Sultan Kudarat

DSC_0311
Kami sekeluarga dihadapan tugu Sultan Kudarat di Ayala Triangle Garden, Manila

Sultan Muhammad Dipatuan Kudarat merupakan Sultan Mindanao dari keturunan Shariff Kabungsuwan, pendakwah ulung dari Malaya yang membawa Islam ke kepulauan Filipina. Baginda memerintah selama setengah abad dari 1619 hingga 1671.

Baginda seorang yang berani, bijaksana, pemurah dan terkenal sebagai Sultan Mindanao terhebat sepanjang sejarah.

Baginda telah menyatukan kaum Muslimin dari Lanao, Cotabato, Davao, Sulu, Zamboanga dan Borneo Utara.

Gambar dari http://expatphilippines.ph
Gambar dari Expat Philippines http://expatphilippines.ph

Baginda berjaya menentang dengan keras usaha-usaha penjajahan Sepanyol dan kristianisasi ke atas negeri-negeri pemerintahan baginda di selatan kepulauan Filipina. Kerana tidak mampu menakluk negeri-negeri Sultan Kudarat, pihak Sepanyol telah menandatangani satu perjanjian yang membawa kepada keamanan selama beberapa tahun dari sudut perdagangan dan penempatan kaum Kristian.

Baginda seorang pejuang yang tidak gentar kepada musuh, muhajid membela agama Islam, dan wira yang mempertahankan kedaulatan tanah air Islam.

Baginda mangkat pada tahun 1671. Pada 3 Januari 1975, kerajaan Filipina moden telah mengangkat beliau sebagai wira kebangsaan sebagai tanda pengiktirafan terhadap sumbangan & ketokohan beliau dalam mempertahankan kedaulatan kepulauan Filipina dari penjajah.

Semoga Allah menerima segala amalan baginda dan semoga kita mencontohi dan mewarisi keperwiraan baginda dalam membela agama & tanah air Islam di nusantara ini.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s