
5 yang dipenjarakan merupakan bekas peneraju sebuah institusi kemanusiaan Muslim “Holy Land Foundation” yang telah ditutup dalam kempen US “War Against Terror”. Berjuta-juta dollar serta semua aset institusi berkenaan telah dibekukan oleh kerajaan US kerana kempen ini.
Keputusan ini sangat memedihkan kita terutama yang memahami perjuangan Islam ini, bahkan para pencinta keadilan dan kebenaran. Ia menggambarkan ketidakperikemanusiaan polisi US, partisan yang nyata dan kezaliman yang mencengkam. Namun, verdict sedemikian tidaklah menghairankan dari sebuah negara yang tunduk, patuh kepada percaturan & agenda Zionis. Semestinya, menghulurkan sebarang bantuan kepada musuh merupakan satu jenayah besar bagi mana-mana pihak, termasuk US. Walaupun, wang yang dihulurkan adalah melalui saluran-saluran agensi kemanusiaan, charity, & relief; namun, kerana ia adalah kepada musuh US & Zionis, & ada kebarangkalian ia digunakan HAMAS untuk membuat senjata, maka ia menjadi kesalahan besar di sisi US & Israel, lalu hukuman berkenaan dijatuhkan.
Mungkin juga wang berkenaan digunakan untuk membuat senjata; Senjata roket kecil yang bergerak kekok dan sukar ditentukan targetnya; Senjata yang lemah yang hardly membunuh sesiapa pun. Senjata yang sekadar mampu melubangkan kereta kebal, namun kereta kebal tersebut mampu lagi berundur & patah balik dgn selamat; senjata yang digunakan sebagai tanda protes & retaliation semampunya kepada gergasi yang melahap dengan rakus. Kalau sumbangan ke arah ini sudah dikira jenayah besar, maka barangkali maha besarlah jenayah yang dilakukan Amerika Syarikat sepanjang 60 tahunnya menyumbang berbillion-billion dollar setahun tanpa belah-bahagi kepada negara haram Israel, yang saban hari menggunakannya untuk meragut nyawa tuan punya tanah di Palestin, yang kumulatifnya berpuluh-puluh ribu orang mati ditangan penjajah Yahudi ini.
Tidak syak lagi, jelaslah siapa penyumbang kepada terroris sebenarnya. Siapa penjenayah antarabangsa sebenarnya. Ini belum termasuk peperangan-peperangan yang dianjur”nya” di Iraq, Afghanistan, dsb. Jumlah nyawa yang terbunuh kerana dollar-dollar ini bahkan telah menjangkau jutaan sepanjang sejarah moden yang masih singkat. Begitulah digunakan sebahagian besar wang-wang dari pungutan cukai rakyat & dari penyumbang-penyumbang langsung kepada kekuatan ekonomi Amerika & Israel. Tapi malangnya, dollar-dollar tersebut juga adalah hasil sumbangan sebahagian ummat Islam yang conciously/sengaja menyokong budaya ekonomi anjuran 2 sekutu ini.
Jadi, kalaulah kita diberi kuasa sekarang, agaknya siapa yang kita nak tarik ke mahkamah pengadilan? siapa yang sepatutnya kita nak kenakan hukuman kerana menyumbang kepada terroris? Hmmm…