Sepanjang hidup saya, ada sejenis manusia yg x ramai saya jmp yg saya teramat hargai dan inspire saya dan saya berusaha sedaya upaya mengambil ciri-ciri tersebut sbgmana mereka lakukan terhadap saya.
Iaitulah mereka-mereka yg membantu saya secara peribadi dengan bersungguh tanpa mendapat sebarang balasan atau manfaat utk diri mereka sendiri atau organisasi mereka daripada kerja tersebut. Ia bukan KPI-nya, diperintahkan kpdnya, diwajibkan bgnya, etc. Namun mereka membantu dan bekerja sehingga berjaya sungguh, bukan bagai melepas batuk ditangga, mencuci tangan, kerja menyenangkannya, mengayat motivasi, dsb. Saya kira ianya ikhlas dan bahkan mmg x mampu saya balasnya, dan tiada cara yg boleh saya balas melainkan bersedia menghambakan diri/membantu semula sekiranya diperlukan.
Mereka telah pergi against all odds, menongkah arus, tidak putus asa, hingga bg saya mereka ibarat melompat tembok jalan mati, memutarkan kembali masa, punya keramat menghidupkan yg mati- semata2 memberi saya secebis harapan, makna dan kejayaan dlm hidup saya. Mereka tidak memberi solusi2 tangkap muat dan asal boleh kepada saya, bahkan mereka memberi saya option yang memberi kelainan kepada diri saya tanpa ragu. Bagai menghantar saya ke “the road not taken”. Bagi saya juga, merekalah yang membenarkan kata-kata hikmah bahawa “segalanya mampu/anything is possible” dengan membuktikan keajaiban yang boleh dilakukan tangan manusia dengan izin Tuhan.
Orang-orang istimewa ini ada dikalangan rakan2 saya, keluarga saya, guru2, bahkan ada juga yg saya sempat bersua sekejap sahaja, namun mengesani saya hingga ke hari ini dan bertanggungjawab di atas sebarang prestasi baik dari saya.
Kadang2 saya rasa mereka pun x tau apa yg mereka buat teramat besar dan mulia di sisi saya. Ini semua tanpa saya menafikan sumbangan org2 sekeliling saya yg lain yg terus menerus men-support saya. Cuma, org2 ini amat istimewa pada saya kerana mereka telah setia membantu saya “come hell or highwater” sehingga berjaya. Pada saya, mereka bukan sekadar pejuang teori tp pejuang bakti.
Terkini di Cambodia saya berjmp sorg lg yg one in a million bg saya, seorang rakyat Msia, En Zenol, pemilik sebuah syarikat di Msia, yg bersusah payah utk saya, menerjah, memanggil, menelefon, mengorban maruah, menyisakan berminit2 hidupnya untuk menunjuk jalan dan bersama bg menyelesaikan masalah saya sehingga selesai. Dia tidak dapat apa2 dari saya melainkan ucapan terima kasih, kerana saya pun tiada apa yg boleh beri kepadanya, apatah lg yg setimpal dgn usahanya. Saya tidak mahu perincikan masalah saya dan apa yg dia buat, sebab saya rasa ramai akan remehkan. Tp percayalah, ia penentu tenang-x tenang keluarga saya pd satu malam kesejukan dan tak tahu arah. Saya hanya berjmpnya 2 kali di Phnom Penh, namun pertemuan yg amat singkat tp amat bererti dan melayakkannya menerima segala bentuk hormat dari saya. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa beliau dan moga beliau dikurnia kesihatan dan diberkati umur.
Selain itu, peristiwa itu membuatkan saya semakin menghargai mereka2 yg berjasa pd saya seumpamanya terutama mereka2 yg hampir kpd saya atau mereka2 yg memang setia ada di sekeliling saya spt isteri saya, ayah saya, mak saya, sahabat2 yg istimewa pd saya.
Jika ada sebarang kebaikan dan bakti yg anda lihat pada diri saya, saya attribute-kan kepada mereka2 ini sebagai inspirasi saya dan saya kembalikan segala kebaikan kepada Allah SWT.
Kepada mereka2 ini, u made me who I am today.
-Addin @ Cambodia, Jan 2012-