Kembali Ke Siem Reap 2013

_DSC6231Mei 2013 – Alhamdulillah. Ini kedatangan kedua buat saya dan keluarga ke Siem Reap. Cuma kali ini kami membawa ahli keluarga kami yg terbaru, Aflah Muhajir, bersama. Berbeza dengan pengembaraan sebelum ini, kali ini kami datang menaiki Cambodia Angkor Air dan menginap di Le Meridien.

Kami dibawa mengembara oleh anak murid Ustaz Musa bernama Nasir. Kami tetap tak lepaskan peluang ke Angkor Wat lagi sekali dan pusing2 membeli belah di pasar baru dan lama di pusat bandar.

Pengalaman baru kami kali ini adalah kami ke Tasik Tonle Sap melalui terusan lain iaitu Chong Khneas. Laluannya kelihatan sedang dibangunkan untuk tujuan komersil berbanding sungai Tahas di Kampong Phluk yang kami lalui pada 2012 lalu.

Sebelum tiba ke stesen bot, kami singgah di sebuah Masjid komuniti orang Islam Cham. Di sini kami berpeluang bermesra dengan penduduk setempat yang berada di masjid ketika itu. Kami juga dibawa melihat madrasah terapung yang asalnya merupakan masjid, sebelum dibina masjid baru di atas tanah. Cuma disebabkan ketika itu musim kering, madrasah tersebut tidak terapung.

_DSC6504_DSC6486

Bahkan, musim kering menyebabkan air terusan menjadi sangat cetek & kami terpaksa menuruni cerun tebing yang tinggi untuk ke bot untuk menelusuri terusan. Pengalaman menaiki bot semestinya menyeronokkan. Anak2 juga diberi peluang mengemudi bot yang kami naiki sekeluarga. Sepanjang menaiki bot, kami dapat melihat aktiviti penduduk tempatan seperti membina sampan, kanak2 mandi di sungai, wanita-wanita pulang dari pasar menaiki sampan, arena futsal terapung, sekolah terapung dan pasar terapung.

_DSC6574

Berbeza dengan Kampong Phluk, terdapat kampung terapung di sini yang terletak di tasik itu sendiri, bukan sekadar di sepanjang terusan. Di kampung ini, kita berpeluang naik ke pasar terapung dan membeli barang keperluan penduduk2 miskin. Kemudian, kita akan dibawa ke sebuah sekolah terapung untuk sedekahkan barang2 makanan yg kami belikan. Saya rasa ia satu pakej lawatan yg murni, disamping menziarah, turut juga menyumbang kepada golongan miskin.

_DSC6634_DSC6647

Kami juga dibawa ke tempat penternakan ikan air tawar dan penternakan buaya. Kesemua stesen ini terapung di atas tasik dan perlu menaiki bot untuk mengunjungi setiap stesen. Pengalaman ke kampung terapung ini menjadi satu pengalaman unik buat kami.

Angkor National Museum

20130524_085651(0)Terdapat banyak muzium di sekitar Siem Reap. Namun, kami cuma berkesempatan melawat Angkor National Museum. Di sini dikumpulkan banyak artifak sejarah bangsa Khmer, yang banyak dipengaruhi hindu-buddha, silih berganti, sejarah raja2 Cambodia dan pembinaan Wat-wat disekitar Siem Reap. Saya dapati kepercayaan Khmer adalah pertembungan pelbagai konsep dan mitos terutama berkenaan ketuhanan, raja, kemasyarakatan dan tanah air. Cukuplah sebagai pengetahuan dan pengajaran buat mereka yang mengunjung.

Perkembangan Penduduk Cham

Hampir setiap malam, saya akan berkunjung ke kampung Cham di Steung Thmei; untuk berjumpa dengan orang2 Islam tempatan, serta menjamah makanan halal Cambodia.

20130521_200401

Ustaz Musa

Dalam seminggu saya di sana, hanya satu malam saya dapat bersua muka dengan Ustaz Musa, mufti Siem Reap, selain itu hanya berhubung melalui telefon. Ketika berjumpa di restoran beliau, beliau menceritakan projek madrasah terbaru beliau. Saya juga menyatakan hajat meng-aqiqah anak baru saya, dan beliau mencadangkan ia disumbangkan kepada pelajar2 madrasah baru beliau. Anak2 Ustaz gemar bermain dengan anak2 saya, dan mereka mengambil masa lama bermain hingga terpaksa pulang sedikit lewat.

Sekarang sudah ada sekurang2nya lagi 2 restoran halal di Steung Thmei milik orang Cham. Pemuda2 Cham banyak menjadi pemandu pelancong dan mempunyai Tuk Tuk sendiri. Semoga masyarakat Cham akan terus maju dengan berkat projek2 tokoh tempatan yang tak putus2 menabur jasa seperti Ustaz Musa.

20130520_190549

Memasak daging naik bukit

Kembali

_DSC6416Demikian kunjungan ke-2 kami ke Siem Reap. Kami dihantar pulang menaiki van Ustaz yang kami naik setahun yang lalu. Alhamdulillah, keseluruhannya tetap dapat mengambil pengalaman baru dan lain dari kunjungan pertama dahulu.

Kunjungan kali ini juga merupakan pertemuan terakhir kami dengan Ustaz Musa. Pada 27 Ramadhan berikutnya, anak beliau menghubungi kami di Vietnam, memaklumkan Ustaz telah meninggal dunia. Kami doakan Allah mengangkat beliau ke makam tertinggi di sisi Rasulullah dan memberkati segala usaha beliau. InsyaAllah kami akan melawat Siem Reap lagi untuk menziarahi keluarga Arwah Ustaz Musa.

Advertisements

About Addin Khalid

Just your average guy next door neighbour. Jack of all trades, master of none
This entry was posted in Travelogue and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s