Membazir: Persaudaraan Manusia dan Syaitan

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. [17:27]

Membazir biasa dikaitkan dengan consumption dan perbelanjaan. Pada takrif umum membazir adalah berlebih-lebihan daripada kadar sepatutnya. Contohnya: membuka pili air dgn lama sedangkan air yg digunakan hanya sedikit atau mengambil makanan yang banyak tetapi akhirnya tak habis dimakan. Membazir dalam harta pula adalah membelanjakan wang dengan berlebih-lebihan atau pada tempat yang tak kena pada nilainya. Selain wang dan harta, membazir juga sebenarnya boleh jadi dalam bentuk masa, tenaga dan pemikiran dan sebagainya. Ringkasnya, membazir adalah meng-allocate unsur-unsur tersebut ke satu tempat, yang sepatutnya boleh diletakkan di tempat lain yang lebih baik dan bermanfaat. Ini dipersetujui semua.

Ada benar dalam takrif ini. Namun, saya rasa masyarakat tidak berapa jelas tentang konsep membazir ini, terutama apabila dikaitkan dengan amalan syaitan. Ini kerana pembaziran yang sering ditekan-tekankan adalah berkenaan membeli rumah, makanan, pakaian, gasoline dan material-material fundamental sebegini, yang masih boleh dijustifikasi sekiranya mampu atau memerlukan consumption lebih. Jadi, kita tidak nampak di mana perkaitannya dengan syaitan lalu tidak terkesan dengan pengisytiharaan ayat 17:27.

Continue reading Membazir: Persaudaraan Manusia dan Syaitan

Advertisement

Perkembangan Terkini Di Gaza

85824A8AFCSekilas Imbauan
Isu serangan terbaru ke atas Gaza yang menjadi perhatian utama dunia,  tidaklah semata-mata bermula selepas tamatnya genjatan senjata 6 bulan antara Gaza dan Israel pada 19 Disember 2008 yang lalu sebagaimana yang cuba digambarkan. Ia merupakan sebuah kegeraman yang sudah lama terpendam di dada Israel akibat kegagalannya menjatuhkan musuh utamanya, HAMAS dari pemerintahan di Gaza.

Israel sudah lama menyekat ekonomi Gaza, semenjak kemenangan HAMAS pada pilihanraya umum Palestin pada Januari 2006 lalu. Semenjak itu, pelbagai usaha telah diambil oleh Israel serta sekutunya di Washington dan Eropah bagi menggulingkan kerajaan HAMAS yang dilantik rakyat Palestin secara demokratik. Mereka berusaha melaga-lagakan berbagai fraksi di Palestin, bahkan usaha-usaha perdamaian dalaman Palestin sangat dicemburui dan dibantah musuh-musuh Palestin ini. Perjanjian Makkah pada Disember 2006 yang termeterai untuk membentuk kerajaan campuran sangat tidak disenangi Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Mereka, terutama AS melalui Condoleeza Rice dan Keith Dayton, kemudiannya mengapi-apikan isu perbezaan politik dan berjaya menghasut segelintir pihak berpengaruh di Palestin, seperti Mahmoud Abbas dan Muhammad Dahlan untuk bersekongkol dalam menjatuhkan kerajaan HAMAS secara penggulingan bersenjata. Walaubagaimanapun, usaha-usaha ini telah dikesan oleh kerajaan HAMAS dan digagalkan dalam pertempuran berdarah antara HAMAS dan FATAH di Gaza pada Jun 2007 yang lalu. Akibatnya, pihak FATAH di Gaza mengaku kalah dan berundur ke Ramallah, lalu HAMAS menguasai Gaza secara mutlak. Ini memberi alasan bagi Israel untuk lebih mengetatkan sekatan ekonominya ke atas Gaza. Bahkan Israel berjaya mengajak Mesir yang menyempadani Gaza agar menutup sempadan Gaza-Mesir. Kemasukan rutin bantuan kemanusiaan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut disekat dan dihadkan. Lalu bermulalah krisis kemanusiaan paling teruk dalam sejarah peradaban manusia akibat penindasan sesama manusia.

Continue reading Perkembangan Terkini Di Gaza

Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat

aboutreikaMohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada saya, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.

Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam. Saya tertarik dengan episod ini lalu mendorong saya membuat sedikit pembacaan mengenai beliau.

aboutreika2

Continue reading Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat

Pelaburan Yang Menguntungkan

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” [61:10-13]

Sesungguhnya ayat2 Allah di atas adalah ditujukan buat golongan2 beriman, tidak kira di mana saja, dan tidak terhalang oleh masa dan zaman. Allah SWT meng‘iklan’kan satu perniagaan saham yg pasti menguntungkan para pelaburnya dan tiada mungkin ada keuntungan yg lebih lumayan drpd keuntungan yg akan diperoleh dari pelaburan ini. Pelaburan ini menjanjikan keuntungan terbesar yg boleh dicapai makhluk bernama insan.

Continue reading Pelaburan Yang Menguntungkan

Mengelakkan Dengki, Memelihara Ukhuwwah

love-you Satu hadith yg boleh kita amalkan utk memelihara ukhuwwah: “Ada tiga sifat yang dengannya hati seorang Muslim tidak akan merasa dengki selama-lamanya, iaitu mengikhlaskan amal kerana Allah, memberi nasihat kepada pemimpin, dan menetapi jamaah. Sesungguhnya semua doa mereka itu menyelimuti dari belakang mereka” (Hadis Sohih riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dari Zaid bin Tsabit)

Continue reading Mengelakkan Dengki, Memelihara Ukhuwwah

Khutbah: Importance of Al-Isra’ Al-Mi’raj

This was my Friday khutbah on 25th of August, the week of Al-Quds Day, 1427/2006

Importance of Al-Isra’ Al-Mi’raj

most of the text written by: Dr. Yusuf Qaradawi

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْعَلِيِّ الْكَبِيْرِ، اَللَّطِيْفِ الْخَبِيْرِ، الْقَائِمِ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَالْمَجَازِى لَهَا بِمَا عَمِلَتْ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَالَمِيْنَ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ بَعَثَهُ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيْرًا وَدَاعِيًا إِلَى اللهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيْرًا. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ

[read 59:18]

Dear Brothers, in conjuction with the International Al-Quds Day and the rememberance of Al-Isra’ Al-Mi’raj, today’s khutbah will touch upon a couple of importance of the Isra’ & Mi’raj event.

Continue reading Khutbah: Importance of Al-Isra’ Al-Mi’raj