Legends of Telaga Tujuh (Petunjuk-Petunjuk di Telaga Tujuh)

Langkawi

Saya berkesempatan ke Langkawi awal Disember lalu sempena satu program SPE peringkat Asia Pacific. Saya mewakili syarikat kerja saya. Saya mengambil peluang untuk membawa adik beradik saya cuti sekali, since isteri saya juga outstation ke Labuan. Dalam kesibukan jadual program, ada satu hari di mana petangnya sengaja dikosongkan untuk membenarkan para peserta menikmati keindahan Langkawi, disamping network building. Ada yang keluar bermain golf, ada yang mengikuti tour pulau, ada yang keluar bersama keluarga yang dibawa bersama dan ada yang duduk di bilik sebab byk kerja yang perlu diurus.

Saya mengambil kesempatan tersebut untuk bersama adik-adik saya untuk explore satu tempat yang agak menarik dan kami sudah lama curious mengenai tempat itu, kerana jarang diperkatakan. Iaitu Telaga Tujuh. Kebiasaannya, orang yang ke Telaga Tujuh akan bercerita mengenai air terjun serta 7 kolamnya, jarang orang berbicara mengenai hiking trailnya. Yer, Telaga Tujuh ada trail di hutan lipurnya menaiki bukit lebih 1km tinggi pendakiannya. Saya rasa pelancong pun kurang berminat untuk naik dan ramai pemandu teksi pelancong juga tak tau ada apa di atas sana. Mungkin budak2 MRSM Langkawi biasa kot naik bukit tu. Anyway, atas curiosity ini, kami sekeluarga well prepared untuk menyahut & mengharungi cabaran ini into the unknown.

Geopark Info Center

Sebelum itu, saya membawa adik beradik saya melawat Geopark Info Center, berhampiran stesen cable car. Saya memang mengambil kesempatan habis2an untuk mengambil gambar hampir kesemua batu yg dipamerkan. Geology di Langkawi adalah yang tertua di Malaysia, ia mengandungi batu2 dari zaman Palaezoic ke atas. Outcrop/pendedahannya jelas, batu2nya selari dengan teori sedimentation & deposition yang dikemukakan. Kewujudan batu2 dari igneous ke sedimentary, bahkan metamorphic di permukaan amat menakjubkan. Untuk maklumat lanjut boleh refer repot ni. Kami menghayati geologi pulau dan formation2 di Langkawi ini dan hasilnya, kami lebih appreciate perjalanan sepanjang pendakian kami. Maaf la, saya sbg PE mmg x leh pisah dgn Geology. Kalau berjaulah atau musafir dgn isteri pun saya mesti cerita2 pasal batu2 atau bukit tepi jalan atau teori pembentukan/deposition kawasan2 yg kami lalui; mungkin bosan pada sesetengah org…

Anyway, kami menaiki bukit telaga tujuh lebih kurang jam 530pm. Nak naik tangga ke puncak air terjun pun dah tercungap2, dan banyak berhenti, minum2, dan mengambil masa. Belum masuk trail lagi.. Aduh.. agaknya sebab tu pelancong jarang naik bukit ni..

Dah lewat petang. Kami cadang untuk naik juga.. bila lagi nak dapat peluang ni. Paling lewat pun, turun Maghrib. Ok la tu.. Kami meneruskan perjalanan. Perjalanannya x ubah seperti jungle trekking atau hiking di hutan2 tropika lain di Malaysia, seperti menaiki Gunung Nuang, Angsi, Dato’ atau Ledang. Cuma treknya pendek sahaja, sekitar 1 km. Sepanjang perjalanan, kami menghayati keindahan flora & geologi di sekitar. Bukit yang kami naik ini adalah antara bukit/gunung dalam Machinchang Formation (after Gn Mat Chinchang), formation tertua di Malaysia. Saya bercerita mengenai teori2 deposition di Langkawi; paras laut yang asalnya tinggi, glacier yang membawa batu2 besar non-native yang dideposit apabila glacier cair sebagaimana kami temui, dsb. Sgt menarik. Perjalanan agak tough. Namun kadang-kala ada tangga yang sudah tersedia, terutama di peringkat awal. Signboard juga banyak diperigkat awal, dihujung2 dah kurang sket, menyebabkan kami risau bila lah nak sampai.. Jalan juga sudah kurang jelas sbb hutan yg tebal. Kami (actually saya) dah cadang untuk patah balik sbb x sure berapa jauh lagi & x sure jalan. Tapi kami teruskan perjalanan juga. Lebih jauh pergi lebih mencabar jadinya. Batang2 pokok tumbang, channel2 yg penuh dengan batu2 besar yang perlu direntas.. Ada pula tempat yg kena panjat pakai tali di lereng bukit. Seriously bahaya; Tapi sebab kami yakin dah nak sampai & bersemangat untuk sampai ke puncak, kami harung juga. Alhamdulillah, kami tiba di puncak bukit selepas 45 minit berjalan dari atas puncak kolam air terjun telaga tujuh. Kalau termasuk masa nak naik bukit air terjun tu makes it dalam 1 jam ++.

Di Puncak Telaga Tujuh

Kami spend dalam 15 minit di puncak, bergambar, minum dan turun semula melalui jalan yang sama yang kami yakini. Ada satu lagi jalan, tapi ada signboard yang memberi amaran supaya x melalui jalan ini kecuali jika bersama tourguide bertauliah. Ok, anyway, kami syak jalan tu akan keluar ke tempat lain atau naik bukit lain pula. Maka, kami turun mengikut jalan yang kami mula naik. It took another 30 mins ++ untuk smp ke bawah. Kami turun ke air terjun Telaga Tujuh yang paling bawah dan menunaikan Solat Maghrib+Isya’ di atas batu2 besar. Rasa tenang & indah bersolat ditemani bunyi2 hutan & air terjun.. aahhh.. kenyamanannya masih terasa.

Solat di tepi air terjun

Alhamdulillah.. Dalam pendakian Telaga Tujuh kali ini, beberapa perkara yang kami pelajari saya simpulkan di sini.

Gunung Mat Chinchang

1)    Mengenali latarbelakang akan menguatkan appreciation, keterikatan dan kesetiaan. Tak kira tempat, mungkin juga orang. Apabila mengenali geologi Langkawi, terutama Machinchang, kami sangat2 appreciative dan sensitive terhadap persekitaran termasuk batu2, tanah, pasir yang kami temu mahupun pijak. Seriously. Tidaklah menjadi kering perjalanan tersebut atau sekadar ber-exercise atau menghirup udara segar. Geologi di Langkawi adalah antara yang ter-distinctive di Malaysia dan menyebabkan pendakian ini terasa sangat bermakna. Saya percaya semua tempat ada keunikan masing2. Pelajarilah, walaupun x detail. InsyaAllah, kita akan lebih menghargai tempat tersebut.

Begitu juga manusia. Setiap orang ada kisah perjalanan hidupnya serta latarbelakangnya tersendiri. Dari luar, mungkin anda nampak dia sama seperti orang lain. Tapi, sekiranya anda mendalami hidupnya, anda mungkin akan dapati dia jauh lebih unik & istimewa dari yang disangka dan anda pasti x akan melayannya seperti just another friend or so. Perpisahan dengannya akan melahirkan kerinduan; dan rindu itu pula pengikat kasih.

2)    Sahutlah cabaran! Sekiranya mengalah awal2, anda xkan rasa nikmat besar dihujungnya. Anda tidak akan tahu apa yang anda missed out. Dan sekiranya anda sebenarnya mampu dan berpeluang tapi anda sendiri menggagalkan peluang anda, maka bertambahlah kerugian anda.

Setakat yg saya tanya, kenalan2 saya yg pernah ke Langkawi, belum pernah naik bukit Telaga Tujuh tu. (Ok, lepas ni mungkin ada yg akan tampil). Mungkin kerana bila ke Langkawi, x terfikir nak panjat bukit, atau x bawa kasut (Actually, ada Ikhwah yang saya kenal yang ikut naik gunung Dato’ pakai selipar jer + waktu tu dia tgh cedera lutut), etc. Takper la.. Tapi rugi la x dapat rasa nikmat bersungguh, bersabar, susah payah memanjat dan tiba di puncak bukit di Langkawi.

3)    Kadang2 infrastruktur bantuan tersedia, tapi tidak sepanjang masa.. Ada kalanya, dalam suatu perjalanan hidup kita akan mendapat support2 yang memudahkan perjalanan, terutama diperingkat awal, di mana ia lebih mudah dibantu. Tapi as kita menempuh perjalanan tersebut, jangan expect support itu untuk berterusan selamanya; dan perjalanan akan mungkin bertambah sukar. Bersedialah menghadapinya.

Juga, semampunya, bantulah orang2 yang bakal mengikuti jejak yang sama. Sediakanlah “tangga” sebolehnya untuk mereka. Kalau x dapat nak tolong semua, sediakanlah bantuan dalam keadaan2 yang kritikal, sebagaimana tali disediakan dilereng bukit cerun untuk berpaut.

Tangga yang tersedia

Tali di saat genting

Pada saya, apabila kita menempuh jalan dalam keadaan nature-nya, itu lebih menyeronokkan. Yang penting ada panduan arah dan jalan yang jelas; bantuan ini paling penting, Anyway, bantuan2 teknikal seperti tangga & tali (metaphoric) tetap bermanfaat terutama di tempat2 bahaya yang pernah dilalui orang sebelum ini dan ia mahu memudahkan orang2 berikutnya; Sangat bermanfaat.

4)    Sudah berjalan jauh, xkan nak patah balik? Jangan mudah berputus asa. Perlu harungi semua untuk sampai ke puncak.

Lagi jauh perjalanan, lumrahnya lagi banyak cabaran akan dihadapi, lagi penat badan, lagi kurang bantuan, lebih independent kita perlu jadi. Berpatah balik memang mudah dan melegakan; tapi ia hampir mensia-siakan segala usaha yang dicurahkan sebelum ini. You never know.. you might have been so close to your dreams.

Sewaktu dalam perjalanan tersebut, lebih kurang 200m sebelum sampai ke puncak,kami terjumpa tanda merah “no entry” pada sebatang pokok. Ertinya kami tidak patut teruskan beyond tempat tersebut. Adakah ini penghujung jalan? Dalam keadaan hutan semakin tebal, hari semakin gelap. jalan semakin uncertain, ada pulak tanda no entry, kami hampir x jadi nak teruskan perjalanan dengan kemungkinan inilah penghujung jalan pendakian, selebihnya bahaya atau belum diterokai. Namun, selepas toleh-menoleh sekeliling, kami menemui jalan sebenar yang patut diteruskan. Yahh, kami terus berjalan juga. We’ve come so far, don’t throw it all away..

Signboard

5)    Cari & ikuti petunjuk. Kenalpasti petunjuk & jalan yang betul. Perjalanan hidup ada tanda2nya, benchmarknya, signboardnya. Ikutilah ia. Kenalpastilah ia. Bacalah dengan betul. Kadang2 ada signboard yang palsu yang dipusing2kan oleh orang yang tak mengerti. Kadang2 ada signboard yang mungkin disalah baca. Pastikan anda mengikuti signboard dan jalan yang betul agar anda tidak rugi dan menyesal. Apabila anda ketemu petunjuk tersebut, patuhilah arahan & tatacaranya, eg. Signboard amaran di puncak bukit. Sekiranya anda venture beyond arahan tersebut, anda juga tidak pasti di mana akan berakhir perjalanan anda, sedangkan jalan yang betul telah ditunjukkan, hanya tinggal bersabar dan melaluinya sahaja.

Allahu’a’lam. Begitulah perjalanan kami mendaki bukit di Telaga Tujuh. Kepuasan yang kami perolehi amat bermakna dan unik. Kami bersama2 melaungkan Takbir ketika tiba dipuncak, menggegarkan gunung2 di sekitarnya. Saya berharap alam bertakbir bersama kami. Semoga pengajaran yang dikongsi dapat menjadi iktibar bersama dalam kehidupan.

Sekian karangan saya mengenai “Petunjuk2 di Telaga Tujuh”. Kalau saya hantar karangan ni kepada cikgu sekolah, tak taulah saya akan dapat score apa..

Lagenda bergenerasi,
Laut direntas, gunung didaki,
Kisah dibongkar, menggali pengajaran
Sahut cabaran, penuh harapan
Kiranya lagenda bersinggah ke bumi ini
Lalu dikenang berzaman pergi
Maka langkah-langkah ini akan kujejak
Kerna lagenda pasti meninggalkan tapak

Geology class

What geologists do

A real geologist

Magnificent!

Start here!
Start here!

Sungai

Filling the channel

Di Puncak Telaga Tujuh

Tangan adik bergetar keletihan masa amik gambar ni

Flora di kala malam

Advertisement

6 thoughts on “Legends of Telaga Tujuh (Petunjuk-Petunjuk di Telaga Tujuh)

  1. Assalamualaikum,saya sgt trtarik dngan cerita dan pengalaman awk spnjang mndaki ke puncak telaga tujuh..mungkin agak trlwat utk saya utk brtnya pelbagai soalan krna prkara ini sudah brlaku hampir 4 thun yg lpas…ad perkara yg ingin saya kongsikan disini. Saya prnah tinggal di langkawi selama beberapa bulan. Sepnjg brada di sna,hnya bberapa kali shj sy slalu snggah di telaga tujuh utk beriadah. Tidak pernah trlintas di fikiran utk mndaki ke telaga tujuh,sehinggalah bru2 ini. Itupun slepas sy mndngar cerita drpd org tmptan di pulau itu. Sy brhasrat utk prgi ke pncak telaga tujuh brsma bbrpa rkan dan ayh angkat sy. Tetapi hasrat sy x ksampaian.. kmi hnya mndaki ke kwsan puncak air terjun atau puncak kedua. Dan semestinya sy berasa kecewa. Drpda cerita ayh angkt sy dan kwnnya, trdpt sebuah kolam atau punca air terjun yg mngkin seluas tasik atau empangan. Punca mata air trsbut dipanggil “telaga biru”. Tmpat trsebut dikatakn mistik dan disitulah juga ada dicerita tentang mitos tujuh puteri bermandi manda. Wallahu’alam.. inilah cerita yg diceritakan oleh ayh angkt sy. Pndakian utk kesna jga merbhya. Sy ingin brtnya,adakah awak temui telaga yg sy ktakan itu? Sy sbnarnya sgt tringin utk mndaki ke punca2 air terjun. Cuma belum berkesempatan shj. Minta maaf andai sy mninggalkn komen yg trlalu pnjg ini.hehehe3 sy brhrap awk sudi mmblas komen sy ini. Terima kasih.

  2. Assalamualaikum. .tertarik nk share pengalaman saya..mac lepas sy ke langkawi ziarah sahabat di sana..dia yang bawa sy dan sorg lagi kawan perempuan untuk mendaki gunung /puncak telaga tujuh..sahabat saya tu memang dah biasa mendaki sehingga ke puncak..bukan setakat di signboard puncak telaga tujuh tu..tp atas lagi..pendakian memang agak mencabar. Pendakian kami ambil masa lebih kurang 5jam..tapi memang berbaloi bila da sampai puncak..dari atas puncak boleh nampak kabel car di puncak gunung bersebelahan..dan boleh nampak perkampungan di langkawi..jeti..subhanallah..sangat indah..tapi kawasan lapang di puncak agak terhad dan signboard pun dah rosak.jadi tak pasti berapa ketinggian puncak..harap nanti saya dapat jejak kaki ke puncak gunung tu sekali lagi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s