Jalan Mimpi

Verse 1
Mereka perkecilkan citaku
Mereka permainkan impianku
Mereka ragukan kemampuanku
Tapi kuyakin siapa aku

Beri ku masa tuk fikirkan
Siapkan peta tempuh jalan
Semuanya ada di fikiran
Tuk kita bina keyakinan

Chorus:
Dan kini ku berdepan
Berdiri dalam medan
Aku bertarung nyawa
Ku hidup kerananya

Dan aku telah berjanji
Yang aku rela mati
Demi mimpi yg kutuju
Dan kini aku tahu..

Verse 2
Langkahku kini pasti
Engkaulah destinasi
Hatiku telah kau miliki
Cerca maki ku tak peduli

Pasti aku kan buktikan
Ini bukan angan-angan
Insipirasi dari junjungan
Azimat dalam perjuangan

Repeat Chorus

Bridge
Ini jalan mimpiku
Yang kupercaya
Pasti membawa hatiku
Ke dalam bahgia

Repeat Chorus

Ending:
..Yang aku di hujung jalan
Tiada lagi persimpangan
Ku tak berdaya lagi
Biarku mati di jalan mimpi..

Advertisement

So Close (Jon McLaughlin)

So Close
Enchanted OST
Jon McLaughlin

You’re in my arms
And all the world is calm
The music playing on for only two
So close together
And when I’m with you
So close to feeling alive

A life goes by
Romantic dreams will stop
So I bid mine goodbye and never knew
So close was waiting, waiting here with you
And now forever I know
All that I wanted to hold you
So close

So close to reaching that famous happy end
Almost believing this was not pretend
And now you’re beside me and look how far we’ve come
So far we are so close

How could I face the faceless days
If I should lose you now?
We’re so close
To reaching that famous happy end
And almost believing this was not pretend
Let’s go on dreaming for we know we are
So close
So close
And still so far

Mawar Melayu

dying_inside__by_arbaxa-d2oz7umMawarku melayu
Hancurkan harapku
Daunnya pudar
Duri tak segar
Bunga tak lagi mekar

Harummu yang dulu
Yang memukau hatiku
Manakah sinarnya
Kelopak keayuaanmu?

Mawarku, kusuntingmu
Ke taman bunga-bungaku
Di sinikan serlah,
Warnamu nan merah
kembali terindah

Ku sirami ku bajai
Dengan embun cintaku
Ku nanti berdebar
Bila kau mekar lagi

Aku Bebas Kini

lufti

oleh: Lufti Abbas Bidin

Biar satu biar sejuta,
Titis titis hujan
Tetap ditentukan-Nya,
Di mana membasah tanaman,
Bumi seluas pandangan,
Santapan mata insan,
Kicauan burung beterbangan,
Bertasbih memuji Tuhan,

Wahai rakan!
Semua ini untukmu!
Lepaskan cengkaman,
Dari lehermu,
Wahai taulan!
Bukalah mindamu,
Berpaling kau jangan,
Dari Tuhanmu,
Wahai kawan!
Wahai sahabatku,
Berjalanlah seiringan,
Bersama alam mu!

Continue reading Aku Bebas Kini

Puisi Buat Sahabat Kemalangan

Puisi ini saya tujukan buat Saudara Nu’man & Shahril yg kemalangan pd awal Ramadhan. Saya menziarahi mereka pada 14 Ogos di Hospital Kajang bersama sahabat2 lain. Semoga mereka berdua tabah dan cepat sembuh.
————————-

Sahabat,

Lukamu di badan, sebakku di hati
Tika kau terlantar, di luar ramai menanti
Ingin melihat raut senyummu sekali lagi
Sebagai pelita kerunsingan hati

Di kala musibah melanda
Kematian adalah putus asa
Kehidupan adalah semangat waja
Sabar rahsia mengharunginya

Setiap kisah adalah pengalaman
Untuk menyinarkan lagi pedoman
Kerna kata-kata mati dari pengertian
Kiranya darah kita tidak dialirkan

Sahabat,

Kugenggam tanganmu erat
Ibarat kekasih menyalur azimat
Moga dikau kan terus kuat
Dan di jalan dakwah kau tsabat

——-

Juga diterbitkan di: http://ismadhl.wordpress.com/2010/08/20/puisi-buat-sahabat/

Aku Dah Temui Cinta

Kala hati gundah gulana, Love
Atau tersalah perkiraan,
Kala hati gembira,
Atau dikawal perasaan;
Kala rasa diri gagal,
Dalam cabaran hidup ini,
Kala otak rasa bebal,
Menelaah di malam hari;
Kala rasa seorang diri,
Tak siapa menemani,
Kala cuba lari,
Dari jalan suci murni;
Pasti ada yang menunjuki,
Itulah tanda cinta yang hakiki,
Moga aku tak lupa diri,

Mudahan kekal cinta ini;
Dari-Nya datang cinta manusia,
Dan malaikat yang taat,
Aku dah temui cinta,

Cinta Allah pemberi rahmat.

Karya: Lufti Abbas Bidin