Puisi ini saya tujukan buat Saudara Nu’man & Shahril yg kemalangan pd awal Ramadhan. Saya menziarahi mereka pada 14 Ogos di Hospital Kajang bersama sahabat2 lain. Semoga mereka berdua tabah dan cepat sembuh.
————————-
Sahabat,
Lukamu di badan, sebakku di hati
Tika kau terlantar, di luar ramai menanti
Ingin melihat raut senyummu sekali lagi
Sebagai pelita kerunsingan hati
Di kala musibah melanda
Kematian adalah putus asa
Kehidupan adalah semangat waja
Sabar rahsia mengharunginya
Setiap kisah adalah pengalaman
Untuk menyinarkan lagi pedoman
Kerna kata-kata mati dari pengertian
Kiranya darah kita tidak dialirkan
Sahabat,
Kugenggam tanganmu erat
Ibarat kekasih menyalur azimat
Moga dikau kan terus kuat
Dan di jalan dakwah kau tsabat
——-
Juga diterbitkan di: http://ismadhl.wordpress.com/2010/08/20/puisi-buat-sahabat/