Phuket: Hidayah Hidup Dicelah-celah

_DSC1574Phuket merupakan pulau percutian yg terkenal, yg sering dikunjungi pelancong dr serata dunia. Pantainya teramat cantik, paling cantik retina saya pernah jenguk sendiri. Byk benda menarik boleh dibuat. Menaiki ferry cruise, kita akan di bawa ke pulau2 lain di sekeliling Phuket, seperti Phi Phi Island, dan dibawa snorkeling bersama ikan di teluk2 kecil2 spt Maya Bay atau Monkey Bay, etc.

Saya amat tertarik dgn geology pembentukan pulau2 tersebut yg pd pengamatan saya nmpk sbg carbonate reef. Kelihatan juga garisan2 erosion dari tide levels yg berbeza. Nampak jelas karstification, caverns & fractures di outcrop tebing2 pulau. Saya rasa pembentukan pulau yg terpisah2 itu sendiri adalah kesan faulting event. Anyway, Subhanallah.. majestic view..

Continue reading Phuket: Hidayah Hidup Dicelah-celah

Kembara Masjid Saigon: Dong Du

IMG-20110723-00267

Masjid Musulman terletak di jalan Dong Du (say: Dong Yu). Ia dibina sekitar 1930an oleh Jemaah dari India. Disebabkan lokasinya di tengah2 bandaraya, ia merupakan masjid kunjungan utama orang Islam terutama pelancong yg dtg ke HCM. Lokasinya juga strategik di mana terdapat banyak hotel di sekitarnya dari hotel 5 bintang hingga kurang bintang. Di sekelilingnya pula telah beroperasi paling kurang 7 restoran halal. Jadi, tak salah saya katakan masjid ni atau kawasan ini merupakan satu tempat “mesti ziarah/must visit” di HCM bagi Musafir Muslim.

Continue reading Kembara Masjid Saigon: Dong Du

The Malay third force defend the sanctity of Islam

Sumber: http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=theMessenger&y=2012&dt=0220&pub=theMessenger&sec=Bisik-bisik&pg=bb_02.htm

 

The third force is a term coined for a movement which is free from political parties in fighting for the social agenda including on political matter. Political analysts are of the view that the third force is the voice of arbiter and struggle to resolve real issues on the ground which is often sidelined or politicized by mainstream politics.

The third force among the Malay Muslims movement, voices out the concern of the shortcoming and incapacity of the government and even the opposition on issues affecting the position of the Malays and Islam in the country.

Continue reading The Malay third force defend the sanctity of Islam

Pantun Buat Pengantin (Salman & Nahdia)

Menghadiri walimatulurus Salman & Nahdia di Bintulu

Merpati putih terbang sepasang
Hinggap bersinggah di kerat dahan
Ini pesan kupetik bintang
Amanah Tuhan bukan mainan

Bunga teratai terapung tenang
Riaknya kecil, kembangnya mekar
Jangan bahagia disangka senang
RahmatNya buat mereka yg sabar

Mencari ikan di tengah sungai
Ke lubuk patin camar dituruti
Menagih kasih benih disemai
Lubuk hati harus diselami

Hujung malam detik sendirian
Merayu Dia berdamping di sisi
Berputik cinta dengan keikhlasan
Agar yg disayang selamanya di hati

Bayu samudra mengirim khabaran
Dari seberang laut china selatan
Serangkap doa agar berkekalan
Buat mempelai, Nahdia dan Salman

Hatiku Terpukau

ChichiAndGokuOnTheNimbusTranslating lagu “Dan Dan Kokoro Hitareteku”

Perlahan-lahan hatiku terpukau padamu
Dengan senyumanmu menyinar dan menawan
Ayuh kita terbang jauh dari kegelapan berpanjangan ini, Hold my hand

Kali pertama kau muncul dalam hidupku
Kau bawa ku ke kenangan zaman kecilku, yang dekat di hati
Sudikah kau menari bersamaku
Di jalan yang silih berganti cahaya dan malap.. aku harap tiada gambaran orang lain antara kita
Ada ketika aku ingin berpatah ke belakang
Tapi berpegang pada cinta, keberanian dan maruah, aku akan terus berjuang

Continue reading Hatiku Terpukau

Kiranya bintangku tidak lagi bersinar – Dialog Asma’ dan anaknya Abdullah Ibnu Zubair

Ekoran Hajjaj ibnu Yusuf memburu Abdullah ibnu Zubair (zaman Khalifah Abdul Malik Marwan), Abdullah menemui ibunya Asma’ binti Abu Bakar bagi mendapatkan nasihat dari ibunya yang bijaksana. Berikut petikan dari buku “An-Nisa’ Haula Ar-Rasul” tentang pertemuan terakhir mereka yang menyayat hati:

Penulis buku, Musthafa Luthfi Al-Manfaluthi mencatat dialog yang terjadi antara Asma’ dengan Abdullah, dalam sebuah qasidah yang dianggap sebuah karya seni yang indah.

Continue reading Kiranya bintangku tidak lagi bersinar – Dialog Asma’ dan anaknya Abdullah Ibnu Zubair

Pencetus model baru budaya politik tempatan

Oleh AIZUDDIN KHALID
PENULIS ialah Naib Presiden 1, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

DALAM keghairahan mahasiswa menuntut kebebasan berpolitik dan menyertai parti politik, saya amat berharap golongan mahasiswa yang masih muda dan masih jernih pemikirannya dapat mencetuskan satu perubahan dalam budaya berpolitik.

Saya amat bimbang sekiranya dalam keterbukaan berpolitik, mahasiswa terlalu terikut-ikut akan budaya semasa sehingga mewarisi perkara-perkara negatif yang banyak mencemari senario politik tempatan.

Namun, dengan anjakan paradigma dan persiapan minda yang baik, saya yakin mahasiswa mampu memulakan satu model baru dalam budaya politik tempatan, bermula di kampus.

Continue reading Pencetus model baru budaya politik tempatan