

Continue reading Nama Ibn Aizuddin: Inspirasi dari Abu Bakr R.A.

Hijrah Ke Arah Merealisasikan Iman

Nabi & Para Sahabat berhijrah ke arah merealisasikan iman; menzahirkan, menyatakan dan menghidupkan iman mereka di atas bumi. Ketika di Makkah, kaum Muslimin terpaksa menempuh pelbagai dugaan yang menekan jiwa; ada yang terpaksa menyembunyikan iman di tempat awam, ada yang didera secara fizikal, diugut dengan nyawa & maruah, dihalau oleh keluarga, bahkan ada yang dipaksa mengucapkan kekufuran. Terlalu banyak kekangan yang menghalang mereka menonjolkan iman mereka ke permukaan dan hidup harmoni dengan iman mereka.

Hijrah merubah segalanya. Kini mereka hidup dibawah kepimpinan & keadilan Islam;  mereka berupaya mempamerkan otot-otot Islam dan mampu meyakinkan puak-puak jauh dari perimeter Madinah untuk turut memeluk Islam. Ketika itu, alam mampu merasai nikmat tertonjolnya sebuah gerakan manusia yang mensucikan Allah dari segala perbandingan di langit dan bumi serta menyeru manusia lain agar bersama dalam nada tasbihnya. Nikmat terzahirnya sebuah keimanan bukan semata-mata memerdekakan individu, tetapi mengesani para makhluk yang disentuh arusnya.

Continue reading Hijrah Ke Arah Merealisasikan Iman

Hari Asyura: Kehancuran Firaun

King-TutHari ini 10 Muharram. Hari Asyura. Hari di mana Allah SWT menyelamatkan Bani Israel daripada Fir’aun dan menenggelamkannya bersama tenteranya dalam satu peristiwa dalam Exodus Bani Israel. Melihatkan kezaliman dan kekejaman Fir’aun, akhirnya riwayat dan empayarnya ditamatkan dengan begitu hina sekali.

Proses menuju azab kehancuran dahsyat Firaun ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mempunyai build-up, hype-up ke arah kemuncak kehancuran totalnya melalui Kehebatan Allah SWT yang mampu melakukan apa saja.

Sebelum itu, kita imbas kisah Musa-Firaun sebagaimana diringkaskan dalam Surah An-Naziat.

اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَى أَن تَزَكَّى * وَأَهْدِيَكَ إِلَى رَبِّكَ فَتَخْشَى * فَأَرَاهُ الْآيَةَ الْكُبْرَى * فَكَذَّبَ وَعَصَى * ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَى * فَحَشَرَ فَنَادَى * فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى * فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَى * إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِّمَن يَخْشَى

Continue reading Hari Asyura: Kehancuran Firaun

Legends of Telaga Tujuh (Petunjuk-Petunjuk di Telaga Tujuh)

Langkawi

Saya berkesempatan ke Langkawi awal Disember lalu sempena satu program SPE peringkat Asia Pacific. Saya mewakili syarikat kerja saya. Saya mengambil peluang untuk membawa adik beradik saya cuti sekali, since isteri saya juga outstation ke Labuan. Dalam kesibukan jadual program, ada satu hari di mana petangnya sengaja dikosongkan untuk membenarkan para peserta menikmati keindahan Langkawi, disamping network building. Ada yang keluar bermain golf, ada yang mengikuti tour pulau, ada yang keluar bersama keluarga yang dibawa bersama dan ada yang duduk di bilik sebab byk kerja yang perlu diurus.

Saya mengambil kesempatan tersebut untuk bersama adik-adik saya untuk explore satu tempat yang agak menarik dan kami sudah lama curious mengenai tempat itu, kerana jarang diperkatakan. Iaitu Telaga Tujuh.

Continue reading Legends of Telaga Tujuh (Petunjuk-Petunjuk di Telaga Tujuh)

4th Anniversary

Happy 4th Anniversary Abu & Ummu Khaulah.. 🙂

Iza marra yaumun walam atazakkar
Bihi an aqul sobahuki bisukkar
Fala tazhali min sukuti wasomti
Wala tahsabi anna shai’an taghayyar
Fahina ana la aqul uhibbu
Famaknahu anni uhibbuki aksar

When a day passed by while I didn’t remember
By it, to wish you a morning of sugar (sweetness)
Thus, don’t be confounded by my hush and silence
And don’t think that anything have changed
For at time when I don’t utter love
It pertains that, truly, I love you so much more

Salamatus-Sadr: Serendah Ukhuwwah, Setinggi Syurga

Disebutkan dalam sebuah riwayat bahawa Nabi SAW pernah duduk di dalam masjid di tengah-tengah para sahabat, lalu beliau bersabda kepada mereka, “Sekarang akan masuk ke tengah-tengah kalian salah seorang calon penghuni syurga.”

Lalu muncullah seorang lelaki yang bekas air wudu’nya masih menetes dari janggutnya, lalu ia mengerjakan solat dua rakaat dan duduk. Ketika datang hari kedua, Nabi mengatakan hal yang sama, lalu lelaki itu muncul seperti hari semalam. Dan demikian pula pada hari ketiga.

Abdullah Ibn ‘Amru pun mengikuti orang ini dan menginap di rumahnya untuk mengetahui puasa dan solat malamnya. Namun ternyata Ibn Amru tidak mendapatinya melakukan hal itu. Ia pun menanyakan perihal tersebut kepadanya. Lalu orang itu menjawab, “Sesungguhnya setiap aku tidur di malam hari, maka dalam hatiku tidak pernah menyimpan rasa khianat dan dengki kepada seorang pun di antara kaum Muslimin.” Ibnu ‘Amru berkomentar, “Inilah yang membawamu sampai ke darjat seperti itu, sementara kami tidak mampu meraihnya.”

Continue reading Salamatus-Sadr: Serendah Ukhuwwah, Setinggi Syurga