Aku Dah Temui Cinta

Kala hati gundah gulana, Love
Atau tersalah perkiraan,
Kala hati gembira,
Atau dikawal perasaan;
Kala rasa diri gagal,
Dalam cabaran hidup ini,
Kala otak rasa bebal,
Menelaah di malam hari;
Kala rasa seorang diri,
Tak siapa menemani,
Kala cuba lari,
Dari jalan suci murni;
Pasti ada yang menunjuki,
Itulah tanda cinta yang hakiki,
Moga aku tak lupa diri,

Mudahan kekal cinta ini;
Dari-Nya datang cinta manusia,
Dan malaikat yang taat,
Aku dah temui cinta,

Cinta Allah pemberi rahmat.

Karya: Lufti Abbas Bidin

Contoh Komitmen Kesukarelawanan Ahli Badar

Badar KubraPerang Badar asalnya merupakan operasi intercept Nabi SAW ke atas kafilah Abu Sufyan yg dlm perjalanan pulang dari Syam slps menjual harta2 peninggalan Muhajirin Makkah. Nabi ingin merampas kembali hak Muhajirin. Namun, Makkah telah menghantar 1000 bala tenteranya lengkap dgn peralatan perang & kuda2 perang yg berpuluh2, siap utk bertempur dgn Muslimin. Tapi Nabi SAW keluar dgn 313 orang yg hajat asal utk mengangkut kembali barang2 rampasan. Tidak semua orang Islam membawa senjata kerana beranggapan mereka hanya akan melawan 40 orang pedagang. Namun Allah mengatur dan menghendaki mereka menghancurkan 1000 tentera makkah yg full gear utk berperang.

Sebelum memutuskan untuk berperang, Rasulullah mengumpulkan para sahabatnya untuk mendapatkan pendapat mereka. Orang Ansar tidak obliged untuk berperang di Badar kerana Bai’ah Aqabah II hanya menghendaki mereka mempertahankan Rasulullah di Madinah sahaja walhal telaga Badar itu di luar Madinah. Maka Rasulullah bertanya para Muhajirin. Abu Bakr & Umar Al-Khattab ra memilih untuk bertempur, kata mereka, “Ajal“, bermaksud, “Ya (kita lawan)”. Maka, Al-Miqdad bin ‘Amr seorg Muhajirin merumuskan: “Pergilah ke mana sahaja yang engkau mahu, kami akan bersamamu. Kami tidak akan berkata seperti kaum Musa as berkata kepada Musa (untuk memasuki Palestin),

فَاذْهَبْ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ

‘Pergilah engkau bersama Tuhan engkau, kami hendak tunggu di sini’ (5:24), tetapi kami berkata,

ﺇﺫﻫﺐ ﺍﻨﺖ ﻭﺭﺒﻚ ﻓﻗﺎﺗﻼ ﺇﻧﺎ ﻣﻌﻛﻤﺎ ﻣﻗﺎﺗﻠﻮﻥ

‘Pergilah engkau bersama Tuhan engkau, sesungguhnya kami bersama kamu berperang!”.

Continue reading Contoh Komitmen Kesukarelawanan Ahli Badar

The Hydrocarbon Chain: Tribute to Cikgu Norizan – My Story She Never Knew..

hc2Jumaat, 11/9/2009 bersamaan 21 Ramadhan 1430, sekitar 5pm. Saya mendapat SMS dari rakan di Australia yg mengatakan Cikgu Norizan dari SMSTSSS meninggal dunia pd jam 340pm. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un..

Saya sebak, hampir tak percaya.. saya call sendiri no fon cikgu Norizan utk dapatkan kepastian. Suaminya mengangkat fon, meng-iyakan, cuba menahan esak. Saya sekadar mampu mengucapkan semoga dia tabah.

Saya merasa sedih, bercampur gelisah tak tentu, tunduk memikirkan kematian, menahan juga air mata agar x berderai.

Cikgu Norizan merupakan guru kimia saya semasa tingkatan 4 & 5. Beliau antara guru yg berpakaian & bertudung labuh. Walaupun saya seorg yg jarang berjumpa & rapat dgn guru-guru (termasuk arwah), namun saya iktiraf bhw Cikgu Norizan antara guru yg paling berjasa dengan saya, dan antara punca terbesar saya berada di kedudukan saya skrg. Saya akan nukilkan di sini kisah saya yg berkaitan yg pd saya amat berharga, tp x ramai yg tahu, bahkan Cikgu Norizan sendiri mungkin x sempat tau.

Continue reading The Hydrocarbon Chain: Tribute to Cikgu Norizan – My Story She Never Knew..

Ramadhan: Bulan Menuju Ketaqwaan


Assalamualaikum wrt.

Alhamdulillah, kita panjatkan segala pujian & kesyukuran kepada Allah S.W.T. yang mengizinkan kita bertamu ke bulan Ramadhan yang melimpah ruah berkatnya. Ramadhan Mubarak! (Blessed Ramadhan!)

Suasana Ramadhan adalah suasana yang menakjubkan. Manusia dimudahkan untuk beramal dan merasa diawasi Tuhan. Bahkan Ramadhan mampu mengembalikan manusia yang alpa sepanjang tahun. Di bulan ini, ramai yang berkunjung ke masjid, membuka lembaran2 Quran, ringan tangan berinfaq, dan mengerjakan pelbagai lagi amalan yang menggalakkan. Maka manfaatkanlah momentum Ramadhan ini untuk meningkatkan prestasi amal kita sendiri. Kelolakan diri kita agar mampu bermujahadah mengerjakan ibadah & amal2 di luar kebiasaan kita. Tinggalkanlah maksiat & dosa serta apa jua perbuatan yang tidak menggambarkan kehidupan seorang Muslim. Jadikanlah Al-Quran & zikir sebagai pendamping kita, taubat sebagai jalan kita. Ibadahkanlah setiap detik kita termasuk saat-saat kita tidur. Dan jadikanlah taqwa sebagai misi kita.

Continue reading Ramadhan: Bulan Menuju Ketaqwaan

Siapa Bersalah? (The HLF Case)

HLFsAkhir bulan Mei 2009, 5 saudara kita di US telah dijatuhkan hukuman penjara dari 15 ke 65 tahun oleh Mahkamah Persekutuan US kerana kerana telah menyalurkan sumbangan kewangan lebih 12 juta dollar kepada HAMAS yang di-label-kan US sebagai terroris. HAMAS merupakan satu pertubuhan saudara se-Islam kita di Palestin yang berjuang memerdekan tanah suci Palestin dari penjajahan Zionis.

Continue reading Siapa Bersalah? (The HLF Case)

Membazir: Persaudaraan Manusia dan Syaitan

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. [17:27]

Membazir biasa dikaitkan dengan consumption dan perbelanjaan. Pada takrif umum membazir adalah berlebih-lebihan daripada kadar sepatutnya. Contohnya: membuka pili air dgn lama sedangkan air yg digunakan hanya sedikit atau mengambil makanan yang banyak tetapi akhirnya tak habis dimakan. Membazir dalam harta pula adalah membelanjakan wang dengan berlebih-lebihan atau pada tempat yang tak kena pada nilainya. Selain wang dan harta, membazir juga sebenarnya boleh jadi dalam bentuk masa, tenaga dan pemikiran dan sebagainya. Ringkasnya, membazir adalah meng-allocate unsur-unsur tersebut ke satu tempat, yang sepatutnya boleh diletakkan di tempat lain yang lebih baik dan bermanfaat. Ini dipersetujui semua.

Ada benar dalam takrif ini. Namun, saya rasa masyarakat tidak berapa jelas tentang konsep membazir ini, terutama apabila dikaitkan dengan amalan syaitan. Ini kerana pembaziran yang sering ditekan-tekankan adalah berkenaan membeli rumah, makanan, pakaian, gasoline dan material-material fundamental sebegini, yang masih boleh dijustifikasi sekiranya mampu atau memerlukan consumption lebih. Jadi, kita tidak nampak di mana perkaitannya dengan syaitan lalu tidak terkesan dengan pengisytiharaan ayat 17:27.

Continue reading Membazir: Persaudaraan Manusia dan Syaitan

Gaza & Sambutan Tahun Baru 2009

gaza08Saya ingin menyatakan kekecewaan yang teramat sangat terhadap penyambut-penyambut tahun baru 2009 dari kalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Sedih, terutama dalam keadaan saudara-saudari Muslim kita di Gaza yang sedang dizalimi, dibelasah, disembelih, dan dihancurkan negara mereka seteruknya dalam massacre rakyat tidak berdosa dan  pertempuran dahsyat yang tidak seimbang, paling teruk yang belum pernah disaksikan sejarah.Tiba-tiba, jauh di sudut timur dunia, terdapat segolongan manusia yang mengaku bersaudara dengan mangsa pembunuhan ini sedang bersoronok merayakan hari kebesaran penyokong & penyumbang terbesar musuh yang sedang melakukan aksi barbarik paling jijik dalam sejarah kemanusiaan. Format dan metod sambutannya juga tiada beza sebagaimana ia disambut oleh mereka di negeri-negeri mereka yang mengkufuri Allah. Apalah gunalah gunanya kenyataan-kenyataan simpati dan bantahan. Apalah gunanya kesukarelaan menyebarkan sms-sms memohon sumbangan. Apalah gunanya qunut nazilah. Namun, bila tibanya peluang untuk menzahirkan keikhlasan, yang tersingkap hanyalah hipokrisi.

Continue reading Gaza & Sambutan Tahun Baru 2009

Perkembangan Terkini Di Gaza

85824A8AFCSekilas Imbauan
Isu serangan terbaru ke atas Gaza yang menjadi perhatian utama dunia,  tidaklah semata-mata bermula selepas tamatnya genjatan senjata 6 bulan antara Gaza dan Israel pada 19 Disember 2008 yang lalu sebagaimana yang cuba digambarkan. Ia merupakan sebuah kegeraman yang sudah lama terpendam di dada Israel akibat kegagalannya menjatuhkan musuh utamanya, HAMAS dari pemerintahan di Gaza.

Israel sudah lama menyekat ekonomi Gaza, semenjak kemenangan HAMAS pada pilihanraya umum Palestin pada Januari 2006 lalu. Semenjak itu, pelbagai usaha telah diambil oleh Israel serta sekutunya di Washington dan Eropah bagi menggulingkan kerajaan HAMAS yang dilantik rakyat Palestin secara demokratik. Mereka berusaha melaga-lagakan berbagai fraksi di Palestin, bahkan usaha-usaha perdamaian dalaman Palestin sangat dicemburui dan dibantah musuh-musuh Palestin ini. Perjanjian Makkah pada Disember 2006 yang termeterai untuk membentuk kerajaan campuran sangat tidak disenangi Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Mereka, terutama AS melalui Condoleeza Rice dan Keith Dayton, kemudiannya mengapi-apikan isu perbezaan politik dan berjaya menghasut segelintir pihak berpengaruh di Palestin, seperti Mahmoud Abbas dan Muhammad Dahlan untuk bersekongkol dalam menjatuhkan kerajaan HAMAS secara penggulingan bersenjata. Walaubagaimanapun, usaha-usaha ini telah dikesan oleh kerajaan HAMAS dan digagalkan dalam pertempuran berdarah antara HAMAS dan FATAH di Gaza pada Jun 2007 yang lalu. Akibatnya, pihak FATAH di Gaza mengaku kalah dan berundur ke Ramallah, lalu HAMAS menguasai Gaza secara mutlak. Ini memberi alasan bagi Israel untuk lebih mengetatkan sekatan ekonominya ke atas Gaza. Bahkan Israel berjaya mengajak Mesir yang menyempadani Gaza agar menutup sempadan Gaza-Mesir. Kemasukan rutin bantuan kemanusiaan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut disekat dan dihadkan. Lalu bermulalah krisis kemanusiaan paling teruk dalam sejarah peradaban manusia akibat penindasan sesama manusia.

Continue reading Perkembangan Terkini Di Gaza

1st Birthday Khaulah

Pada hari ini, 26 December 2008, genap setahun anak saya dilahirkan. Saya dan isteri amat bersyukur kepada Allah SWT dengan kehadirannya dalam hidup kami. Semoga dia dapat sampai ke dewasa dan berbakti kepada agama dan umat seluruhnya. Semoga Allah memberkati umur dan kehidupannya.

DSCF2991-1

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
..”Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (25:74)

Happy 1st Birthday, Khaulah..

Related links:
Bidadari Besi
Ahlan Bint Aizuddin

Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat

aboutreikaMohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada saya, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.

Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam. Saya tertarik dengan episod ini lalu mendorong saya membuat sedikit pembacaan mengenai beliau.

aboutreika2

Continue reading Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat