Sepanjang hidup saya, ada sejenis manusia yg x ramai saya jmp yg saya teramat hargai dan inspire saya dan saya berusaha sedaya upaya mengambil ciri-ciri tersebut sbgmana mereka lakukan terhadap saya.
Iaitulah mereka-mereka yg membantu saya secara peribadi dengan bersungguh tanpa mendapat sebarang balasan atau manfaat utk diri mereka sendiri atau organisasi mereka daripada kerja tersebut. Ia bukan KPI-nya, diperintahkan kpdnya, diwajibkan bgnya, etc. Namun mereka membantu dan bekerja sehingga berjaya sungguh, bukan bagai melepas batuk ditangga, mencuci tangan, kerja menyenangkannya, mengayat motivasi, dsb. Saya kira ianya ikhlas dan bahkan mmg x mampu saya balasnya, dan tiada cara yg boleh saya balas melainkan bersedia menghambakan diri/membantu semula sekiranya diperlukan.
