Aku Bebas Kini

lufti

oleh: Lufti Abbas Bidin

Biar satu biar sejuta,
Titis titis hujan
Tetap ditentukan-Nya,
Di mana membasah tanaman,
Bumi seluas pandangan,
Santapan mata insan,
Kicauan burung beterbangan,
Bertasbih memuji Tuhan,

Wahai rakan!
Semua ini untukmu!
Lepaskan cengkaman,
Dari lehermu,
Wahai taulan!
Bukalah mindamu,
Berpaling kau jangan,
Dari Tuhanmu,
Wahai kawan!
Wahai sahabatku,
Berjalanlah seiringan,
Bersama alam mu!

Antaramu dan hidayah,
Hanya ada jahiliyyah,
Sebagai suatu noktah,
Titik pemisah,
Antaramu dan rab mu,
Hanya jahiliyyah,
Membikin hati ragu,
Untuk menyerah,

Sedarlah rakan!
Dalam dirimu,
Jahiliyyah menahan,
Mengesakan Yang Satu,
Sedarlah taulan!
Sebelum terlewat,
Dalam kelamaan,
Hati kan berkarat,
Sedarlah kawan!
Sedarlah sahabatku,
Segeralah tinggalkan,
Hidangan musuhmu.

Selama ini kau berkorban,
Untuk jahiliyyahmu,
Tak peduli asalkan,
Terlampias nafsu,
Jahiliyyah kau sematkan,
Dalam dadamu,
Merasa keremajaan,
Sekali dan kan berlalu,

Duhai rakan!
Jangan tertipu!
Musnahkan kekangan,
Usia dan waktu,
Duhai taulan!
Ingatlah janji Tuhan,
Akan taman-taman,
Di syurga kenikmatan,
Duhai kawan!
Duhai sahabatku,
Pilihlah jalan,
Jalan rasul mu!

Kuatkanlah azam,
Dalam diri rakan taulan,
Keluarlah dari kelam,
Segeralah katakan:
Jahiliyyah durjana!
Nyah dari hidupku!
Jahiliyyah menggila!
Kau dah tak ku perlu!
Jahiliyyah menggoda!
Aku benci padamu!

Bulatkanlah tekad,
Hati hati kawan,
Hati hati sahabat,
Agar dapat kau katakan:
Aku bebas kini,
Bak burung terbang tinggi,
Tanpa jahiliyyah menghiasi,
Tanpa jahiliyyah mengotori,
Aku hidup di jalan Ilahi,
Untuk mengecap syurga firdausi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s