Syajaah & Tahamul – 2 Ciri Penting Pemimpin

Asy-Syaja’ah (Berani) dan At-Tahamul (Mampu menanggung / Tahan lasak) merupakan dua ciri penting yang mesti ada pada pemimpin. Ia merupakan sifat utama yang menentukan sama ada seseorang itu mampu memandu sesuatu organisasi dengan baik dan tampilkannya kepada arus perdana.

Pemimpin mesti berani apabila berhadapan dengan orang luar mahupun organisasinya sendiri. Pemimpin mesti berani melontarkan pendirian kepada masyarakat yang mencari penyelesaian, berani bersemuka dengan seteru yang sentiasa membangkangnya dan berani menjawab persoalan oleh orang yang provokatif mahupun pencari kebenaran. Di dalam organisasi, seorang pemimpin mesti berani menyeru dan memimpin perubahan ke arah hasil-hasil luar biasa. Dia juga mesti berani mengambil tindakan hebat yang hasilnya menjangkau legasinya. Seorang pemimpin juga mesti berani membuat keputusan untuk hari esok tanpa dibelenggu ikatan nostalgia hari semalam. Dia juga mesti berani dan sanggup menerima kritikan, baik dari pihak luar mahupun dalaman, lalu berani menyahut, menjawab atau mengakui kesilapan dirinya.

Selain itu, pemimpin mesti mampu menanggung beban-beban kepimpinan yang mesti dihadapi; bukan semata-mata sanggup, kerana sanggup itu sekadar kalimah tekad, tapi mesti mampu kerana mampu itu kebolehan jiwa dan jalan kepada kesudahan yang baik. Umar Al-Khattab dengan penuh keyakinan berkata dalam ucapan perlantikannya sebagai Khalifah: “Segala masalah yang dilontarkan kepada saya akan diselesaikan oleh tiada orang melainkan saya.” Pemimpin mesti menjadi forefront (barisan hadapan – penanggung utama) kepada organisasi dan agenda yang ingin dibawanya. Seorang pemimpin mesti bijaksana, siap siaga, responsif, accountable, mampu mendukung dan mengurus tanggungjawabnya serta mempunyai kemahiran memimpin (leadership skills). Pemimpin mesti pantang berundur dari cabaran dan konflik lalu mempamerkan sifat kejantanan sejati melalui kestabilan emosi dan kemampuan mengurus dan mentadbir dengan hikmah. Inilah yang dikatakan mampu menanggung beban.

2 ciri (Asy-Syaja’ah & At-Tahamul) ini mesti menjadi petunjuk utama dalam memilih pemimpin. Ini kerana orang yang berketrampilan dan bersopan santun sahaja belum tentu mampu menanggung beban institusi atau organisasi; Orang yang tenang boleh jadi berang apabila serabut dengan tanggungjawab dan orang yang kemas boleh jadi kusut apabila dikelilingi beban. Maka, berani dan mampu menanggung beban merupakan ciri-ciri indah lagi heroik yang akan menjanjikan kestabilan, pengisian bermakna dan hala tuju jelas sesuatu organisasi.

Advertisements

About Addin Khalid

Just your average guy next door neighbour. Jack of all trades, master of none
This entry was posted in Articles. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s