Buru Cinta Ilahi Bukan Cinta Lelaki – Aizuddin Kepada Beliawanis

Forum Cafe Cinta – dari kiri: Moderator, Ustzh Nik Norsaha, Hazlin & Aizuddin (NP1)

MELAKA 2 April 2011 – “Mesej penyampaian saya adalah agar beliawanis Muslimat berkahwin untuk memburu cinta Ilahi bukan semata-mata cinta lelaki,” ujar Engr Aizuddin Khalid, Naib Presiden I Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) berkenaan penampilannya sebagai satu-satunya tetamu lelaki dalam forum Café Cinta anjuran PEMBINA Melaka di Masjid Al-Azim, Kompleks Majlis Agama Islam Melaka. Program yang dikhususkan buat kaum hawa itu telah dihadiri hampir 600 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPT, sekolah menengah dan ahli-ahli persatuan wanita.

Dalam forum tersebut, Engr Aizuddin telah menerangkan bahawa ciri-ciri fitrah wanita seperti malu, lemah-lembut, menutup aurat merupakan esensi yang perlu dipelihara wanita moden dalam menjaga maruahnya.

Mengenai bab perkahwinan, Engr Aizuddin telah menekankan agar perkahwinan perlu dibina dengan objektif yang besar, yakni melahirkan rumahtangga soleh yang akan berperanan untuk agama, bukan berkahwin semata-mata kerana tuntutan fitrah, nafsu, tradisi atau “passing trend”. “Sekiranya anda berkahwin dengan agenda kerana Allah, tentu anda akan memilih lelaki terbaik yang melintasi hidup anda, bukan sebarang orang”, tegas beliau dalam forum. Ini bagi memastikan keberkatan keluarga dan agar hubungan yang terbina mempunyai sasaran khusus untuk Allah.

Agama juga disaran menjadi make-up atau hiasan utama bagi wanita, sesuai dengan hadis yang menuntut lelaki mengutamakan agama dalam mencari jodoh.

Forum tersebut turut menampilkan Ustazah Nik Norsaha, tokoh agama dari Negeri Sembilan dan Nur Hazlin Mat Musak dari PEMBINA Sabah. Tahniah kepada PEMBINA Melaka diatas kelangsungan Café Cinta yang julung kali dianjurkan.

Media PEMBINA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s