Peranan Kaum Dalam Sejarah Islam

Islam agama pertengahan dalam semua aspek. Dalam soal kepelbagaian kaum dalam Islam, kepentingan kaum dirai dan dihormati sebagai satu realiti, bukan dihapuskan atas dasar kesamarataan.

Sbg contoh, Khalifah melantik Salman sebagai Gabenor Madain/Ctesiphon (Ibu negara Persia), bukan org lain spt Saad Abi Waqqas, sdgkan beliau Panglima yg memimpin dalam pembukaan Parsi. Tentunya kerana Salman itu sendiri satu2nya figur dari kalangan orang Parsi yang paling soleh dan alim dan realistik untuk diterima penduduk tempatan.

Di dalam perang Yamamah menentang Musailamah Al-Kazab, Khalid Al-Walid pernah cuba mencampur adukkan barisan2nya dengan kepelbagaian puak/kaum, namun tak menjadi dan membawa lebih banyak kematian dan menghampiri kekalahan. Keesokannya apabila Khalid menyusun tenteranya secara tradisi semula mengikut kaum, ternyata membuahkan hasil dan formula ini berterusan dalam hampir semua perang. Begitulah pada setiap kaum itu ada kekuatan.

Sbb itu juga ada wilayah2 yang diduduki kaum2 tertentu turun temurun dan ia berterusan begitu, tapi tiada pernah dipecahkan kekuasaan kaum itu ditempatnya dan tidak berlaku hina menghina dan minta berlebihan antara satu kaum dengan yang lain.

Umat disatukan di bawah aqidah dan kefahaman terhadap firman Allah: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya” (49:13)

“Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap tegas terhadap orang-orang kafir, dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya.” (48:29)

Nabi pernah berwasiat agar kepimpinan perlu dikekalkan ditangan Quraisy. Ulama’ mentafsirkan ini bukan kerana racism negatif seperti kaum Yahudi, sebaliknya kerana Quraisy mempunyai dominasi & pengaruh yg kuat di tanah Arab. Bangsa yg punya kekuatan pengaruh paling tinggi mengambil tempat utk memimpin semua, dan Muslimin menyatakan bai’ah kepada pemimpinnya sbg Khalifah Islam. Dgn itu, muncullah Khilafah Umaiyyah, Abassiyah & Turki Uthmaniyah sbg pewaris Khulafa’ Ar-Rasyidin. Yang demikian bukanlah kepuakan atau perkauman terkutuk sebagaimana dijaja sesetengah pihak.

Rasullulah SAW pernah ditanya seorang lelaki: Wahai Rasulullah, adakah dianggap asobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi asobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman. (hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya).

Demikian tidak berlaku tindas menindas dari kaum terkuat ke atas kaum terlemah dalam sejarah Islam, sebaliknya yang banyak tercatat adalah pengukuhan persaudaraan Islam dan pengurusan negara secara adil.

Dengan kefahaman di atas, berjuang membela bangsa, apatah lagi bangsa Islam seperti Melayu, Rohingya, Turki dan sebagainya bukanlah satu kesalahan asobiyah. Malah, perasaan cinta fitriah terhadap bangsa merupakan satu tuntutan sebagaimana Rasulullah s.a.w. sendiri menegaskan mengenai kecintaan terhadap bangsa Arab dalam sebuah hadith: “Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan. (Imam Al-Hakim berkata: Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

Demikian secara ringkas peranan kaum dalam sejarah Islam yang tidak pernah ditidakkan. Indahnya dalam Islam, masih boleh berbangga dan bernilai menjadi diri sendiri. Adapun puak-puak yang konon menentang perjuangan membela bangsa sendiri sering berakhir dengan asobiyah yang terang dalam bentuk kepuakan-kepuakan tertentu, seperti kepartian politik, sehingga sanggup menutupi kekufuran kerana buta dalam asobiyah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yg bermaksud: “Sesiapa yg berperang di bawah ‘bendera buta’ dan menyeru kepada asobiyyah atau marah kerana asobiyyah, maka kematiannya adalah mati jahiliyyah.” ( Riwayat Muslim, Ibn Majah, An-Nasai). As-Sindi mensyarahkan lafaz ‘bendera-buta’ ialah kiasan kepada satu puak yg berhimpun atas suatu perkara yg tidak diketahui samada benar atau batil.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s