Siasat Tuduhan Syiah Ke Atas Mat Sabu

Kalau benar PAS tiada kompromi dgn Syiah, maka eloklah PAS bekerjasama dlm siasatan Mat Sabu ini. Bukan backing membuta dengan cara mengalihkan isu. Bukan juga dgn menjelaskan dasar PAS bertunjangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana itu kita sedia maklum. Yg menjadi persoalan adalah benarkah PAS telah berjaya ditembusi Syiah hingga ke pucuk pimpinan.

Sbnrnya suspicion rakyat Msia, malah ahli2 PAS sendiri terhadap Mat Sabu bukan muncul baru2 ni sahaja. Malah telah berdekad lama persepsi dan tuduhan ini berkeliaran, didorong oleh latar belakang, ucapan2 dan bbrp tindakan Mat Sabu sendiri. Tanyalah syuyukh2 PAS yg sekian lama hazar dgn Mat Sabu. Namun entah macam mana Mat Sabu tetap diberi “perlindungan” dlm harakah PAS. Sebahagian ahli2 dan pimpinan gerakan tersebut juga nmpk tidak endah dgn isu ini dan masih mengangkat2 beliau malah dipilih hingga ke Timb Presiden bagai tiada kewaspadaan. Apa2 yg dijawab balas Mat Sabu selalu ditutur-ulang saja tanpa cuba meneliti kenapa sbnrnya persepsi ini mula timbul. Tidak kurang golongan yg kata isu harga barang & ekonomi lebih awla dari isu penyebaran aqidah sesat.

Tuduhan Syiah ini bukan tuduhan melulu. Kalau tiada angin masakn pokok bergoyang. Pihak luar dari PAS pun sudah mampu mengumpul hingga 10 bukti. Maka, saya rasa sudah tiba masanya siasatan serius ini dilakukan, tak perlulah nak mengalih kata semua ini sebagai propaganda dan momokan parti pemerintah. PRU pun masih lama lagi. Kalau Mat Sabu jatuh salah, lantik saja Timb. Presiden baru yg bersih dari kontroversi aqidah. Dan siasatan ini perlu diperluas kpd suspek2 penyebar dan penganut Syiah yg lain juga x kira yg menyusut masuk dlm parti pemerintah atau pembangkang.

Tp kenapa Mat Sabu difokuskan? Ya, tentulah sbb beliau Timb Pres. PAS, seorg yg no. 2 dlm gerakan Islam terbesar di M’sia, seorg yg berjaya mengumpul pengaruh dan kepercayaan yg sgt besar. Kalau akhirnya terbukti jelas ke-Syiah-an beliau, maka perlu kita sedar yg Syiah telah berjaya melakukan taqiyyah dan pembodohan plg besar terhadap umat Islam Malaysia. Tp sekurang2nya, kita berjaya membersihkan dan menghalau elemen2 Syiah drpd terus cuba membolosi saf2 kepimpinan umat. Selanjutnya perlu kita lebih berhati2 terutama terhadap org2 yg byk menunjukkan tendensi kpd Syiah.

Kalau tidak berjaya dibuktikan kesahihan Syiah beliau, Mat Sabu tetap berhutang dgn umat Islam M’sia tentang ucapan2 beliau, kecenderungan2 & lawatan2 beliau kpd negara2 & tokoh2 Syiah. Dikala sejarah dulu dan moden menunjukkan kebencian dan penyembelihan serta pelampauan teramat puak Syiah terhadap Sunni serta darah Sunni masih mengalir basah di bumi Syria & Iraq, bagaimana tergamak Mat Sabu ini masih terus menyatakan kekaguman beliau terhadap pemimpin2 Syiah. Seorg Muslim yg cerdik & sensitif x patut mengambil golongan sesat, pelampau dan pembunuh sbg rujukan dan idola.

Apapun saya berharap siasatan dan pengendalian isu ini dapat dijalankan dgn adil, legal dan bebas dari sentimen dan fanatism politik. Rakyat Malaysia akan lebih appreciate sekiranya PAS sendiri bekerjasama dalam isu ini kerana bagi kami rakyat marhaen, ia bukan soal politik kepartian, tapi soal kesucian aqidah tokoh2 dan figur pemimpin yg ingin diberi mandat kepimpinan negara. Moga Allah bersihkan bumi Malaysia daripada kesesatan orang2 yg menopengkan kesesatan mereka dgn nama agama.

Advertisements

About Addin Khalid

Just your average guy next door neighbour. Jack of all trades, master of none
This entry was posted in General. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s