Jejak Hidayah Phu Rieng

20130706_130419Sempena Ramadhan tahun ini, kami komuniti Malaysia di Ho Chi Minh City mengadakan lawatan amal ke perkampungan Cham di Xa Phu Rieng. Perjalanan ke sana dari HCMC mengambil masa dalam sejam. Sesudah menyimpang dari jalan utama, kami terpaksa mengharungi jalan yang berdebu melalui ladang2 dan tanah kebun sebelum sampai ke kampung Cham.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami menghulurkan bantuan asas untuk menghadapi bulan Ramadhan seperti beras & kurma, juga bantuan kewangan.

Tentu saja pilu hati menyaksikan nasib kaum Islam yang terpinggir dari kemudahan dan kemajuan zaman. Namun, kita hanya mampu membantu semampunya. Kalau ada peluang, sesuatu yang saya ingin berikan kepada anak2 Cham bukanlah semata-mata gula-gula, tetapi ilmu.

Continue reading Jejak Hidayah Phu Rieng

Advertisements

Dalat: Hidden Wonders In The Highlands

_DSC4885April 2013 – We’re all hyped up for this next adventure. This time, we’re heading for Dalat. A city located on the central highlands of Vietnam, but in the southern area. It’s elevation is about 1.5 km above sea level. The city has a temperate weather, and is well known for it’s flowers, pine trees and french dominated architecture.

Driving up will take approximately 8 hours. Alternatively, you could fly up to Dalat with most local flights. We drove up to Dalat for the adventure of it and to enjoyed the countryside scenery. But we had to allocate 2 traveling days just for this.

Continue reading Dalat: Hidden Wonders In The Highlands

Phan Thiet – Mui Ne

January 2013 – Kembara kali ini ke Phan Thiet & Mui Ne, pesisiran pantai Vietnam dengan perjalanan 5-6 jam dari Ho Chi Minh City. Ianya satu tempat makan angin, jauh dari kesibukan kota dan mempunyai daya tarik tersendiri. Kami menyewa apartment dengan private pool di Pegasus Resort, di teluk Ke Ga, yang terletak dalam 30 km dari Bandar Phan Thiet.

_DSC2662Tempat berkunjung pertama kami adalah Masjid di Xuan Loc di Dong Nai, yang merupakan masjid terbesar di Vietnam. Kami sempat solat dan bermesra dengan beberapa penduduk tempatan yang sudi melayani kami sambil kami makan tengahhari. Masjid ini dibangunkan dengan biaya dari tokoh2 & masyarakat Saudi yang prihatin terhadap nasib masyarakat Islam Cham di Vietnam.

Continue reading Phan Thiet – Mui Ne

Lawatan Amal ke Binh Son

20120715_101657Hujung minggu yang lalu, warga pejabat saya mengadakan lawatan amal ke perkampungan Muslim Cham Vietnam di Binh Son, separuh perjalanan dari HCMC ke Vung Tau (1.5 jam). Berikut beberapa butiran lawatan kami:

– Terdapat 100 buah keluarga Melayu Cham sekitar masjid Al-Islah di Binh Son.
– Masjid dibangunkan semula atas sumbangan org Arab Kuwait (Sheikh Abdullah Al Noury Charity Organization)
– Org sini rata2 kerja estet getah, konti/pejabat atau buruh batu utk sara hidup.
– Utk sumbangan Ramadhan ini, kami berjaya mengutip USD20,000 i.e. ~RM62,000 & kami agihkan kepada Masjid lain skali. Tahun lalu, kami hanya berjaya kutip USD4,000 sahaja. Ini peningkatan mendadak.
– Di kampung ni, kami sumbangkan lebih kurang 20 kampit beras & makanan, serta keperluan asas kepada penduduk kampung, selain sumbangan kewangan.

Continue reading Lawatan Amal ke Binh Son

Kembara Masjid Saigon: Dong Du

IMG-20110723-00267

Masjid Musulman terletak di jalan Dong Du (say: Dong Yu). Ia dibina sekitar 1930an oleh Jemaah dari India. Disebabkan lokasinya di tengah2 bandaraya, ia merupakan masjid kunjungan utama orang Islam terutama pelancong yg dtg ke HCM. Lokasinya juga strategik di mana terdapat banyak hotel di sekitarnya dari hotel 5 bintang hingga kurang bintang. Di sekelilingnya pula telah beroperasi paling kurang 7 restoran halal. Jadi, tak salah saya katakan masjid ni atau kawasan ini merupakan satu tempat “mesti ziarah/must visit” di HCM bagi Musafir Muslim.

Continue reading Kembara Masjid Saigon: Dong Du

Travelog Tarbawi: Iktibar Semangat Kemboja dan Vietnam

Gambar di Phnom PenhKesempatan menjengah bumi Kemboja dan Vietnam merupakan satu rahmat terindah daripada Allah buat kami sekeluarga. Pengalaman menyelusuri negara orang semangnya menjanjikan 1001 kenangan dan pengajaran yang pastinya tidak dapat dilupakan. Disamping mengagumi ciptaan Allah yang penuh dengan kepelbagaian, nikmat ukhuwah juga jelas terasa apabila berpeluang bertemu dengan sahabat-sahabat seagama. Manisnya cukup terasa pada ikatan aqidah yang terjalin walaupun perbezaan suasana dan budaya kehidupan jelas ketara.

Continue reading Travelog Tarbawi: Iktibar Semangat Kemboja dan Vietnam