April 2015 – Sebahagian daripada kerja kejuruteraan subsurface & geologi adalah mengkaji pembentukan muka bumi, sistem pemendapan sedimen, peristiwa tektonik, dan mengkaji singkapan batu.
Saya bersama rakan-rakan sepasukan berkesempatan mengembara selama 6 hari ke utara Vietnam sehingga ke sempadan China untuk mengkaji formasi-formasi batu pergunungan dan pemendapan di sana. Kami mengembara merentas 2 provinsi: Ha Giang & Cao Bang, untuk mengkaji bumi Allah demi menyingkap secebis dari rahsia-rahsianya buat manfaat sejagat. Kawasan melintas 2 provinsi ini diiktiraf sebagai taman geologi negara & kesemulajadiannya dipelihara dengan baik & juga menjadi tarikan buat pencinta keindahan alam.

Saya tak pasti sama ada sudah pernah ada orang Malaysia menjejaki pergunungan ini. Namun, dalam catatan ini, saya akan bercerita dari sudut pengembaraan, dan tempat-tempat menarik untuk dilawati biarpun bukan dari ahli kaji bumi. Mungkin akan ada lagi orang Malaysia yang tertarik untuk datang menikmati keunikan utara Vietnam ini.



24 Nov 2013 – Our family took part in the annual Terry Fox run in Ho Chi Minh City. The yearly charity event is meant to collect funds for cancer research, spreading awareness of the cause, and promoting a healthy lifestyle. There were literally thousands of people who participated in the campaign. People came from all of sorts, from adults, the old, the young, corporate representatives, school children, & families. The event was non-competitive, so many people jogged or simply walked or even went half way. Some even stopped by at the many mini-marts along the way to buy a drink, ice-cream or some snacks.

Sempena Ramadhan tahun ini, kami komuniti Malaysia di Ho Chi Minh City mengadakan lawatan amal ke perkampungan Cham di Xa Phu Rieng. Perjalanan ke sana dari HCMC mengambil masa dalam sejam. Sesudah menyimpang dari jalan utama, kami terpaksa mengharungi jalan yang berdebu melalui ladang2 dan tanah kebun sebelum sampai ke kampung Cham.
