Biasa kita mempelajari rukun Islam. Pernahkah kita mendengar rukun kufur?
Ibn Qayyim dalam Al-Fawaid menggariskan 4 rukun kafir:
1) Takabbur
2) Hasad dengki
3) Amarah
4) Syahwat
Takbur menghalangi dari tunduk & patuh. Dengki menghalangi dari menerima nasihat. Amarah mencegah dari berbuat adil. Syahwat menghalangi dari melakukan ibadah.
Berpegang pd 4 rukun ini akan menjadi hijab kepada kebenaran. Keduniaan melekat, akhirat menjauh. Kekufuran mana2 kaum berakar dari 4 rukun ini, dan menjadi sebab kebinasaan mereka.
Punca rukun2 ini dari kebodohannya terhadap Tuhan & jiwanya.
Org yg mengenali Tuhan Yang Maha Sempurna, tidak akan sombong dan takbur. Org takbur seharusnya kembali kepada Allah dengan Tauhid dan menyedari kesempurnaan Allah & keagunganNya yg mengatasi segalanya.
Dengki pula seperti memusuhi Allah kerana ia membenci takdir kurniaan Allah kepada hambaNya yg lain. Melepaskan dengki, ubatnya juga adalah kembali kepada Allah dan redha dgn ketentuanNya.
Utk melepaskan kemarahan adalah dgn mengetahui jiwanya tidak berhak utk marah & membalas dendam, sebaliknya menyejukkan dirinya dgn keredhaan. Yang lebih baik adalah keredhaan kepadaNya dan marah kerana membelaNya.
Ubat nafsu adalah ilmu & pengetahuan yg benar; bahwa menuruti nafsu adalah penghalang terbesar dari ilmu. Nafsu itu pemutus jalan ilmu.
Sesiapa yg berlepas dari rukun2 kafir ini telah membuka pintu kebahagiaan baik di dunia mahupun di akhirat.