Hijrah Itu Pengorbanan

maal-hijrah
Alhamdulillah, kita telah pun melangkah ke tahun 1429 hijriah, bermakna sudah 1429 tahun berlalu selepas peristiwa pengorbanan besar2an generasi sabiqun awwalun dalam peristiwa hijrah yg kita sedia maklum. Sejarahnya teramatlah penting & mengesani umat Islam sehingga Khalifah Umar Al-Khattab memulakan kalender Islam kita dgn tahun berlakunya peristiwa tersebut.

Setiap awal tahun hijri akan berkumandanglah laungan2 hijrah; anugerah-anugerah tokoh ma’al hijrah; akan terungkaplah ucapan2 yang menyeru perubahan, perpindahan, kesatuan, kemajuan, dsb; maka akan berulanglah kita memupuk azam baru yg ingin kita laksanakan serta-merta dengan penuh semangat. Kita juga akan diperingatkan kembali kpd kisah-kisah mukjizat2 & bantuan Allah melalui labah-labah, pigeon yg bersarang, kuda Suraqah bin Malik; moga2 miracle yg sama terjadi kpd kita dlm usaha kita memperbaiki diri (hijrah).

Continue reading Hijrah Itu Pengorbanan

Bidadari Besi

BabyJazakumullah kepada semua yang telah hadir ke kenduri aqiqah anak saya. Semoga anak ini terus dibesarkan dalam sunnah Nabi dan suasana ketaatan kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW menuntut agar umat Islam memberi nama-nama yang baik kepada anak mereka. Ini kerana nama merupakan visi bapa kepada anak tersebut. Harapan dan cita-cita ke atas anak tersebut dipahatkan pada nama yang diberi. Lantas kita lihat umat Islam sepanjang zaman memberi nama-nama yang indah dan penuh makna kepada anak-anak mereka. Ada yang menamakan sempena nama-nama Anbiya’, para sahabat RA, tabi’in dan tokoh-tokoh Islam sepanjang zaman. Ada juga yang menamakan anak mereka dengan kuniyah-kuniyah sahabat Nabi SAW seperti Abu Bakr & Abu Hurairah, moga-moga anak-anak ini sehebat nama tokoh yang diberi.

Continue reading Bidadari Besi