1st Birthday Khaulah

Pada hari ini, 26 December 2008, genap setahun anak saya dilahirkan. Saya dan isteri amat bersyukur kepada Allah SWT dengan kehadirannya dalam hidup kami. Semoga dia dapat sampai ke dewasa dan berbakti kepada agama dan umat seluruhnya. Semoga Allah memberkati umur dan kehidupannya.

DSCF2991-1

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
..”Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (25:74)

Happy 1st Birthday, Khaulah..

Related links:
Bidadari Besi
Ahlan Bint Aizuddin

Advertisements

In memory: Hjh Yang bt Hj Jamil (1928-2008)

Dialah nenek saya.. sebelah ayah saya.. yg melahirkan ayah saya.. sayalah waris mereka.. Beliau menghembuskan nafasnya dalam jam 5-6am pagi 14 April 2008 di Hospital Serdang. Beliau didiagnos mempunyai kanser rahim. Usianya 80. Dilahirkan pada 1928, satu tahun yg cukup bermakna buat gerakan Islam terutama di Mesir, sempena penubuhan Ikhwan Al-Muslimin.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un..

Keluarga saya memanggilnya Atok. Begitulah panggilan kebanyakkan org Melayu. Atok saya berketurunan Bugis, bangsa dinasti kesultanan Selangor. Lineage-nya bertemu Sultan Abdul Samad. Saya catatkan lineage-nya di sini, sbgmana Atok ceritakan kpd saya pd tahun 2001. Harap sahih sbgmana diceritakan dan semoga x dilupakan.

Sultan Sir Abdul Samad merupakan Sultan Selangor ke 4. Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bersempena namanya. Salah seorg anaknya yg tidak mewarisi tahta adalah Tengku Abdul Ghani (ipar of the famous Tengku Kudin). Tengku Abdul Ghani pula mempunyai anak bernama Abdul Samad. Abdul Samad pula ada anak bernama Daeng Jamil. Up to this lineage, mereka hidup di Istana Sultan Selangor di Klang. Lalu pertelingkahan dan huru-hara dalam istana memaksa Jamil melarikan diri dari Istana ke Johor. Dia masih remaja ketika itu, lalu menetap di Tanjong Selabu, Muar Johor. Namun, masih org berada, dia memiliki kebun2 dan tanah2 di Tg Selabu yg sebahagiannya masih di tangan keluarga saya (kebun di Selabu.. mmg besar). Anak bongsu (Daeng) Jamil adalah (Daeng) Yang. **For the record, nama Daeng x tercatat dalam IC** Dia berkahwin pada usia belasan tahun dgn seorg Melayu berketurunan jawa bernama Abdul Rahim b Hj Rais (Atok saya). Anak ke-4 mereka adalah ayah saya dan seterusnya muncullah saya di dunia ini. Subhanallah walhamdulillah..
Bangunan-Abdul-Samad-dayC

Continue reading In memory: Hjh Yang bt Hj Jamil (1928-2008)

Bidadari Besi

BabyJazakumullah kepada semua yang telah hadir ke kenduri aqiqah anak saya. Semoga anak ini terus dibesarkan dalam sunnah Nabi dan suasana ketaatan kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW menuntut agar umat Islam memberi nama-nama yang baik kepada anak mereka. Ini kerana nama merupakan visi bapa kepada anak tersebut. Harapan dan cita-cita ke atas anak tersebut dipahatkan pada nama yang diberi. Lantas kita lihat umat Islam sepanjang zaman memberi nama-nama yang indah dan penuh makna kepada anak-anak mereka. Ada yang menamakan sempena nama-nama Anbiya’, para sahabat RA, tabi’in dan tokoh-tokoh Islam sepanjang zaman. Ada juga yang menamakan anak mereka dengan kuniyah-kuniyah sahabat Nabi SAW seperti Abu Bakr & Abu Hurairah, moga-moga anak-anak ini sehebat nama tokoh yang diberi.

Continue reading Bidadari Besi

Ahlan, ya bint Aizuddin

Salam wrt. Jazakumullahu Khairan kpd semua kenalan yg mendoakan kesejahteraan & kelancaran kelahiran anak saya. Saya amat bersyukur kpd Allah SWT yg memudahkan segala urusan melahirkan anak saya ini. Ummu-nya juga selamat Alhamdulillah.. Lahirnya mujahidah ini pada: 5:14pm, 26 Dec 2007 bersamaan 16 Zulhijjah 1428 di KPJ Hospital, Kajang, Selangor Baby seberat 2.89 kg Semoga beliau menjadi seorang mujahidah Islam agung & berbakti kpd agama & dunia seluruhnya. Doakan sejahtera kelahirannya, sejahtera kematiannya, & sejahtera di hari beliau dibangkitkan.