The Hydrocarbon Chain: Tribute to Cikgu Norizan – My Story She Never Knew..

hc2Jumaat, 11/9/2009 bersamaan 21 Ramadhan 1430, sekitar 5pm. Saya mendapat SMS dari rakan di Australia yg mengatakan Cikgu Norizan dari SMSTSSS meninggal dunia pd jam 340pm. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un..

Saya sebak, hampir tak percaya.. saya call sendiri no fon cikgu Norizan utk dapatkan kepastian. Suaminya mengangkat fon, meng-iyakan, cuba menahan esak. Saya sekadar mampu mengucapkan semoga dia tabah.

Saya merasa sedih, bercampur gelisah tak tentu, tunduk memikirkan kematian, menahan juga air mata agar x berderai.

Cikgu Norizan merupakan guru kimia saya semasa tingkatan 4 & 5. Beliau antara guru yg berpakaian & bertudung labuh. Walaupun saya seorg yg jarang berjumpa & rapat dgn guru-guru (termasuk arwah), namun saya iktiraf bhw Cikgu Norizan antara guru yg paling berjasa dengan saya, dan antara punca terbesar saya berada di kedudukan saya skrg. Saya akan nukilkan di sini kisah saya yg berkaitan yg pd saya amat berharga, tp x ramai yg tahu, bahkan Cikgu Norizan sendiri mungkin x sempat tau.

Menetapkan Cita-Cita

soksek1Semasa tingkatan 4, saya belum la ada cita2 jelas sgt ketika itu. Saya mengambil kelas biologi, tp x la minat sgt nak jd doktor. Saya cuma tahu saya nak pegi US jer, mcm parents saya; & nak balik negara saya dibesarkan dulu. Namun, di waktu peralihan tingkatan 4 & 5, Cikgu Norizan telah mengajarkan satu tajuk dlm matapelajaran kimia yg sgt menarik minat saya & sungguh saya mampu kuasai dgn penuh passion. Saya sgt meminati bab ini sehingga saya suka buat latihan mengenainya, & x keberatan utk mengajar sahabat2 lain dlm bab ini.. itulah bab Hydrocarbon. Mungkin juga sbb ia satu bab yg mudah, tp pd saya ia bab yg istimewa. Dan krn hasil lesson & penguasaan saya dlm bab hydrocarbon ini (walaupun ramai je org lain yg pandai), saya menanam azam utk menjadi jurutera yg menjurus kpd minyak (hydrocarbon).

Cita-cita tersebut saya pegang erat. Saya seperti tiada pilihan lain. Ia dikuatkan lagi dgn cerita2 cikgu2 & kawan2 yg engineer2 petroleum ni bergaji lumayan, kaya juga dgn pengalaman turun ke platform di laut, dsb. Ya, ketika itu, sudah tetaplah cita2. Saya pun memburu sponsorship PETRONAS, penaja terbaik utk kursus ini, pada pengetahuan saya. KLCC tidak lagi sekadar shopping complex bagi saya, tp menara office harapan saya. Slps trial SPM, saya antara yg dipilih utk isi borang sponsorship PETRONAS; tp malangnya sekolah telah menghantarnya bbrp minggu lewat. Xpe lah.. Slps keputusan SPM, saya sekali lagi mengisi borang PETRONAS: kursus pilihan saya 1) Mechanical Eng (Petroleum) 2) Chemical Eng (Petrochemical). Inilah kursus2 yg paling hampir dgn gambaran & minat saya terhadap kejuruteraan pengeluaran minyak.

Alhamdulillah, result SPM cukup utk saya ditawarkan ke US oleh PETRONAS utk kursus “Petroleum Engineering”.  Inilah yg saya harapkan selama ini. Consequently, slps selesai exam TOEFL, SAT1 & 2 di UNITEN, PETRONAS memaklumkan bhw scholars batch kami terpaksa dipindahkan ke Australia atas sbb isu keselamatan di US. Hancur juga hati saya dibuatnya.. tak lalu makan beberapa hari.. Xper la.. rupa2nya Allah ada perancangan lebih hebat dari perancangan saya. Saya graduate dari University of Adelaide dlm Petroleum Engineering. Saya juga pulang membawa anugerah CO2CRC kerana honours project saya. Saya kemudian diterima masuk ke PCSB specifically sbg reservoir engineer berpejabat di menara kembar KLCC. Alhamdulillah.

Berbaloilah usaha, pengorbanan, kesabaran, penumpuan & determination yg saya letakkan selama ini. Walaupun ramai je org yg jadi PE, tp pd saya, ia amat berharga sbb ia adalah cita2 yg saya buru sendiri dari sekolah. Lebih bererti bg saya, adalah saya pulang ke Malaysia dgn segunung risalah utk negara tercinta, berkat ditakdirkan belajar di Australia. Segala puji dikembalikan kpd Allah SWT. Yang menakjubkan, rantaiannya terdetik dari minat terhadap Hydrocarbon hasil pelajaran Cikgu Norizan. Semoga Allah merahmati beliau.

Ajari kepakkan sayapku ‘tuk terbang
Menuju langit tinggi meraih bintang
Kau selalu kukenang

Seluruh pengabdian yang engkau beri
Meski kucuba dengan sepenuh hati
tak akan berganti

Pertemuan Terakhir

Vietnam (9)Kali terakhir saya berjumpa Cikgu Norizan adalah pd pertengahan 2007. Saya mengambil cuti sbb baru pulang dari offshore Vietnam (dgn Sulaiman (Limau), senior Soksek). Kebetulan ketika itu, isteri saya juga terpaksa outstation di Petronas Fertilizer Kedah. Jadi saya mengikuti isteri saya & menginap di Sg Petani. Dan saya merancang utk menziarahi sekolah yg dirindui. Saya mengajak akhi Azri, seorang junior Soksek yg sedang bercuti dari program persediaan ke luar negara, yg tinggal di Kepala Batas. Kami bertemu dan memandu ke sekolah. Berdebar saya melalui pagar sekolah yg saya tinggalkan dekat 6 tahun lalu. Saya ke pejabat sekolah utk mengambil sijil SPM yg terbiar bertahun lamanya. Usai urusan tersebut, saya & Azri pergi kedai koperasi sekolah. Di situ saya bertemu semula dgn guru kimia saya, arwah Cikgu Norizan. Beliau cam saya tp x berapa ingat, sehingga saya terpaksa introduce diri saya semula, dari batch mana, etc dan akhirnya dia ingat dan mampu ingat nama saya.

Saya speechless, mahu saja saya ucapkan terima kasih & menceritakan perjalanan hidup saya yg berliku2 & berputar2, cita2 yg saya pasak teguh smp tercapai, dsb. Panjang juga arwah menceritakan bgmana dia menjadi guru kimia yg beliau mula minat di matrik. Saya memberi hint kepada beliau yg saya juga menjadi Petroleum Engineer dari minat saya terhadap subjek yg cikgu ajar, namun mungkin beliau x tangkap. Tak pe lah..

Cikgu juga ada menyebut yg ada senior UK pernah balik berjumpanya dan mengatakan dia kini mengikuti satu harakah Islam. Cikgu Norizan very supportive saya simpulkan. Saya meraut senyuman ringkas.

Slps perbualan tersebut, cikgu membelanja saya & Azri makan ais krim. Segan juga..

Di pejabat guru, Cikgu Norizan perkenalkan saya kpd guru2 lain sbg bekas pelajarnya. Dia katakan saya telah menjadi “orang”. Saya tersenyum sahaja. Tak salah saya, di sini saya ceritakan yg isteri saya sedang pregnant & Cikgu berpesan utk menjaganya baik2. (Betolkan Azri?). Cikgu Wahid (Physics) pula byk bertanya mengenai kerjaya saya & konsep2 fizik yg dipraktikkan. Slps berjumpa cikgu2 yg ada, saya & Azri memohon diri. Itulah kali terakhir berjumpa Cikgu Norizan.

Beberapa Ingatan & Pesanan

Cikgu Norizan antara guru2 yg berpakaian & bertudung labuh. Kini, saya menghormatinya lebih kerana itu. Pastinya keluarganya juga dididiknya dgn baik.

Saya ingat kelas saya pernah membuat Cikgu Norizan menangis sbb byk bantah & challenge apa yg Cikgu ajar.. astaghfirullah.. Cikgu Norizan juga teringat peristiwa itu ketika saya bertemunya kali terakhir; dia pun senyum dan mengaku ketika itu kurang stabil sebab dah nak bersalin. Saya juga ingat saya antara orang yang kerap merujuk & menuntut markah lebih dari cikgu dalam ujian2. Maafkanlah..

Dalam pertemuan terakhir tersebut juga, Cikgu mempelawa saya agar datang melawat lagi ke sekolah utk memberi ucapan motivasi kpd para pelajar. Dia kata rakan2 batch saya ramai buat begitu. Beliau menyebut beberapa nama classmate saya. Saya pun sekadar menjawab, “InsyaAllah”. Hajat tu memang ada. Sayu juga mengenangkan pesanan Cikgu ini. InsyaAllah, kalau ada rezeki, akan saya tunaikan permintaan Cikgu.

Saya x simpan no cikgu lain kec no h/p Cikgu Norizan & Cikgu Wahid. Saya mmg teringat ingin kembali ke sekolah mcm Cikgu Norizan pesan, jadi saya simpan kedua no h/p mereka wlpn contact book dah penuh; dgn harapan akan berurusan dengan Cikgu lagi.

Namun, kali terakhir saya call adalah utk mendapat kepastian pemergiannya. Suami beliau bertanya, adakah saya akan dtg ziarah arwah? Saya dgn berat menjawab “x dpt, sbb saya tinggal di KL.”

penang

Salam & Penghormatan

Apabila kita dilahirkan
Kita menangis dan dunia gembira
Penuhilah kehidupan dengan kebaikan
Sehingga apabila kita mati
Dunia menangis dan kita pula gembira

Begitulah jasa Pn Norizan kpd saya. Allah telah menjadikan beliau antara punca besar saya berdiri di sini sbgmana anda kenal saya.  Saya pasti ramai saje pelajar/bekas pelajarnya yg lain yg hidup mereka turut dikesani arwah Cikgu. Saya mungkin sekadar satu daripada seribu. Semoga pemergiaan beliau menjadi pengajaran buat yg masih hidup.

Selalunya, apabila saya ditanya kenapa saya memilih petroleum engineering (dah la x famous), saya selalu menjawab kerana saya meminati bab hydrocarbon dalam pelajaran kimia. Saya x pernah menyebut nama Cikgu Norizan. InsyaAllah, slps ini akan sebut nama arwah sbg doa & tanda penghargaan.

Malam ini saya beriktikaf di masjid UIA. Akan saya doakan arwah dalam doa saya. Saya mohon semua yg membaca catatan ini untuk mendoakan arwah juga.

Semoga masjid indah ini dpt memberi ketenangan hati…

Allahummaghfirlaha, warhamha, wa’afiha, wa’fu’anha.. Semoga Allah menempatkan beliau bersama para Anbiya’, Siddiqqin, Syuhada’ & Salihin. Itulah sebaik2 teman.

Sang guru,
Perantara aku & ilmu,
Pelakar tangga menaiki menara,
Membawa ku menggenggam dunia.
Penunjuk jalan kepada kemenangan,
Dalam mendidik, kaulah pahlawan.
Sebarkan ilmu sejauh pandangan,
Semoga warisannya kan berterusan
Tanamkanlah benih azam & cita-cita,
Kerana buahnya pasti kau yang rasa.
Apa nak dirisau meninggalkan dunia?
Namamu terpahat pendidik bangsa,
Pohonan ilmu dinikmati semua
Sebagai saksi amanah terlaksana
Kaulah guru, tak terbalas jasamu,
Segala kebaikan tersandar padamu,
Tangisan yg tinggal itu rahmat buatmu,
Moga doa beribu menyinari jalanmu

Sekian dari saya,

salah satu hasil keringat & air matamu,

Aizuddin Khalid
SMSTSSS 2000-2001

Written: 11/9/2009

Advertisements

13 thoughts on “The Hydrocarbon Chain: Tribute to Cikgu Norizan – My Story She Never Knew..

  1. Salam…
    Betul ape yg enta coretkan…
    subhanallah..
    hiba and sedih apabila membacanya..
    Semoga arwah Pn Norizan ditempatkan bersama-sama orang yg solehah..Ameen…

  2. touching gler ayat ko…heheh…tp sdey tol cikgu norezan dh xde…bru 2 bln lps aku jmpe dia n dia lunje aku mkn…itulah saat terakhir aku jmpe dia….
    ko PE gk ek…sme ar kita…hahaha…skrg aku ngh wt intern kt petronas jd drilling engineer

  3. Semoga arwah ditempatkan bersama para solehin dan anbiya’. Walau tidak pernah bersua dengannya, saya pasti beliau seorang guru yang membekas didikannya…semoga didikannya yg melahirkan ramai ‘manusia’ akan menjadi amal jariah buat beliau.

  4. assalamualaikum akhi..

    innalillah..ana baru dapat tahu nih pemergian arwah cikgu norizan selepas membaca entry enta nih..sungguh, arwah memang seorang guru yang baik dan sgt helpful…jasa dan baktinya iAllah akan dikenang sampai bila2..kita doakan semoga beliau ditempatkan bersama para solehah…

    dan kalau enta ader aper2 plan nak buat kat sekolah kiter tuh inform lah ana jugak yer..teringin jugak nak berbakti di situ..maklumlah tempat jatuh lagikan dikenang…

    ur ex classmate,
    Zul

      1. wkmslm,

        saya bernama seperti di atas dan bekas rakan sekelas dengan tuan punya blog..kalau kenal la..

        tp..azri pawan teh..the name sounds familiar to me too..

        p/s : maaf tuan punya blog..jadi ruangan taaruf plak kat sini.. =P

      2. oo…mungkin saya xkenal nama..tp insyaAllah, kalo tgk muke, mungkin saya kenal coz time Abg Zul form 5, saya form 1…Mungkin akan kenal….:-)

        *Maaf Addin, jadi ruangan ta’aruf pulek…:-)

  5. untuk pengetahuan encik saya adalah anak saudara cikgu norizan saya pun banyak terhutang budi kepada kak jan (cikgu norizan) dia banyak menolong saya.Semasa perkahwinan kakak dan abang saya pd 31 may 2010 dia gagahkan diri untuk datang ke kl walaupun dia sudah sakit.saya berharap semangat dia menjadi tauladan kepada kita semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s