Mei 2013 – Alhamdulillah. Ini kedatangan kedua buat saya dan keluarga ke Siem Reap. Cuma kali ini kami membawa ahli keluarga kami yg terbaru, Aflah Muhajir, bersama. Berbeza dengan pengembaraan sebelum ini, kali ini kami datang menaiki Cambodia Angkor Air dan menginap di Le Meridien.
Kami dibawa mengembara oleh anak murid Ustaz Musa bernama Nasir. Kami tetap tak lepaskan peluang ke Angkor Wat lagi sekali dan pusing2 membeli belah di pasar baru dan lama di pusat bandar.
Pengalaman baru kami kali ini adalah kami ke Tasik Tonle Sap melalui terusan lain iaitu Chong Khneas. Laluannya kelihatan sedang dibangunkan untuk tujuan komersil berbanding sungai Tahas di Kampong Phluk yang kami lalui pada 2012 lalu.