
KUALA LUMPUR, 19 OGOS 2011 – Satu delegasi PEMBINA telah mengadakan kunjungan rasmi ke Jabatan Pengarang Utusan Melayu. Rombongan telah diketuai Naib Presiden I, Aizuddin Khalid selaku Ketua Penerangan PEMBINA. Tujuan lawatan adalah bagi memperkenalkan PEMBINA dan menjalin hubungan sihat dengan akhbar bahasa Melayu tertua di Malaysia itu.
Kunjungan PEMBINA telah disambut oleh Zulkifli Hamzah, pengarang kanan serta Zulkiflee Bakar, pengarang bahagian politik.
Dalam kunjungan itu, rombongan PEMBINA telah mengulas mengenai sifat-sifat belia yang mencari saluran ekspresi dan mengharap potensi mereka dihargai. Belia generasi kini juga amat melihat dan mengejar manfaat yang diperoleh untuk dirinya, bukanlah semata-mata ingin memberontak tanpa sebab.

IPOH, 12 Jun 2011 – Naib Presiden I PEMBINA, Aizuddin Khalid, memberi galakan dan sokongan penuh terhadap sebarang aktiviti keusahawanan untuk diceburi oleh golongan belia. Menurut beliau, terdapat banyak elemen baik di dalam bidang keusahawanan yang mampu menzahirkan keperibadian belia yang sejati. Beliau membuat penegasan sedemikian dalam ucapannya dalam majlis pembukaan Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan anjuran PEMBINA Perak.

Mar 2011 – We took a short relaxing holiday to Cameron Highlands, Pahang. Taking the typical highway exit off Tapah, we also took the chance to stop by Lata Iskandar to enjoy the atmosphere by the waterfall.